IX

702 36 10
                                    

Habibi Di Tempat Kerja.

Pasaraya Ten Ten berada di penghujung blok bangunan yang betul-betul menghadap jalan utama dan roundabout hadapan Supermarket tunas manja. Pasaraya Ten Ten menyediakan segala kelengkapan, diantaranya pakaian, kelengkapan rumah seperti penyapu, penyodok sampah dan sebagainya, alat mainan, alat tulis dan pelbagai lagi barang keperluan manusia.

Pekerja di situ kebanyakannya budak-budak lepasan SPM dan ianya tak memberi gangguan kepada pekerja senior seperti Habibi yang sudah berumur 22 tahun untuk bersosial bersama. Bukan Habibi saja pekerja senior di Pasaraya Ten Ten, malah ada lima orang lagi. Antaranya Kak Ad dan Jianyu. Kak Ad seorang andartu yang berumur 31 tahun. Dia seorang perempuan yang kuat membebel dan juga cerewet. Perangainya itu menjadi punca tiada lagi lelaki yang mahu mendekati dan menyelami hatinya.

Abang Mansor antara lelaki yang lama dapat bertahan menjalinkan perhubungan dari hati ke hati bersama Kak Ad iaitu selama 5 bulan. Tiada lagi lelaki seperti abang Mansor yang mampu bertahan selama itu.

Kak Ad juga selalu mementingkan diri. Tak kira dimana jua. Sikap begitu membinasakn dan tempiasnya pernah terkena Habibi. Cuti yang diminta Habibi sebulan sebelum hari yang dimintanya dirampas Kak Ad atas alasan sakit perut. Kerana kekurangan pekerja, Cik Suzana terpaksa meminta bantuan Habibi juga.

Jianyu pula seorang lelaki berumur 25 tahun. Dia berbangsa cina. Walaupun orang cina, Jianyu biasa saja bekerja di Pasaraya Ten Ten walaupun pekerja disitu majoritinya berbangsa melayu dan juga orang asli. Jianyu ditugaskan di bahagian kaunter sesuai dengan karakternya berkaca mata. Dia terlalu setia dia kaunter cashier. Barangkali mesin wang pun dah diberi nama.

" Bibi, awak kena jaga bahagian pakaian wanita sekarang. Kak Ad balik awal hari ni ", Pinta Cik Suzana sebagai in charge. Habibi mendengus. Dia lali dijadikan mangsa keadaan.

" Saya lelaki Cik Suzana. Tak manis la jaga kat situ ", Habibi cuba mengelak sambil perlahan-lahan memasukkan telefon bimbit ke dalam poket.

" Apa yang tak manis pulak, Habibi? Awak jaga je kawasan tu. Bukan pergi test spender situ."

" Kelakar la Cik Suzana. Orait la saya ke kawasan spender sekarang."

Mari Belajar Gitar Bersama Sidek.

Sidek keluar ke beranda. Gitar kapok lama yang dibeli tiga tahun lepas di kedai cina Sri Jaya disandarkan ke dinding rumah. Sticker di gitar jelas dalam susuyn berterabur. Sticker Rancid, Nevermind The Bollock, God Save The Queen, Dropkick Murphys dan converse.

Sambil menanti Jingga dan Adlani sampai, Sidek duduk sebentar di kerusi.

Tak lama selepas itu, datang sebuah motor.

" Assalamualaikum, abang Sid ", Jingga memberi salam sambil mematikan enjin motor.

Sidek menjawab salam kemudian mengajak Jingga dan Adlani yang membonceng di belakang naik ke beranda.

Sebaik saja Jingga menongkat motornya, Adlani bingkas turun sambil berhati-hati mengenggam leher gitar kapok. Jenamanya biasa saja. Baru dibeli di kedai Ping Hui bersebelahan pasaraya mini Watas di bandar. Suara kecil Jingga semasa mahu mengambil gitar berjenama biasa kuat menghasut untuk membeli yang original. Tetapi dia mampu melawan. Bukan kerana takda duit nak membeli original, cuma dia taknak dianggap sekadar mempunyai gitar mahal tapi main pun tak power. Jadi, dia membeli juga gitar kapok biasa warna hitam berharga RM90.

" Nama saya Jingga, ini kawan saya Adlani ", Jingga memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan Sidek. Adlani mengekori kawannya dari belakang.

" Orait Orait. Aku Sid."

Jingga dan Adlani angguk-angguk kepala. Mereka mengambil tempat masing-masing.

" Sebelum tu aku nak tanya, kenapa korang nak belajar gitar?", Soal Sidek sambil membetulkan kedudukannya.

" Saya follow IG abang Sid. Abang Sid ada post video jamming lagu Know Your Enemy kumpulan Green Day. Mantap gila! ", Kata Jingga. Sidek pun macam biasa la bila dipuji ni. Dia terus bersemangat memulakan kelas.

" Kita start terus lah. Tapi kalau nak ikut ajaran aku, korang kena pilih satu lagu sebagai lagu belajar ", Terang Sidek. Dengan cara ini, anak muridnya akan cepat mengingati kedudukan kord dan juga timing untuk mengubah satu ke satu kord yang lain.

" Lagu apa yang kami kena pilih?", Tanya Jingga. Adlani pula keliru di tepi.

" Lagu yang kau teringin nak main la. Aku taknak ajar korang basic chord sebab benda tu boleh cari kat internet. Aku nak korang start pandai main lagu terus senang cerita lagu yang membuat kau nak belajar gitar", Terang Sidek panjang lebar.

Jingga amik masa singkat saja dan kelihatan yakin dengan pemilihan lagunya. Sama juga seperti Adlani tetapi mereka saling memandang sesama sendiri. Masih was-was nak beritahu Sidek.

" Cepat la lagu apa? Aku nak search kord kat google ni", Arah Sidek sambil mengangkat telefon.

Jingga pantas memberitahu lagu pilihannya.

" Permata Cinta nyanyian Aiman Ti.. "

Paang !!

Kepala Jingga dah beralih ke tepi. Tamparan itu berlaku dengan pantas. Tiada angin, tiada daun-daun berguguran dan tiba-tiba saja.

" Kau pulak lagu apa ?",Sidek menyoal kepada Adlani pula. Adlani menggigil melihat Sidek. Kaki guru gitar dia kelihatan ringan dan bila-bila masa saja boleh buat lipat gunting.

Adlani terkebil-kebil.

" Lagu apa?? ", Jerkah Sidek menghentak meja. Menanti Adlani memberi respon. Nasib baik Adlani tak cepat melatah. Takut nanti terkeluar lagu-lagu merapu.

Adlani menjeling Jingga yang mengusap pipi. Mungkin kawannya ditampar sebab pemilihan artis terlalu hijau dalam industri muzik.

Adlani mula tekad kasi pemilihan yang lebih tepat. Dia memilih lagu dari artis lebih matang dan dewasa dari Aiman Tino.

" Lagu Wanita Terakhir nyanyian F.. "

Kukk!! Sidek menyekeh kepala Adlani. Dua-dua artis memberi satu perasaan berang.

Permulaan kelas yang kurang memberansangkan ini membuat Sidek mengambil sebatang rokok John putih. Kemudian nyalakan ia dengan lighter aladdin. Lalu dihisap seperti Michael Newman yang kecewa dengan tindakan bos tak menjadikan dia partner dalam sebuah syarikat.

" Okay, aku minta maaf. Biar aku pilih lagu untuk korang ", Kata Sidek sambil menghembus asap ke udara. Acara menenangkan mindanya berjalan dengan lancar.

" Lagu apa abang Sid? ", Sayu saja pertanyaan Jingga.

" Kau Jingga lagu The Ramones - Blitzkrieg Bop ", Sidek menunding kepada Jingga. Jingga mengangguk laju walaupun langsung tak tahu lagu apa tu.

" Kau pulak lagu Nirvana - Territorial Pissing ", Kata Sidek sambil memandang Adlani sedang menggosok kepalanya.

" Satu lagu Punk, satu lagi Grunge " sambung Sidek lagi.

Sambil membuka lagu-lagu itu di YouTube di telefon Sidek, Jingga dan Adlani memulakan pelajaran mereka daripada cikgu Sidek dalam keadaan yang normal. Jika mereka menunjukkan prestasi yang bagus dan tak membuat perkara-perkara yang menyakitkan hati Sidek, mungkin mereka tidak akan menerima sebarang lebam di anggota badan.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now