XVIII

589 35 9
                                        

Sangkaannya Salah.

Jauh perjalanan Habibi pergi makan tengah hari. Dia hanya berseorangan melintasi enam buah kedai, dari kedai elektronik, kedai basikal, kedai gunting rambut india, kedai telefon dan kedai cermin mata. Hanya berjalan kaki semata-mata melayani perutnya meminta nasi campur di kedai makan Cantiq.

" Mana pirgi? ", Tegur Mr. Rugu mengangkat tangan kepada Habibi yang belum lagi melintasi kedainya. Perut dibiar saja membengkak, asalkan dia selesa menyandar di kerusi luar.

Habibi memberi isyarat makan. Tangannya dibuat gaya menyuap nasi sebanyak tiga kali. Pekerja perempuan yang baru saja bekerja enam hari di kedai telefon, berkerut-kerut dahi dan memaki Habibi di dalam hati.

Sampai saja di kedai Cantiq, Habibi mengangkat kening kepada Haji Kiman yang sedang membelek minuman bertenaga di dinding bahagian membuat air. Haji Kiman membalas biasa sambil menarik sepeket Mahkota Dewa. Lalu dihulurnya kepada Abdul Syamaril. Habibi tersenyum melihat Haji Kiman dan Abdul Syamaril saling bisik membisik.

Wani Airis datang ke meja Habibi mengambil pesanan.

" Minum? "

" Minum air ", Habibi tersengih seperti kerang busuk.

" Yela air apa? ", Ketat pula muka Wani Airis kali ini. Kalau tidak dia melayan saja celoteh Habibi mengambil pesanan.

" Alaa marah pulak. Air buah ada tak?"

" Ada laici, fresh oren.. "

" Bagi limau beng satu ", Habibi mengangkat telunjuknya.

Wani Airis mendegus dan beredar.

Segala jenis masakan di almari lauk sana tampak sangat melazatkan. Tapi tak banyak pilihan seperti kedai makan Aloha yang sememangnya cemerlang dalam memuaskan hati pelanggan.

Habibi biarkan dulu lauk-pauk disana diserang pelanggan lain yang kebanyakannya pekerja bangunan kerajaan. Tekaknya harus dibelai dulu dengan air buah. Barulah sedap menerima makanan pula. Sambil menanti minumannya sampai, Habibi menoleh ke kanan. Terlihat dua orang gadis ada rupa berada di meja berdekatan jalan raya yang membawa ke Tabung Haji.

Gerak tubuh mereka sangat mudah dikesan oleh lelaki seperti Habibi yang cekap mengenai selok belok keinginan seorang wanita. Walaupun mereka sedang enak menjamu selera, anak mata mereka berselang seli melihat Habibi. Habibi tahu apa yang dua orang gadis itu mahu. Maka, dia terus menyandar yakin. Memberi satu gaya yang sedap mata menatap.

Tapi Habibi punyai pendiriannya sendiri. Kalau seorang, dia boleh menunaikan harapan yang tersirat. Tapi kalau berdua begitu, Habibi lebih kepada menyombongkan diri. Dia memberi ujian kepada mereka. Kalau mahu dan berani, dapatlah mereka.

" Nah air buah awak ", Jerkah Wani Airis. Limau beng terus disedut Habibi tanpa menghiraukan garangnya Wani Airis.

Limau beng memberi kepuasan yang maha dasyat. Masam pada limau itu dicantikkan lagi dengan gula dan memberi satu gabungan yang mantap. Tambah lagi bilangan ketul ais didalam limau beng mencukupi. Abdul Syamaril patut dipandang tinggi dan bukan lagi pandangan biasa-biasa. Tahapnya boleh mencapai tempat di dapur istana jika diteliti dengan baik. Tapi apakan daya, orang lain dan lagi-lagi orang bekerja di bangunan kerajaan bukannya kisah kualiti kerja Abdul Syamaril.

Habibi dah bersedia untuk bangkit mengambil makanan. Sampai di tempat lauk, Habibi mengambil pinggan dan dilap sedikit pakai kain yang tersedia. Sambil menunggu seorang mualaf terkial-kial mengambil nasi dari dalam plus, Habibi menoleh sejenak ke meja dua orang gadis itu.

Rupa-rupanya mereka sedang melihat Bun Ghani yang sedang melantak nasi di meja belakang meja Habibi tadi. Bun Ghani memang handasome. Dia selalu menerima 10k like gambar selfie di yang di post di Facebook.

Ramona Di MaranCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang