Habis Persembahan di Hari Guru.
Sidek bersalaman dengan seorang murid yang mempunyai jiwa rock padu. Dia dah mahu beredar. Entah apa nama. Tak sempat pula nak bertanya semasa rancak berbual tadi. Jarang Sidek berasa kagum dengan seorang budak yang bermain drum. Bukan kerana kemahiran dia bermain drum, tetapi lagu-lagu yang dibawa di atas pentas tadi. Lagu Immigrants Song nyanyian Led Zeppelin dan Killing in the Name of nyanyian Rage. Budak ni boleh bawak lagu bersifat menentang di majlis.
Selepas siap bersalaman dengan semua orang, budak tu beredar meninggalkan Sidek, Jingga, Adlani dan seorang murid tingkatan empat yang ditugaskan di bahagian vokal semasa persembahan tadi di kerusi depan pondok pak guard.
" Bang, terima kasih jadi drummer kitorang. Kalau tak melepas la show pertama anak-anak murid abang Sid dekat sekolah ni ", Kata Jingga kepada Sidek. Girang hatinya dapat juga melangsaikan angan-angan membuat persembahan di depan bekas cikgunya.
" Takda hal lah, lagu senang macam XPDC dengan Grey Sky Morning tu boleh la aku drumming ", Jelas Sidek mencucuh rokok. Pak Guard di dalam pondok menjeling-jeling Sidek sambil menulis di buku senarai pelawat.
" Weh budak terima kasih tau jadi vokalis kitorang ", Kata Adlani kepada seorang murid yang masih kemas lagi uniformnya. Dia memang dikenali disekolah. Jadi dia tak berapa malu untuk memberi persembahan di atas pentas.
" Takda hal la bang, saya memang suka menyanyi "
" Ehh, kau la nyanyi untuk awek atas pentas dulu kan? Masa Hari Koperasi?", Tanya Jingga. Dia cam kerana dia hadir masa Hari Koperasi hari tu. Antara sambutan Hari Koperasi paling meriah dia pernah hadir di sekolahnya. Daripada persembahan raver, persembahan murid dari kelas nakal dan sampailah persembahan nyanyian solo yang mendapat backup dancer budak raver tadi. Sememangnya menjadikan hari Jingga meriah dua bulan lepas.
" Aah, lagu Cinta itu ketawa dan air mata ", Jawab budak itu tersenyum-senyum.
" Amboi, bukan main romantik ", Balas Adlani sambil menepuk-nepuk belakang budak itu.
" Eh, kawan saya Paiz dan Jack dah datang tu. Saya gerak dulu bang ya? ", Katanya sambil melihat kawan-kawannya berdiri dari jauh.
Selepas siap bersalaman dia pun beredar. Sidek mengangguk-angguk dengan semangat-semangat murid di sekolah ini. Salah sangkaannya mengatakan mereka ini hanya melayan lagu hits yang terkini dan langsung tidak mengambil tahu suatu ketika dulu sangat banyak lagu yang sedap dan menyelerakan.
Sidek mengetis habuk rokok ke bawah sambil bermain mata dengan Pak Guard.
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.