Kekasihku Insecure.
Usai makan tengah hari, Khairan mengambil tempat di sofa dan mengambil hati Bunga apa-apa yang patut. Ternyata mudah hanya beberapa perkataan ceria saja dah melembut hati kekasihnya. Khairan mula dengan cerita palsu yang sama. Ramona seorang traveller dan mengharap bantuan sebuah keluarga angkat untuk membimbingnya mempelajari budaya.
Sukar untuk Bunga menerima penjelasan Khairan. Tiada lagi wanita selain dia yang rapat dengan keluarga kekasihnya.
" Alaa dia tiga bulan je. Jangan risau " Pujuk Khairan.
" Okay.. ", Muncung bunga memanjang.
Khairan mendengus perlahan.
Mimpinya Membelasah Kepala.
Pada hari yang terik ini, Ramona hanya menonton tv seorang diri di ruang tamu. Khairan pula meninggalkan dia, keluar entah kemana dari pukul 11 pagi lagi. Sambil itu, Ramona melihat frame gambar di dinding memaparkan gambar keluarga Khairan semasa menyambut hari raya. Mereka kelihatan sungguh ceria dengan baju yang sedondon berwarna biru gelap. Pak Husin dan Khairan mengenakan sampin songket, Mak Sabilah dan Kristina mengenakan kebaya yang cantik sesuai dengan tubuh kecil molek mereka berdua. Melihat keluarga Khairan ini membuat Ramona sebak kerana memorinya langsung tidak membayangkan raut wajah kedua ibu bapanya. Namun, Ramona terus kuat dan bersyukur kerana keluarga ceria Khairan ini sanggup menjaga makan minum dan kesihatannya sekarang.
Pak Husin berada di bilik tidurnya dan Mak Sabilah pula sedang menyiapkan makan tengah hari untuk Kristina yang kejap lagi balik rehat dan juga untuk keluarga termasuklah Ramona. Resah hati Ramona membiarkan Mak Sabilah buat kerja seorang diri. Tapi nak buat macam mana, Mak Sabilah sendiri yang melarang Ramona membantunya dan mengarah untuk duduk berehat.
Oleh itu, Ramona duduk di ruang tamu saja menonton cerita 10 cloverfield Lane di channel HBO. Sebuah cerita mengenai seorang perempuan yang terperangkap di sebuah rumah bawah tanah yang dibina khas untuk melindungi diri dari ancaman besar seperti perang dan juga bencana. Perempuan itu terus dicuci otaknya oleh seorang pakcik bahawa dia diselamatkan dari serangan makhluk asing. Namun, tanda tanya dan perasaan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku diluar rumah menyebabkan perempuan itu meronta-ronta ingin dikeluarkan dari rumah bawah tanah.
" Muka macam awak.. ", Tegur Kristina dari belakang. Ramona begitu ralit sampai tak menyedari kehadiran kakak Khairan.
" Ehh Kak Tina, terkejut saya ", Ramona tak menyedari Kristina memasuki rumah. Lalu, Kristina mengambil tempat bersebelahan Ramona dan menonton tv bersama.
" Ramona, akak dah tau apa yang terjadi kat awak. Khairan dah cerita semuanya. Akak minta maaf syak awak yang bukan-bukan semalam "
Ramona terkejut.
" Awak jangan risau, rahsia ni kami jaga. Nanti kalau nak baju, amik je kat almari akak ya. Takkan nak pakai baju sama je ulang kali ", Kristina menguntumkan senyuman.
Ramona juga membalas dengan senyuman. Perasaannya sedikit lega bila tak perlu lagi dia berlakon dalam keluarga ni seperti yang dirancang. Sekali lagi Ramona bersyukur kerana takdir menempatkan dia berada di samping keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Mereka berdua menonton tv bersama. Cerita tadi masih ditonton dan sekarang sudah sampai di babak klimaks dimana perempuan itu berjaya membuka tingkap yang terkunci di kawasan penapis udara. Tanpa berlengah lagi dia terus keluar dan melanggar kepercayaan pakcik yang mengurungnya berkata udara di luar berpenyakit. Ramona asyik dengan babak ini setelah sekian lama mendalami watak perempuan itu begitu bergelut dengan rancangan melarikan diri.
" Haa tengok muka cuak dia! Sebijik macam awak tau, Ramona. Comel je! ", Kata Kristina lagi. Ramona hanya tersenyum.
" Ehh awak okay tak ni Ramona?", Tegur Kristina kepada Ramona yang tiba-tiba saja tertunduk sambil memegang kepala.
" Takda apa, saya sakit kepala je ni", Jawab Ramona.
" Tapi takkan teruk sampai macam ni "
" Saya teringatkan mimpi saya malam tadi. Asal ingat je mesti sakit kepala "
Kristina menuju ke dapur mengambil sedikit air untuk Ramona. Mak Sabilah yang sedang memasak dihiraukan Kristina, tak mahu perkara Ramona ini diketahui kedua ibu bapanya.
Kemudian, Kristina kembali di ruang tamu dan memberi segelas air masak kepada Ramona yang sedang berlawan dengan denyutan di kepala. Lantas, Ramona mengambil lalu meneguk perlahan.
" Awak mimpi apa?" Tanya Kristina.
Ramona mula bercerita mimpinya yang baru muncul sebanyak dua kali. Mula-mula di rumah Sidek dan sekarang di rumah Khairan pula. Mimpi masa di rumah Sidek dulu Ramona berasa tenang dengan situasi yang indah dan nyaman. Tetapi mimpi kali ini sebaliknya. Semasa sedang asyik membaca buku, dia ternampak seorang lelaki tua di jendela berwajah tegang sambil bercakap dalam telefon. Ianya membuat Ramona tak sedap hati.
Ramona berkata pada Kristina yang mimpinya habis begitu saja. Kristina hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.