Perancangan Untuk Esok.
" Demila la geng! Demila! "
Khairan dan Sidek tidak teruja mana dengan kisah Habibi di kedai Pak Jabar. Demila itu satu kelas dengan Sidek semasa sekolah di Sek Men Keb Maran. Dia tak hairan. Mana ada classmate bercitarasa dengan classmate sendiri.
Khairan pun tak teruja. Dia dah ada Bunga. Demila memang cantik tapi cantik dia tak lebih dan tak kurang saja dengan Bunga. Tak berbaloi untuk curang. Lagipun Khairan malas nak teruja sebab Habibi bikin dia takda mood dengan membawa sebotol saja 100plus.
" Kejap. Ni benda ni? ". Soal Habibi membelek barang di meja.
" Hadiah gua untuk Khairan ", Jawab Sidek.
" Untuk apa ni bateri kereta bagai? ",
" Tangkap ikan ", Jawab Khairan.
" Tangkap ikan? Bateri kereta? Haram ni! ", Habibi menggelabah payudara. Kepala dia serta-merta terbayang polis sedang mengepung rumah Sidek..
" Rilek la! Apasal ni? ", Sidek baran melihat Habibi tak senang duduk. Disebabkan ayahnya bekerja di kantin balai polis, Habibi akan berasa malu dan serba salah kepada ayahnya jika dia dihumban ke lokap.
" Aku nak balik! Aku nak balik! ", Habibi bangkit dari kerusi dan terjun dari beranda rumah Sidek. Dia pergi menghidupkan motor dan terus berlalu pergi. Sedikit demi sedikit kelibat Habibi hilang di jalan raya.
" Kecoh ", Sidek buat wajah jelek.
Khairan mengtertawakan Habibi. Sebenarnya dia pun berdebar-debar juga. Menangkap ikan stail renjatan elektrik ini tak pernah dibuat. Selalunya memancing seperti biasa. Tambah pula, ayahnya bekas Pegawai Perhilitan di Bandar Maran. Kecut telur juga kalau kantoi hal kegiatan haram begini.
" Jom ah Teladas ", ajak Khairan
" Buat apa?"
" Ni! ". Khairan menunding ke meja.
" Orait. Esok kita pergi ", Sidek hulur tangan nak bersalam tanda persetujuan.
Khairan mendengus. Dalam debar-debar dia juga tak sabar.
" Dah pukul 6. Gua kena basuh kasut Sharea. Ntah macam mana dia boleh pijak taik kucing kat sekolah tadi", Terang Sidek.
" Aduuu.."
" Esok la ", pujuk Sidek.
" Haa yelah ", Khairan mengalah. Dia menyahut salaman Sidek. Kemudian, Khairan turun dan menuju ke motorsikal.
Bunga Khairan.
Bunga. Nama penuhnya Bunga Edelweis binti Arya. Wajahnya memang sesuai dengan nama.
TEPPP TEPPP TEPPP
Bunyi tongkat motor turun naik berkali-kali di luar rumah Bunga. Bunga sudah lali dengan cara Khairan. Dia menganggap itu satu perbuatan yang romantik dan boleh menguatkan lagi ikatan cinta mereka berdua.
" Yeay kumbang dah datang ", Bunga bangkit dari sofa. Buku 99 kata-kata Fatah Amin yang dibaca dilempar ke tepi.
" Ish, kamu ni. Buku mak tu jaga elok-elok sikit ", Ibu Bunga menegur anak daranya.
" Ampun, mak. Nak jumpa kumbang jap ea.. ", Bunga menggeletis di depan ibunya.
" Haa yelah. Jangan ajak dia masuk rumah. Mak nak layan Cake Boss pun tak senang japgi", Ibu Bunga menyorokkan remote.
Bunga keluar ke luar rumah dengan hanya memakai tshirt kuning gambar Pokemon dan berseluar pendek.
" Kumbanggggg.. ".

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.