Lepak Satu Meja.
Kedai makan Mak Shim menjadi tempat lepak mereka pada malam isnin yang dingin baru lepas hujan. Meja diambil yang paling jauh dari tv. Tapi jika menonton tv, masih lagi boleh dibaca tulisan yang terpampang.
Seronok sikit Khairan melihat Habibi ada kali ni. Kalau tidak bukan main susah nak ajak lepak. Penat katanya. Cuma kali ni dia setuju memandangkan kerjanya tadi tak begitu berat. Sebab ada budak baru masuk. Dan sekarang dia masih memakai baju kerjanya sambil ralit bermain telefon.
" Woi, sejak bila main Twitter ni?", Tegur Khairan sambil mencuri pandang skrin telefon Habibi.
" Ahh sibuk la kau.. "
Habibi terus memicit telefon di ruang Direct Message di aplikasi Twitter yang baru diinstall sebelum keluar dari tempat kerja tadi.
Khairan hanya memberi senyuman meleret. Mencari jodoh di media sosial satu perkara sia-sia.
Dia menyandar. Terpampang Sidek dan Mut di depan. Khairan cuba untuk rileks.
Tak boleh pergi.
Tergerak hatinya menonton Astro Arena di kaca tv di kedai Mak Shim daripada melihat sahabat sehidup semati di depan.
Bosan dengan TV, Khairan kembali berbual dengan Habibi.
" Kau ni asyik pakai samsung je. Bila nak pakai iPhone? "
" Gila.. Sebijik iPhone telan gaji aku sebulan. Membazir.."
" Haha jangan marah "
" Weh Khairan. tengok video ni. Hantu muncul kat sebalik pokok ", Sidek menghulur video yang terpampang sebuah video berdurasi 1 minit 30 saat di telefon Mut. Khairan pun menunduk kepalanya.
" Fake ni. Benda boleh edit "
" Betul la ni. Real gila! "
" Ahh takda edit je tu "
" Kalau edit terer betul dia. Real habis..", Sidek mengalah dengan pendirian Khairan.
"Manusia gitu la. Ada kelebihan taknak pakai baik-baik.. " Jelas Khairan bersahaja.
" Buat benda tak elok cepat sikit dapat attention.." Balas Habibi.
Khairan angguk setuju.
" Wehh esok kitorang mandi-manda dekat Lubuk Ujik. Nak ikut tak? ", Tanya Sidek baru teringat rancangannya dengan Mut. Wajahnya ceria tak dibuat-buat.
" Tak kot. Kau? ", Khairan menyiku Habibi.
" Kerja la gila "
" Jom la. Lu apasal taknak ikut? ", Sidek masih dengan Khairan.
" Aku nak gi Teladas. Bawak Ramona "
" Pergh, kau ni. Rumah je dah la. Nak ke Teladas jugak..", Respon Habibi. Telefon diletak kebawah mula memberi perhatian kepada Khairan.
" Hotak kau. Dia nak tengok tempat.. aku pancing "
" Lu tau kan orang akan fikir apa kalau bawak perempuan situ?"
" Apa?" Mut terpinga-pinga.
Habibi ketawakan Mut.
" Tau la gila. Tapi aku dah janji ", Khairan mengeluh. Apa yang dikatakan Sidek itulah membuat dia berasa berat untuk membawa Ramona ke air terjun Teladas. Tapi dia sudah termakan janji empat hari lepas. Nak taknak dia harus tunaikan juga.
" Weh, korang taknak masuk tempat kerja aku? Kelmarin tiga orang berhenti. Tadi ada seorang dah masuk. So, lagi dua orang manager aku nak pakai orang ", Terang Habibi.
![](https://img.wattpad.com/cover/100426228-288-k52128.jpg)
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Novela JuvenilKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.