Mendapat Sesuatu.
Tadi Cik Suraya bersetuju mengantikan tempat Habibi dengan mengambil Khairan sebagai staff gantian. Lagipun memang dia terdesak buat masa sekarang. Staff dia yang berhenti hari itu masih belum dapat cari pengganti. Tak mahu lagi kekurangan pekerja, Cik Suraya terus bersetuju dengan niat Khairan datang ke pejabatnya tadi.
Kini, Khairan duduk menyandar menanti minumannya di kedai Chantiq. Hal Habibi dia sudah settlekan dengan Cik Suraya dan lusa dia akan bermula bekerja. Walaupun sudah berumur 22 tahun dan masih takda pengalaman bekerja, dia okay. Dia memilih Pasaraya Ten Ten sebagai pekerjaan sulungnya.
" Nak pulak awak bekerja? ", Soal Ramona
Terjentik sedikit hati Khairan dengan soalan yang tiada langsung unsur-unsur semangat persaudaraan.
" Bila lagi nak bekerja kan.. ", Balas Khairan.
" Mesti kelakar kan tengok awak bekerja "
Khairan tersenyum lama. Dia tahu itu gurauan. Jadi, dia cuba untuk tidak jatuh dari semangatnya sekarang yang diangkat tinggi. Dia tahu dia seorang yang pemalas, tapi sifat tanggungjawabnya itu kuat. Permintaan Habibi untuk tidak diberhentikan dari tempat kerjanya menjadi tanggungjawab Khairan. Oleh sebab itu, Khairan mengajak Ramona menemani dia ke tempat kerja Habibi tadi.
" Awak ni memang suka tolong orang.. ", Ramona bersuara setelah sekian lama berdiam.
" Aik? Yeke? "
" Cuba tengok saya.. "
Khairan akur permintaan Ramona.
" Khairan! Termenung apa? " Jerkah Ramona.
" Ehh takda apa-apa? "
" Faham tak apa yang saya maksudkan? "
" Tak.. "
" Ishh.." Ramona mencebik. " Tengok parut ni sebab awak la saya sihat", Jelasnya.
" Ouh okay okay... ", Khairan garu-garu kepala.
Tak lama itu, Abdul Syamaril datang ke meja dengan berpakaian kemeja. Bersih kemeja petaknya seperti disterika satu jam dua kali. Ramona terpaku.
Siap menghidangkan air teh ais dan nescafe, Abdul Syamaril berambus tanpa memandang sedikit pun Ramona yang ralit memerhati dia. Egonya membuat Ramona ingin tahu lebih lagi perihal Abdul Syamaril.
" Khairan? "
" Ya "
" Siapa tu? Hensem.. "
" Ohh itulah Abdul Syamaril. Dah ada tiga anak ", Jawab Khairan sambil mengepal penumbuk.
Gambar Mencurigakan.
Petang ni Khairan bercadang untuk membawa Bunga pusing-pusing taman tasik. Mengambil semula hati kekasihnya. Dan jika diberi kesempatan dia cuba untuk menerangkan kepada Bunga apa yang berlaku hari itu. Mungkin tiba masanya untuk Bunga pun turut mengetahui kisah ini.
Jam baru pada pukul 2 petang. Hari pun masih panas. Tak berapa sesuai untuk keluar dari rumah kecuali ke kedai air kelapa Mak Tijah.
Jadi Khairan memilih untuk beristirehat bersama Ramona di ruang tamu sambil menonton tv. Mak Sabilah dan Pak Husin pula sedang berbual di dapur. Agak mesra. Tapi itu tak mengapa. Tak menganggu mental Khairan.
" Tulis apa tu? ", Tegur Khairan sambil menjeling Ramona yang sedang menulis di buku lognya.
" Mimpi.. "
Khairan kembali menonton tv. Remote tv dicapai lalu dikuatkan volume-nya.
" Saya mimpi kena kejar. Ada driver bawak saya lari."
Khairan diam.
" Driver tu tak nampak sangat muka dia. Nampak samar je kat cermin depan.. ", Jelas Ramona. "Lagipun pakai spek."
" Macam movie." Kata Khairan.
" Saya taktau la. Saya list-kan je semua. Mana tau membantu."
" Tak membantu kot. Mungkin sebelum insiden, awak tengok movie ke apa ke"
" Saya tak rasa macam tu."
Melihatkan Khairan seperti fokus dengan cerita di tv, Ramona kembali menulis. Malas nak tegur.
Ting !
Satu mesej muncul di telefon Khairan. Dia menyeluk keluar telefonnya dari poket. Mesej daripada Bunga. Agak terkejut juga dia mendapat mesej dari Bunga setelah tiga hari menyepi. Bunga menghantar gambar. Khairan menekan retry untuk membuka gambar diterima.
" Sid ?? ", Khairan terkesima. Dari gambar memang jelas dekat rumah Bunga. Meja makan tu dapat di cam.
Jantung Khairan berdegup kencang.
Khairan bangun mendapatkan kunci motor dari tempat kunci dan melangkah keluar.
Ramona terkejut kecil melihat tingkah laku Khairan. Dia merasa hampa.
Rapuhnya Tali Persahabatan.
" Apa nak jadi, jadi! "
Ayat itu saja yang berkeliaran dalam fikiran Khairan. Pemanduannya agak laju.
Khairan sampai diperkarangan rumah Bunga.
Sebaik saja menurunkan tongkat, enjin motor dimatikan serta-merta. Matanya ligat melihat sekeliling. Kereta dan motor keluarga Bunga langsung tiada.
Yang ada motor Sidek.
Khairan turun dari motor sambil bernafas kencang. Dia cuba menguatkan diri mendekati pintu rumah.
Sebuah motor muncul.
" Ehh Mut! ", Tegur Khairan.
Mut diam dengan genggamannya kuat mencengkam throttle. Dia menanti seseorang dari pintu rumah Bunga.
" Kau buat apa sini? "
" Aku cari Sid! Adik dia cakap dia dekat sini "
" Asal cari dia? "
Mut diam lagi.
Bunyi pintu terbuka di rumah Bunga. Khairan dan Mut menoleh serentak.
Sidek keluar dan diikuti Bunga dari belakang. Dia terpinga-pinga melihat dua kawannya berwajah lain.
Bunga tersenyum sinis melihat Khairan. Tapi dia hairan dengan lelaki seorang lagi tu.
" Ehh Khairan, Mut ada apa ni? " Tanya Sidek.
Masing-masing tak menjawab. Sidek berjalan mendekati motor.
Mut meluru ke Sidek. Dia menendang dada Sidek. Sidek terpelanting jauh. Sidek menggelupur sakit berdekatan pasu bunga. Khairan terpinga-pinga.
Sidek cuba bangun namun ditendang pula dari belakang.
Bunga tak sangka ini rancangan Khairan. Dia seronok. Nampaknya rancangannya berjalan lancar dan juga menarik dengan penambah perasa.
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Fiksi RemajaKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.