Bersedia.
Ramona bangkit dari tidur dalam keadaan tercungap-cungap. Serta-merta kepalanya sakit akibat mimpi tadi.
Mimpi kali ini memberi gambaran separa daripada cerita sebenar. Masih berkejaran dengan dua buah kereta di belakang. Ramona di belakang kerisauan. Aksi kejar mengejar berjaya dikawal pemandu di depan. Segak berpakaian sut hitam.
Dan akhirnya, dapat menghilang dari kejadian. Pemandu memilih untuk masuk ke lebuhraya untuk memecut membawa Ramona ke tempat selamat.
Dan akhirnya Ramona tersedar dari mimpi.
" Awak kenapa ni Ramona? ", Tegur Kristina yang baru saja siap mandi. Dia dalam keadaan berkemban mendapatkan Ramona.
" Mimpi.. "
Kristina membelai rambut Ramona perlahan. Lalu dia mengarah Ramona untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Kristina tak boleh lama, dia perlu ke tempat kerja.
Ramona hanya memerhati Kristina bersiap ke tempat kerja. Sebaik saja Kristina beredar, dia bangkit dari toto yang terbentang sebelah katil. Kemudian duduk di katil itu.
Malas nak fikir lama-lama pada mimpi tadi. Buat sakit kepala saja. Lebih baik terjemahkan ia di buku log kecil yang dibeli di Kedai Buku Men Men hari itu. Mimpi yang muncul perlu dicatit sentiasa.
Setelah dicapai, dia pun mula menulis. Kepercayaannya masih teguh bahawasanya mimpi ini berkait rapat dengan dengan kejadian yang menimpa. Bukan mainan tidur semata-mata.
Setelah menulis hampir penuh satu mukasurat, Ramona meletakkan kembali buku di rak. Dia perlu dapatkan mandian untuk mengikut Khairan ke Air Terjun Teladas yang tertunda semalam.
Bukan Lagi Seperti Biasa.
" Main henset je kau ni ", Tegur Abang Bede sambil memegang stereng.
Sidek tidak memberi respon malah jarinya ligat menaip teks di telefon. Harinya semakin meriah dan bermakna bila menerima mesej pertama daripada Demila itu hari. Dan kini mereka galak berbual di whatsapp.
" Woi aku cakap dengan kau ni "
" Ha ya? Ya? Apa? "
" Takda apalah. Ni pi hantar satu beg kat Kedai Anjung sana ", Abang Bede membelok ke kedai Anjung.
Sidek buka pintu sebaik saja lori berhenti betul-betul di depan kedai. Lalu, dia menuju ke pintu belakang mengambil satu beg ais.
Baru saja mencapai satu beg ais, telefon Sidek tiba-tiba berbunyi tanda panggilan masuk.
" Hello, Jingga. Asal? "
" Abang Sid petang ni ada kelas tak. Lama dah tak belajar ni "
" Tak tau lagi. Banyak lagi kedai aku kena hantar ais ni. Asal nak belajar? Aku dah ajar cukup dah kat kau "
" Macam ni. Kitorang nanti ada reunion dekat sekolah masa Hari Koperasi. Saya dan Adlani mintak nak buat show sebagai wakil reunion batch spm2015. So nak praktis dengan abang Sid la kalau abang tak busy "
" Okay. Nanti apa-apa hal aku bagitau kau balik "
Sidek menutup telefon dan memberi fokus semula kepada kerjanya. Ais dipikul menayangkan kepada pelanggan yang makan tengah hari disitu betapa gagahnya seorang kelindan lori ais.
Jumpa Sesuatu.
Khairan dan Ramona kini berada di kawasan air terjun. Tapi air terjunnya belum lagi kelihatan membuat Ramona ligat mencari.
" Sabarlah, kita baru kat atas ni.. dia kat bawah tu..", Jelas Khairan terhibur dengan gaya Ramona.
Ramona senyum sedikit perasaan malu. Dia mula melangkah menuju ke Khairan yang dah mendekati tangga menuju ke kawasan air terjun.
Wajah Ramona mula kerisauan dan agak takut. Lagi-lagi tangga yang berlumut ini menandakan tempat ini betul-betul terbengkalai lama.
Sampai di bawah. Air Terjun kelihatan.
Khairan membawanya ke tempat kejadian. Sebuah batu tempat dia menjumpai Ramona.
Darah yang berada di batu berdekatan Ramona dulu sudah hilang. Kerana hujan.
Lama juga Ramona melihat keadaan disekeliling. Semak samun juga dibelek. Takut kalau-kalau terjumpa barang dia. Khairan melabuhkan punggung di sebuah batu kecil sambil memerhatikan Ramona.
Ramona belum berpuas hati, dia meminta Khairan untuk naik bukit atas. Dia percaya kalau benar apa yang Khairan kata, mungkin dia terjatuh dari atas bukit sana. Kemungkinan besar atas bukit sana memberi petunjuk.
Dia hanya akur dengan permintaan Ramona. Nasib baik lawa.
Khairan terus memanjat bukit itu dengan memaut akar kayu sebesar lengan. Sampai saja di atas, dia membantu Ramona pula. Mereka saling berpegangan tangan.
Mereka kini berada di kawasan tinggi dan mula berjalan terus. Pokok disitu juga sangat berimbun daunnya memberi suasana dingin.
" Awak, tengok ni.. " Ramona menunding ke tanah.
Terlihat kesan yang memanjang membawa ke kawasan batu tadi.
Khairan dan Ramona saling berpandangan.
"Saya awak jatuh dari atas sana.." Kata Khairan.
"Ada apa atas sana?"
"Highway.."
"Kita naik atas.."
"Okay.." Khairan menyokong.
Mereka menapak lagi. Semakin lama semakin meninggi. Membuat mereka berdua mula mencari nafas.
"Satu barang pun takda tercicir kat sini.." Kata Khairan.
"Mungkin saya tak bawak barang." Ramona teringat mimpinya.
"Barang awak yang saya jumpa pun kasut dengan purse.." Kata Khairan. "Tak mungkin rompak. Sebab duit ada.. tapi IC takda pulak."
"Takpa.. kita tengok-tengok kawasan ni."
Mereka sampai di lereng lebuhraya. Kenderaan lalu lalang.
Ramona mula membelek-belek kawasan lereng. Ada beberapa kesan pada tanah. Beberapa rumput tercarik. Dan di penghadang jalan berdekatan itu, terdapat kesan kemik kecil.
Ramona mula meragui sesuatu. Mimpi-mimpinya boleh kata masuk akal sekarang.
"Awak okay?" Tanya Khairan.
Ramona angguk. "Jom balik.."
Saat Genting.
Sebaik keluar dari Teladas, Khairan singgah di kedai runcit bersebelahan Warung roti canai. Dia membiarkan Ramona di motor dan terus mendapatkan air mineral.
Ramona ligat memikir apa yang terjadi. Betul kata Khairan. Tak mungkin ini satu rompakan. Ianya mungkin lebih serius.
"Hey perempuan! "
Pangg!
Bunga menampar Ramona sehingga terjelupuk jatuh. Lantas dia mendapatkan rambut Ramona pula dan sekali lagi dia menampar. Annasya berupaya menghentikan Bunga. Rozi pula hanya memerhati dari motornya.
" Lepaskan aku, Anna! Kurang ajar betina ni! Takda jantan lain ke kau nak amik haa? ", Bunga menengking. Namun Annasya tetap tidak melepaskan Bunga.
Ramona pula masih di bawah. Hidungnya berdarah.
"Kenapa ni?? ", Khairan berlari-lari ke arah mereka.
Khairan mendapatkan Ramona.
Bunga bertambah berang. Annasya terlepas pegangannya. Bunga menendang bahu Ramona. Ramona terjatuh sekali lagi bersama Khairan yang tadi membantu Ramona.
" Bunga ni kenapa?? ", Khairan menengking.
" Kau buat situ? " Bunga menunding ke jalan masuk Air Terjun Teladas.
" Laa mana ada apa?"
" Jangan tipu! "
" Jalan-jalan je la.."
" Kau buat apa situ? "
Khairan diam seribu.
![](https://img.wattpad.com/cover/100426228-288-k52128.jpg)
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Ficção AdolescenteKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.