Oh Habibi.
Habibi memilih jalan belakang hari ini balik semula ke tempat kerja selepas siap makan tengah hari di kedai Cantiq. Langkah kakinya tak begitu berkeyakinan bila mana fikirannya diganggu dengan sikap Wani Airis.
Teh o ais taknak susu pesanan minumannya kepada Wani Airis tidak dibalas dengan respon yang baik. Dia masih lagi tidak menerima gurauan Habibi. Apakah dosa Habibi? Bukankah itu satu punchline yang sangat menghiburkan? Setiap malam on call, whatsapp, boom di aplikasi Wechat dan saling tukar-tukar gambar tapi dia masih lagi berperangai sama apabila jumpa depan-depan.
Wanita memang susah untuk difahami. Ada saja benda yang tak betul dan tak mengena pada kemahuannya. Kebarangkalian besar Wani Airis mungkin mengalami masalah wanita. Dan Habibi yakin dengan perkara itu. Lagipun dia perlu menjaga hati sendiri.
Tapi apa pula masalah yang dihadapi Seroja Nurul? Ajak keluar makan bersama tak mahu. Ajak kerja di satu bahagian pun tak mahu. Ajak selfie pun tak mahu. Sedangkan malam tadi elok saja berbual di whatsapp. Habibi menjadi pening kepala bila dikelilingi perempuan yang susah untuk difahami. Entah apa lagi yang boleh dilakukan untuk menjaga perempuan-perempuannya.
Habibi masuk ke selekoh. Kemudian menyusuri jalannya terus membawa ke Pasaraya Ten Ten. Dalam sebatang rokok Habibi akan sampai ke destinasi. Apalah sangat bila situasi yang melibatkan jarak ni. Keputusan Matematik, Sains dan Tassawur sewaktu spm dulu B. Dia yakin.
Dia mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluar. Lalu diambil sebatang dan menyalakannya. Asap berkepul-kepul di udara.
Nalsam sedang berbasikal di jalan yang sama dan dia melintasi Habibi. Habibi menegur tapi diendahkan Nalsam. Perbuatan Nalsam itu tak menyentuh perasaan Habibi kerana Nalsam itu baru pulang dari pusat. Dia dah takda apa-apa lagi perlu dibuat di bumi, malah terus menjalani kehidupan walaupun dia tak tahu pun dia sebenarnya hidup.
Habibi mengangkat ibu jari kepada Nalsam yang dah jauh kedepan. Bercakap pasal Nalsam ni, Habibi teringatkan Seroja Nurul. Mungkin ayah kepada mereka berdua mempunyai masalah yang sama bila mendaftar nama anak. Habibi tersengih-sengih.
Sambil mengetis habuk rokok ke bawah, pandangannya teralih ke beberapa kayu kayan yang tersandar di dinding bangunan. Kelihatan kelibat seorang lelaki di sebalik kayu di situ.
Waktu begini selalunya Subuh berkeliaran jalan belakang Pasaraya Ten Ten. Mungkin dia sekarang main nyorok-nyorok entah dengan siapa. Subuh ni dalam kategori yang sama dengan Nalsam. Cuma Nalsam berbasikal dan Subuh lebih kepada berjalan kaki.
Habibi mengendahkannya lalu melintasi seperti biasa.
Dushh!
Habibi terpelanting sampai ke tepi jalan kerana ditendang.
" Haa sakit? ", Soal Ramdan sambil keluar dari kawasan kayu kayan tadi. Habibi terbeliak biji mata.
Dia tak mampu berkata-kata. Tulang pinggulnya sakit. Jantung pula berdegup kencang.
Ramdan perlahan-lahan membawa keluar pisau kecil dari poket seluar. Dia berjaga-jaga takut Habibi ambil peluang melarikan diri.
" Aku tak puas hati dengan kau ni! "
" Oke oke. Nah.. ", Habibi menghulur dompetnya kepada Ramdan. Situasi yang melibatkan senjata begini bukan yang dimahukan.
" Aku tak nak dompet kau "
" Ahh mati aku! ", Getus hatinya. Jarak antara dia dan Ramdan dalam sedepa. Masih ada peluang untuk dia berlari ke pintu depan Pasaraya Ten Ten dan mendapatkan pelindungan Pak Guard disitu.
" Aku tau kau sengaja lari daripada aku selama ni kan? ", Mata Ramdan merah dan berair. Keadaannya cukup selekeh.
Habibi bangkit dan terus berlari. Namun tak berjaya kerana Ramdan sudah menarik belakang bajunya. Badan Habibi serta-merta berpusing dan kembali berhadapan dengan Ramdan.
Chupp!!
Tiba-tiba Ramdan dirempuh. Ramdan jatuh di tepian. Seorang lelaki muncul berdiri depan Ramdan. Lelaki yang sama Khairan nampak sewaktu ngeteh di Kedai Anje. Dia bersedia menerima serangan balas. Ramdan bangun dan terus menyerang lelaki itu dengan pisau. Ditepis. Tangannya dikunci kuat.
"Okay okay okay.. lepaskan aku!" Teriak Ramdan.
Lelaki itu lepaskan dia. "Duduk situ!" Arahnya.
Ramdan ketakutan. Serta merta dia berlari beredar dari situ.
Lelaki kaca mata taknak kejar. Dia menghampiri ke Habibi yang terbaring. Perut berdarah. Ternyata pertolongan lelaki kaca mata itu lewat sesaat.
Bukan Hari Baik Untuk Semua Anak Muda.
Memutuskan perhubungan. Perkara itu berlegar-legar di ruang minda Khairan. Patutkah dia meninggalkan Bunga kerana kejadian tadi. Bukankah sepatutnya dia melebihi Bunga dahulu dan bukannya Ramona?
Apa yang terjadi ni memang keterlaluan. Tapi jika dia sendiri berada kat tempat Bunga, mungkin jugak dia bertindak sebegitu.
Kalaulah Bunga tahu kisah sebetulnya mungkin tak jadi perkara macam ni sekarang. Tapi rahsia tetap rahsia. Kisah dia menjumpai Ramona tak harus diketahui orang lain, kalau tak makin susah untuk dia selesaikan perihal Ramona.
Setelah sekian lama memikir hal ini, Khairan menoleh ke Ramona yang terbaring di katil kakaknya. Raut wajah Ramona diamati satu-persatu.
" Awak nak air lagi ", Tanya Khairan.
" Takpa "
" Minta maaf. Sebab saya awak jadi macam ni "
" Takda apa la. Dia salah faham je tu.. "
Khairan diam.
" Bunga sayang kat awak.. " sambung Ramona.
" Tapi, takkan sampai angkat tangan "
" Takpa Khairan.. saya okay.. "
" Tapi.. "
" Tapi sayang.. kehadiran kekasih lamamu.."
Khairan ketawa kecil. Terer juga perempuan cedera ini berjenaka.
Mereka kini berada di ruang tamu. Menjamu selera kudap-kudap yang dibeli Khairan di Warung Aji.
" Ehh kenapa alih? Macam best je rancangan tadi ", Tanya Ramona kepada Khairan yang sedang memegang remote tv.
" Rancangan Motif Viral tadi? "
" Aah "
" Jangan harap "
Ramona mencebik.
Sebaik saja remote diletak ke bawah, telefon Khairan berdering.
" Hello, Sid. Asal ? "
" Wehh datang klinik sekarang.. Habibi teruk dah ni.. "
Mendengar saja Sidek yang dalam keadaan cemas, Khairan terus melangkah ke biliknya dan bersiap. Shortpant ditukar kepada jeans panjang yang bersih. Ramona berkerut dahi melihat Khairan.
Khairan kembali ke ruang tamu menghadap Ramona.
" Habibi kat wad kecemasan.. awak duduk rumah ea. Nanti mak dengan ayah balik.. kena cepat ni ", Pinta Khairan.
Khairan menghidupkan motor dan memecut selaju mungkin menuju ke Klinik Maran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Novela JuvenilKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.