XVI

631 32 9
                                    

Habibi Al-Malang.

Motornya terus meluru laju melalui jalan kampung menuju ke kawasan bandar. Simpang empat kecil disitu terus dilalu tanpa melihat kiri dan kanan. Wak Gun dan Halimi yang sedang membancuh simen di halaman rumah Haji Kiman terkejut dengan kejadian kejar mengejar antara dua motor.

Habibi bersama jantungnya berdegup kencang terus fokus ke arah jalan. Melarikan diri daripada Ramdan yang sedang mengejarnya dengan menumpang motor Darus. Darus sudah berpeluh-peluh dengan Ramdan yang terjerit-jerit nama Habibi di belakang. Tambah pula, Ramdan sedang memegang pisau kecil di tangan kanan yang sedang menunding ke arah Habibi di depan. Nak taknak Darus kena pecut jugak mengejar Habibi secara paksa.

" Mampus aku! Mampus! ", Jerit hati Habibi. Sambil itu dia memegang erat handel motornya melalui selekoh sekarang.

Masuk kali ni sudah tiga kali dia lari dari Ramdan bila setiap kali Ramdan menahan motornya untuk menumpang. Tapi kali ketiga ni mungkin Ramdan sudah naik minyak. Dia nekad untuk mendapatkan Habibi. Sebelum Habibi di tahan tadi pun, Darus memang sudah ada di belakang. Tenang saja membawa motor pergi ke tempat kerja. Akhirnya dia ditahan Ramdan dan pisaunya dalam keadaan cukup mencemaskan. Dan sekarang dia masih lagi membonceng Ramdan yang tak duduk diam. Kejap duduk kejap berdiri. Susah untuk Darus mengawal motornya.

Masuk saja jalan bandar, Habibi menyarungkan helmetnya. Darus dan Ramdan terus mengejar tanpa memakai helmet. Mereka melalui roundabout sekarang tanpa mempedulikan kenderaan lain. Gaya Habibi cukup mantap melalui roundabout walaupun masih takda idea kemana dia mahu pergi sedangkan lepas roundabout ini adalah tempat kerja dia. Dia perlu menghilangkan diri dulu sebelum ke tempat kerja.

" Berhenti! Woi! Aku dapat kau siap! ", Teriak Ramdan cukup berang. Orang sekeliling memerhati kejadian kejar-mengejar di tengah jalan. Sambil itu, dia menepuk-nepuk bahu Darus mengarah untuk menaikkan kelajuan lagi. Darus mengangguk dan rasa nak menangis.

" Berhenti kat tepi! Sila berhenti!", Seorang polis trafik bersama motor kuda putihnya menahan Darus. Dia menghimpit mereka berdua membawa ke tepi jalan

Darus dah tak tau apa lagi yang perlu dirasa. Samada takut ataupun seronok bila ditahan polis trafik sekarang ni.

" Hahahahaha! Yeaahhh! ", Jerit Habibi seronok sebaik saja menyedari Ramdan ditahan polis. Dia tenang sekarang. Motornya dibawa seperti biasa dan sekarang dia perlu melalui jalan jauh untuk kembali ke Pasaraya Ten Ten.

" Kak Ad ada nampak Bibi tak? Dia dah lewat 10 minit ni ", Kata Cik Suzana sambil melihat jam di mesin punchcard. Kak Ad pula sedang membuat opening di depan kaunter.

" Entah la, Suzana. Perangai dia memang macam tu ", Balas Kak Ad.

" Ehh, sebelum ni awal. Hari ni je lewat sikit "

Kak Ad mendiamkan diri tidak mempedulikan Cik Suzana. Dia terus membuat kerjanya. Barang alat menulis dia susun mengikut tarikh barang sampai. Yang lama di depan dan stok yang baru sampai di belakang. Namun wajah masamnya semasa membuat kerja tak begitu disukai Cik Suzana. Nak ditegur kejap lagi marah. Maklumlah Kak Ad orang paling tua disini.

Tak lama kemudian, Habibi sampai di tempat kerjanya dalam keadaan mengah. Lalu dia menuju ke kaunter. Helmet dicabut dan disimpan ke dalam locker pekerja.

" Mengah je ni Habibi. Okay tak?", Tegur Cik Suzana.

" Ada masalah sikit la, Cik Suzana"

" Takpa, nah, punchcard dulu ", Cik Suzana menghulur punchcard Habibi yang dipegangnya tadi.

" Kejap lagi masuk office saya kejap. Bagitau problem awak"

" Tapi, saya kena opening dulu ni", Tanya Habibi.

Ramona Di MaranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang