X

649 34 0
                                    

Benda Serius.

Jam hampir sembilan malam. Masing-masing berada di rumah masing-masing. Takda lagi aktiviti luar halaman rumah. Dah menjadi satu kebiasaan di kawasan Bandar Maran.

Ramona dan Shaera masih lagi menonton tv bersama. Mereka kelihatan akrab seperti adik dan kakak. Mungkin kerana rindukan ibunya, Shaera kelihatan gembira dan membiar kepalanya diusap Ramona.

Disebelah pula ada Sidek. Duduk menyandar di sofa tunggal sambil bermain telefon. Terkekek dia ketawa dengan troll daripada RempitLogic di Twitter.

Pintu bilik Bengoh diketuk dari luar. Selepas itu, Khairan memasuki bilik Bengoh untuk tumpang mengenakan pakaian selepas siap mandi. Bengoh hanya mengangkat kepala bila mereka saling berpandangan.

" Macam mana boleh jumpa awek tu? Kau buat apa kat air terjun? ", Tanya Bengoh membuka bicara kepada Khairan yang sedang mengeringkan rambut.

" Karen ikan.. " Khairan tersengih.

" Gilalah. Tau bapak kau mampus.. "

" Itu yang aku takleh gi balai tu.. "

Bengoh angguk-angguk.

" Mak ayah korang bila balik eak? "

" Minggu depan." Jawab Bengoh.

" Ohh. ", Respon Khairan sambil membuka pintu bilik sebaik saja siap mengacakkan diri.

Sebaik saja menyentuh ruang tamu, Khairan menyertai mereka bertiga menonton tv yang tersiar Buletin Utama sekarang. Perlahan saja Khairan melintasi Ramona yang duduk bersila di bawah dengan Shaera. Anak mata Ramona mengekori Khairan mengambil tempat bersebelahan Sidek.

"Polis masih melakukan siasatan terhadap keluarga mangsa. Ternyata mangsa mempunyai isu personal dan salah faham dengan beberapa pihak"

" Pergh, tengok. Ni assassination ni. Macam movie dah negara kita", Kata Sidek sambil mencapai alat kawalan jauh dan menguatkan volume.

" Dah trending belum kat Twitter? Ramai pulak la warga Twitter terkejar-kejarkan RT ", Khairan ketawa kecil pura-pura tak perasan Ramona curi-curi pandang.

" Itulah pasal. Ni nanti ada la buat joke pasal ni "

" Diorang nak raikan apa sampai minum Coke? ", Tanya Khairan.

" Joke laa pundi ! Bukan coke !"

" Pernah ke buat lawak benda macam ni? ", Khairan melihat Sidek dengan wajah serius.

" Lu ni main Twitter saja, takkan tak tau? Baru-baru ni khabar angin kata Korea Utara nak serang Malaysia. Lepastu ada dua tiga ketul twitpemes buat joke yang Malaysian ni tak perlu takut sebab negara kita ada Rani Kulup laa Jamal laa. Entah apa-apa! ", Ujar Sidek tak puas hati.

Khairan geleng kepala sambil menonton kembali Buletin Utama. Shaera dan Ramona hanya terpinga-pinga mendengar perbualan mereka.

Terdetik Di Hati.

Diruang tamu sekarang hanya tinggal Khairan dan Ramona. Shaera pula pergi menemani abang sulungnya memanaskan lauk yang dibawa Bengoh di dapur. TV pula menyiarkan drama cinta-cinta. Khairan tak berapa minat. Tapi malam ni macam lain sikit. Dia macam boleh blend in pula dengan apa yang tersiar di TV tu.

Khairan menoleh ke Ramona. Spontan. Ramona rupanya buat benda yang sama. Mereka secara serentak berpandangan.

Khairan tersengih-sengih. Begitu juga Ramona tertunduk malu. Mereka kembali menonton kaca tv.

Mereka berdiam agak lama dan membuat Khairan rasa janggal. Dia kena menegur cepat menghilang mood janggal ini. Telefon dipusing-pusing sambil memikirkan ayat-ayat.

Ramona Di MaranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang