V

731 40 5
                                    

Mengubati Ramona.

Shaera mengambil senduk plastik yang diselit di penutup periuk nasi elektrik. Kemudian dia membuka penutup lalu mencedok beberapa senduk nasi dan diisi ke pinggan yang sudah digunakan. Masuk kali ini, sudah dua kali Shaera tambah nasi. Telur sambal yang dimasak Abang sulungnya sangat menepati citarasa. Selepas menutup semula penutup periuk nasi elektrik, Shaera kembali ke meja makan.

Sidek menuju ke dapur dan mengambil sebuah besen di rak pinggan. Dia menjeling seorang gadis kecil yang sangat berselera di meja makan sana. Kalau hari sebelum-sebelum ini, Sidek hanya mengukirkan senyuman jika Shaera begitu berselera menjamah masakannya tetapi situasi cemas yang dibawa Khairan datang ke rumah menghalang Sidek.

Sidek menuju ke singki dan menadah air paip seperti yang diminta Khairan. Dia mempercayai kawannya untuk menguruskan hal-hal melibatkan kecederaan ini kerana Khairan pernah menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa aktiviti menyelamatkan mangsa sewaktu perkhemahan dulu. Jadi, Sidek menuruti saja arahan Khairan.

" Abang Long buat apa dengan besen yang berisi air itu ", Mendengar sahaja pertanyaan Shaera, Sidek yakin cikgu Bahasa Melayu yang mengajar di kelas adik bongsunya seorang pengajar yang serius dalam kerjaya.

" Abang Long nak rendam kaki ", Jawab Sidek ringkas.

Tiada apa yang membuat Shaera curiga. Dia terus menjamah nasi yang berlaukkan telur sambal. Sidek melangkah kaki dengan penuh berwaspada bersama sebesen air. Dia bawa menuju ke bilik.

" Ni haa air kau mintak ", Sidek meletakkan besen itu bersebelahan dengan Khairan yang duduk bersila di tepi katil. Ramona pula berbaring di katil bersama pakaian yang kotor. Sidek menutup pintu sambil mendengus lembut melihat cadar katilnya dicemari darah dan tanah.

" Okay! Okay!", Balas Khairan. Dia terus membasahkan kain yang disediakan tadi ke besen yang berisi air.

" Lu buat apa?", Soal Sidek.

" Aku bersihkan dahi dia je banyak darah ni ", Jawab Khairan sambil menunding jari ke dahi Ramona.

" Ohhh ",  Sidek berwajah kosong. Ingatkan nak mandikan.

Purse milik Ramona diambil Sidek membelek-belek sebarang info.

" Ada something jadi ni. IC pun takda. Ke dia orang luar?" Tanya Sidek.

" Tak tau.."

" Dari dressup macam awek bandar urban je ni haa.. takda gaya pelancong."

Selepas diperah perlahan, Khairan menggunakan kain basahan mengesat darah kering dan juga darah baru di dahi Ramona dengan perlahan. Dia perlu berhati-hati. Sedikit demi sedikit kawasan luka menjadi bersih. Luka sepanjang jari kelinking jelas kelihatan.

Sidek tak sanggup tengok.

Khairan memulakan perubatannya setelah luka di dahi Ramona kelihatan bersih dan jauh dari kekotoran.

Khairan mengambil helaian steril terakhir di dalam peti pertolongan cemas yang disediakan Sidek tadi. Kemudian, dia tepekkan steril itu menutupi keseluruhan luka yang terbuka di dahi. Mujur saiz luka mencukupi saiz steril. Tak perlu nak ditambah lagi. Kalau tidak Sidek pasti diarah pula pergi ke farmasi.

Sebaik saja memastikan steril itu kemas, Khairan merawat luka kecil di kedua siku pula. Dia ambil plaster dan menampal ke bahagian luka setelah membersihkan kekotoran disitu.

" Kita sebenarnya kena tanggalkan pakaian dia ni. Baju pun dah barai", Kata Khairan sambil membelek-belek pakaian Ramona.

" Gua.. gua cekap.. ", Sidek mengangkat tinggi tangannya.

" Mana boleh! ".

" Habis tu? "

" Aku la yang tukar ". Jawab Khairan.

" Ehh.. tu pun tak boleh "

" Tapi takpa Sidek. Macam ni la. Kita tunggu perempuan ni sedar. Lepastu biar dia tukar sendiri pakaian dia. Malam ni aku bermalam rumah kau. Kejap lagi aku balik rumah aku, ambik baju aku dan baju kakak aku untuk awek ni", Jelas Khairan. Sekarang dia dah boleh merancang kerana keadaan di bilik. Tersembunyi. Diluar macam tadi dia jadi cemas.

Sidek hanya mengangguk kecil setelah Khairan decide sesuatu yang adil.

Bermalam Di Rumah Sidek.

Khairan menuju pulang ke rumahnya dengan kepala yang penuh tanda tanya. Apa sebenarnya yang terjadi? Khairan bingung. Melihat rupa dan gaya gadis itu bukan orang sini. Wajahnya kacuk. Apakah dia diserang binatang buas di hutan Teladas. Itu boleh terjadi memandangkan kawasan air terjun dah lama terbiar. Tiada siapa yang ambil kisah keadaan hutan di belakang sana.

Tapi binatang buas belum menjadi buah mulut orang di sini. Pemburu berlesen pun tak cakap apa-apa pasal hutan di Teladas.

Atau gadis itu sebenarnya dirogol? Ahh, Khairan tak sanggup fikir sampai ke situ. Amarah dia boleh naik mendadak. Rogol jenayah yang paling kejam.

Tak lama kemudian, Khairan tiba di rumah dan memarkir motor dalam keadaan tenang. Tak mahu ibu bapanya yang sedang mengambil daun pisang di kebun kecil seberang jalan perasaan dan tertanya-tanya apa yang membuat anaknya begitu menggelabah.

" Assalamualaikum",

Sebaik saja memberi salam, Khairan melangkah masuk ke rumah dan mula sambung menggelabah. Dia masuk ke dalam bilik. Kristina yang sedang menonton tv hanya menjeling adiknya. Dia diam dan langsung tak ambil tahu apa yang dikalut sangat tu. Lagipun 20 minit lagi dia akan masuk kerja. Waktu rehatnya patut diguna dengan baik.

Almari baju dibuka. Baju yang digantung pakai hanger adalah baju yang bagus dan berkeyakinan apabila memakainya. Lantas menjadi pilihan Khairan. Dia merangkul 3 helai baju. Baju round neck Fred Perry warna hijau yang dibeli di bundle Starluxotica di Bandar Kuantan. Kedua, t-shirt Nirvana. Khairan melipat baju itu dengan kasih sayang. Dia dah tak pedulikan Sidek. Baju ini sangat sentimental bila disentuh. Dan baju terakhirnya, baju Fila crew neck kelabu yang menyerupai sweatshirt. Baju ini sesuai dipakai di waktu malam.

Seluar pula Khairan hanya mengambil cargo short pant biru gelap sehelai dan dua helai boxer petak. Sebaik saja habis disumbat dalam beg Deuter, dengan pantas Khairan melangkah keluar dari bilik.

Sampai saja di muka pintu, Kristina kelihatan mula bersiap untuk kembali ke tempat kerja. Masa yang ditetapkan Khairan itu menepati. Dia menunggu buat seketika Kristina hilang dari pandangan. Badan gadis yang dijumpai di kawasan air terjun memang sama besar dengan Kristina. Khairan yakin dan dia mahu menyelinap masuk bilik kakaknya mencuri beberapa baju.

Vrommm vrommmm..

Kristina menghidupkan enjin motor ego. Dan dia beredar dari perkarangan rumah. Khairan berlari anak ke bilik kakaknya yang tak berkunci. Masuk saja, Khairan terus dapatkan almari pakaian. Kemudian, Khairan mencapai sehelai seluar trek dan dua helai Tshirt lengan panjang. Dia masukkan ke dalam plastik hitam yang dibawa. Mengikut kira-kira dan keperluan, pakaian yang ada sekarang dah cukup. Khairan ambil keputusan keluar dari bilik dan dari rumah.

" Mak! Ayah! Khai tidur rumah Sidek malam ni ye?", Teriak Khairan dari halaman rumah kepada ibu bapanya yang masih di kebun. Sambil menyapu daun-daun kering, Mak Sabilah hanya mengangguk membenarkan anaknya bermalam di Rumah Sidek.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now