*Dua Minggu Kemudian*
Sidek seperti biasa. Masih berada di rumahnya. Sedang mencari mood untuk dia kembali ke Kuantan. Mencari pengalaman dan sedikit wang ringgit.
Tetapi buat masa sekarang dia sibuk dengan kelas muzik tak rasminya di beranda rumah. Ini semua gara-gara Jingga dan Adlani. Ramai antara kawan-kawannya berminat belajar main gitar sejak persembahan Hari Koperasi hari itu. Sidek takda masalah memberi ilmu. Malah, sanggup melabur duit membeli meja kukuh di tepi untuk peralatan-peralatan sebatnya.
Habibi sembuh sepenuhnya dan kembali bekerja di Pasaraya Ten Ten. Kak Ad diberhentikan kerana mengamuk pasal rehat sewaktu kes Khairan itu hari. Sejak ketiadaannya, staff di situ bergembira. Masing-masing bertugas dengan tenang. Terutamanya Seroja Nurul. Dia memberi respon yang baik kepada Habibi kali ini. Dan mula berada di dalam mood untuk mengenali lebih dekat, rapat, dan dalam.
Bunga pula dah ke Selangor. Duduk dengan sepupu dan kerja di sana. Dia sempat ke rumah Khairan sebelum berangkat ke sana. Memohon maaf dan mengucap selamat tinggal. Ada percubaannya kembali meminta kasih dari Khairan. Tapi tak berjaya.
Di luar rumah, Khairan masih lagi menanti Ramona di kerusi batu. Tiada apa lagi dalam kepalanya selain seorang gadis yang manis rupa.
Cuaca cantik yang menemani tak berupaya menghilang gusar.
Pak Husin dan Mak Sabilah menyedari perubahan Khairan. Dah tak banyak bercakap. Mereka juga bersetuju tak menambah duka pada anaknya setelah mengetahui semua ni terjadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Novela JuvenilKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.
