Segalanya Sudah Diketahui.
Lelap matanya tadi. Lena. Album gambar Khairan dan keluarga masih dipeluk erat. Ramona sedar dan membuka matanya serta-merta. Mimpinya datang kali ni.
Ramona bingkas bangun dan meluru ke bilik mendapatkan buku lognya. Dia mencapai pen dan mencatit jalan cerita mimpinya. Jantung berdegup pantas. Tulisan yang cantik berubah cacat.
" Tamat! ", Jerit Ramona seorang diri..
Ramona menghembus nafas. Kepala mendongak ke siling. Sakit kepala pula dah tak muncul lagi. Dia perlu beritahu Khairan.
" Kamu tulis apa tu, Ramona?", Tegur Mak Sabilah dari pintu.
" Mimpi, mak. Ramona dah tahu apa yang terjadi ", Kata Ramona teruja.
" Kamu cakap apa ni? ", Mak Sabilah terpinga-pinga.
" Haritu Ramona pergi air terjun dengan Khairan.. nak siasat.. "
Mak Sabilah berkerut dahi.
" Memang betul. Ramona jatuh dari atas.. sebab.. "
" Kejap, Ramona buat apa pergi sana? Jatuh?"
Ramona mula keliru. " Mak dah tau kan?"
"Tau apa?"
" Khai kan jumpa Ramona situ.. jatuh dari highway atas tu.."
Mak Sabilah berdiam. Raut wajah punyai seribu pertanyaan.
Hilang Sabar.
Khairan kembali ke Pasaraya Ten Ten selepas habis waktu rehatnya. Makanan di kedai Chantiq memang sedap belaka kecuali minuman. Entah kenapa air yang dibuat Abdul Syamaril tu tak sedap langsung. Lidah dia langsung tak menerima air suam Abdul Syamaril. Tapi takpa. Ayah Habibi dah inform yang Habibi sekarang selamat sampai di rumah. Mungkin habis kerja Khairan terus ke sana.
Masuk saja ke tempat kerja, Seroja Nurul mencebik manja apabila ditenung Khairan. Dia bersungguh-sungguh nak berehat dengan Khairan tadi, tapi Khairan tak layan.
Janggal rasanya bersama dengan perempuan lain. Dia dah biasa dengan Ramona. Rasa nak tumbuk saja jam di mesin punchcard sebab lambat sangat habis shift.
Khairan mengambil punchcard di laci dan cucuk ke mesin punchcard.
" Fuhh, tepat tepat timing aku keluar rehat tadi ", Khairan bermonolog sendirian.
" Lain kali punch masuk awal sikit ", Tegur Kak Ad dari belakang.
" Ehh bukan lewat pun.." Balas Khairan.
" Aah memang kerja kitorang pun kena tunggu kau..", Kak Ad memeluk tubuh.
" Ya.. tak lewat pun." Kata Khairan lagi.
" Tak kisah lewat ke tak lewat.."
" Apahal aku kena awal? "
" Sebab kitorang nak rehat. Ingat kau je rehat?"" Pergi je la rehat.. Pahal aku kena masuk awal?"
" Kau sidai orang!"
" Masalahnya aku tak lewat pun! "
" Ni bertekak dengan budak macam kau ni sidai la ni"
" Kau tu nak bertekak!"
Ting!
Khairan buka whatsapp di telefonnya. Satu mesej gambar dari Bunga. Gambar rumah Habibi.
Serta-merta Khairan melangkah kaki keluar ke motor.
"Hah nak pergi mana? nak aku tunggu berapa jam lagi ni?" Teriak Kak Ad.
Khairan tak mengendahkan dan meluru ke rumah Habibi.
Cuba Menyelamatkan Situasi.
" Sorry Sid.. Sorry.. aku janji tak buat dah "
" Janji tak buat dah? Lu mengarut apa ni? Lu dah tikam member gua, ingat gua nak diam je ke? ", Sidek masih lagi menayangkan buku limanya dekat dengan muka Ramdan.
" Sorry.. sorry "
Sidek memberi satu das. Ramdan tidak dapat menahan serangan pantas itu. Lalu, dihadiahkan sebijik lagi.
" Baru tau nak sorry?? Masa tikam Habibi lu tak fikir?? Badan besar saja, tapi otak takda! "
Ramdan terketar-ketar takut dicederakan lagi.
" Seminggu gua cari lu, pandai menyorok eak? ", Kata Sidek sambil menumbuk perut buncit si Ramdan.
" Haaa, sakit? Tau sakit. Nak kena tikam jugak ke? "
" Taknak! Taknak.. ", Balas Ramdan. Malang dia hari ni ketemu Sidek setelah sekian lama bersembunyi sebab dia tahu Sidek adalah orang yang pertama mencari dia.
Bukan hari ni saja dia diperlakukan begini oleh Sidek. Dah banyak kali. Daripada terserempak dengan Sidek, dia lebih rela terserempak dengan anggota polis, hantu pocong, ahlong dan Pegawai AADK.
Bunyi motor sangat deras melalui jalan belakang di Tunas Manja. Sidek kenal bunyi motor itu, tapi tak pernah pula bunyian begini dibawa dengan begitu laju. Sidek menoleh.
" Khairan? "
Sidek melepas cengkaman leher Ramdan dan dia menaiki motor mengekori Khairan. Sebelum jalan, dia bagi satu tendangan ke Ramdan secara langsung sebagai pencuci mulut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Novela JuvenilKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.