Pulang
Ramona menyandar di tingkap dari tempat duduk belakang menikmati permandangan. Dia cuba untuk mengubat sendiri luka yang ditimpa.
Kini kereta melintasi signboard Segamat. Kad pengenalannya diambil dari totebag dan diperiksa. Perjalanan masih jauh.
Ramona kembali menyandar di tingkap. Rupa sedikit serabai. Tak cukup tidur. Rambut tak disikat namun masih rapi. Bibirnya kering belum membasah tekak. Juga belum bersarapan. Dia masih memeluk totebag berisi beberapa barang miliknya.
Lelaki berkaca mata melihat keadaan Ramona dari cermin depan. Kedua tangan teguh di stereng mengawal pemanduan.
"Cik Ramona ingat saya?" Tanya lelaki kaca mata tu.
"Encik Ben.."
Lelaki kaca mata tersenyum. Dia tau hari ni bakal tiba juga. Dia dah ada persediaan jika Ramona minta pulang. Samada dalam keadaan normal atau kecemasan seperti ini.
"Terima kasih tolong.." Ucap Ramona.
"Kenapa Cik Ramona lari?"
Ramona tersentak dan bangkit dari menyandar di tingkap.
"Kenapa Encik Ben tak selamatkan saya selama ni?" Nada Ramona sedikit tinggi.
Encik Ben hanya berdiam.
"Encik Ben dah lama pantau saya selama ni?" Soal Ramona.
Encik Ben tak menjawab apa-apa.
"Encik Ben!"
"Ya.." Balas Encik Ben.
"Sejak bila?"
"Sejak first day Cik Ramona ke rumah budak tu.."
Ramona kembali menoleh luar. Nafasnya laju. Dunia ini terasa seperti menentang kewujudannya.
"Tapi kenapa Encik Ben tak selamatkan saya terus waktu tu?" Tanya Ramona lagi. Masih samar-samar tentang semua ini.
Kendengaran Encik Ben mendengus. Berat hatinya nak menjawab persoalan dari kepala Ramona. Berat hati juga nak biarkan Ramona tertanya-tanya.
"Encik Ben.."
"Itu Cik Ramona tak boleh tanya saya."
"Kenapa?"
"Sebab bukan keputusan saya.. Keputusan Dato Alias, ayah Cik Ramona."
"Saya nak tau.. betul ke saya jatuh dari lereng highway?" Tanya Ramona.
"Betul.." Balas Encik Ben.
Ramona cepat-cepat membuka buku lognya dan membaca semula catatan mimpi-mimpi yang datang dari tidurnya. Gambaran yang ditulisnya tepat. Encik Ben ialah pemandu yang bawa dia melarikan diri.
"Betul ke kita ditembak?"
"Betul.."
"Betul ke tayar kereta pancit?"
"Betul.."
"Lepastu Encik Ben drop saya kat lereng bukit tu?" Ramona mula berkaca matanya.
"Ya.. Maaf Cik Ramona.. Waktu tu saya buntu.. Takda idea.." Kata Encik Ben. Kekesalannya dirasa semula selepas gagal menjalankan tugas dengan baik, menyelamatkan Ramona.
"Saya arah Cik Ramona menyorok dulu dekat situ.. tapi orang-orang tu tembak secara rambang.." Sambungnya.
"Dan saya gelincir.."
"Ya.."
Mereka berdua berdiam selepas tu. Tekanan dari masa lepas berbulan lamanya datang semula menghantui jiwa. Benar dan tepat catatan Ramona selama ni. Cuma tak berkesempatan untuk diberitahu semua. Memberitahu kepada orang-orang yang disayang. Waktu dan nasib tak menyebelahi.
"Waktu Cik Ramona tergelincir.. saya dah putus asa." Jelas Encik Ben.
"Then apa jadi? Diorang apa-apakan Encik Ben?" Soal Ramona.
"Diorang tak buat apa-apa. Cik Ramona je target diorang. Lepas assume Cik Ramona dah mati, diorang terus lari dari situ."
Ramona menutup buku log. Disimpan semula ke tote bag. Ingatannya terasa semakin pulih. Kenangan-kenangan lama mula muncul mewarnai kotak fikirnya.
Wajah kedua ibu bapanya pun semakin lama semakin jelas muncul. Dan senyuman terukir di wajah Ramona.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.