Penerangan Datuk Alias
Datuk Alias merupakan ayah kandung Ramona. Badannya sihat gayanya tegas. Seorang yang kemas dan berdisiplin.
Datuk Alias banyak bercakap di telefon sejak Ramona pulang minggu lepas. Banyak membuat panggilan berbanding terima panggilan.
Suasana rumah kelihatan tegang. Para Pekerja Datuk Alias takda yang mencuri masa. Semuanya serius. Waktu makan pun disingkatkan. Pengawal keselamatan pula perlu bekerja lebih masa. Hampir setiap jam memantau kawasan rumah.
Ramona merasa ada satu kerunsingan melanda keluarganya. Dia tiada jawapan dan tak mahu bertanya apa-apa lagi. Takut menggangu. Dia pun dah berada di tempat asalnya dan taknak hidupnya kucar kacir lagi.
"Ibu sihat?" Tanya Ramona kepada ibunya.
"Sihat.. ni buku Mona." Ibu Ramona meletak dua tiga buku milik Ramona di meja kecil. Dia menoleh ke suaminya mundar mandir di dapur.
"Okay.."
"Ke Mona nak tengok TV?"
Ramona geleng-geleng sambil senyum.
TV dibuka.
"Ibu.."
"Mona tengok la TV.. ni remote.."
Ramona mengambil alat kawalan jauh dari ibunya sambil tengok ayahnya di dapur. Dah satu minggu macam ni. Disangkakan ketenangan namun seperti bersambung situasi di Maran.
Ramona memicit alat kawalan jauh. Tayangan Maharaja Lawak Mega ditayang.
Ramona mula merindu. Memori baru yang tercipta di Maran dah dianggap istimewa. Terpahat kekal. Tak mungkin pudar dan tak mungkin menghilang.
Seminggu diratapi perbuatan Khairan. Baik dan buruk dihitung. Tapi hatinya tak membenarkan dia membenci. Ramona bukan gadis yang cliche. Perkara baik yang dah dikorbankan Khairan itu lebih besar berbanding silapnya. Egonya tak dibiar mengemudi perasaan.
Namun begitu, dia belum bersedia untuk hubungi Khairan. Belum bersedia bersemuka mendengar penjelasan. Biarlah reda konfliks di sini. Biarlah hatinya merindu.
"Mona.. ayah nak Mona balik semula ke Maran."
Kata Datuk Alias. Dia berada di belakang Ramona.Ramona tergamam.
"Encik Ben dah bagitau kan?" Tanya Datuk Alias.
Ramona angguk-angguk.
"Orang tu ada lagi.. Ramai terima khabar angin Mona kat sini." Kata Datuk Alias lagi.
"Mona tak faham.."
"Ayah banyak musuh.. Ada satu pihak nak jatuhkan ayah." Jelas Datuk Alias. "Ayah taknak Mona ada time macam ni.."
"Tapi.. kenapa? Mona boleh jaga diri." Pujuk Ramona. Matanya mula berkaca.
"Diorang tu jahat.. tengok apa yang diorang dah buat kat Mona dulu." Datuk Alias mengusap rambut Ramona. Wajahnya redup. Perkara perlu diselesaikan dulu tak kira apa pun. Kalau tidak, tiadalah masa yang panjang dia dan keluarga merasai keselesaan.
Air mata Ramona mengalir. Ibunya duduk disebelah dan memeluk erat. Ibu Ramona tak terlihat langsung membantah idea suaminya. Semua dah saling sepakat dan dah dibincang lama. Demi keselamatan.
"Okay.." Balas Ramona.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.