Mereka Meronda.
" Kejap! ", Teriak Bunga dari dalam rumah kepada Annasya yang baru saja sampai untuk menjemput dia keluar berjalan.
" Nak pergi mana tu? ", Tegur ibu Bunga sambil memasukkan benang ke dalam jarum di mesin jahit. Kain batiknya perlu dipulih semula. Ini semua angkara suaminya, Pak Meli.
" Ronda kampung jap ", Terbongkok-bongkok Bunga mengenakan gincu di cermin berkedudukan rendah di ruang tamu. Gambar Ryan Gosling yang dikerat dari majalah di celahan cermin tidak dipedulikannya.
" Ohh, ehh abahnya nak pergi mana pulak tu? ", ibu Bunga menjeling suaminya yang sedang menguak daun pintu.
" Pergi main motor cross dengan Mat Pi"
" Laa tak pernah-pernah main binatang tu sebelum ni. Sejak balik dari kursus ni asyik keluar je "
" Mat Pi tu haa bawok balik dua motor cross dekat rumah dia. Saja nok try naik bukit belakang surau sana ", Balas Pak Meli biasa. Tak perlu beri alasan berjela sambil mengeluh. Kalau dia nak memang dia nak.
Kemudian mereka dua beranak keluar dari rumah. Bunga menuju ke Annasya dengan pakaian biasanya, blouse turquoise dan dipadankan dengan tight hitam menampakkan bentuk bawah badan yang cantik. Memang sengaja memberi remaja lelaki diluar sana menaikkan kepala sekejap dan lalu kembali bermain wechat.
Sebaik saja Bunga mengambil tempatnya di belakang, Annasya mula menunggang motor demak ex5 milik ayahnya.
" Pergi tasik nak? ", Jerit Bunga.
" Helmet takda. Kita ronda dalam kampung jela ", Balas Annasya.
Jalan disitu sedikit sibuk dengan budak-budak sekolah yang baru balik. Ada yang memakai uniform bomba, polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Baru habis kokurikulum. Patutlah muka masing-masing seronok, baru saja habis dari sesi penyiksaan. Berkawad di tengah padang waktu panas terik. Mengalahkan Subbuh yang selipar kanannya dijadikan gelang kaki.
Melihat pada wajah-wajah mereka, mungkin masa ini mereka hanya ikut saja segala arahan dan kehendak dari pihak sekolah. Usia muda begitu belum lagi terfikir untuk membantah segala aktiviti yang tak patut dilakukan di sekolah. Mereka hanya mengeluh penat menimba ilmu sampai ke tengah hari. Selepas itu, dihantar ke tengah padang semata-mata mahu menjayakan kokurikulum di setiap rabu seperti yang dijadualkan.
Sambil melihat budak-budak sekolah di tepi, Bunga perasan seseorang
" Ehh itu kan.. "
" Diam lah! ", Marah Annasya bila melihat tundingan jari Bunga kepada seorang lelaki menunda sebuah motor. Dia tak mahu melihat bekas kekasihnya. Benci.
" Kita ke rumah Rozi dulu la, Annasya"
" Okey "
Tak lama kemudian, mereka berhenti di depan rumah Rozi di Kampung Berkat Satu. Rumahnya terletak rapat dengan jalan kecil kampung. Jadi, Annasya hanya berhenti di tepian jalan.
Rumah yang di-renovate besar sampai betul-betul mencium jalan raya kegunaan ramai begini memang tak patut. Menyusahkan orang lalu lalang. Lagi-lagi apabila kereta bertemu kereta di situ. Sukar untuk dua kereta itu melepasi sesama mereka. Apatah lagi ada kenduri diadakan di situ. Sudahlah jalan kecil, lagi nak buat tempat parking.
Tapi ayahnya si Rozi peduli apa. Selagi itu dalam kawasan tanah miliknya, selagi itu dia meneruskan ego.
" Bunga, aku nampak Khairan bawak perempuan tu jalan-jalan kat bandar tadi ", Kata Rozi sambil memasukkan kunci ke dalam lubang kunci motor.
" Kau nampak kat mana? " Tegas suara Bunga.
" Diorang dari gerai kat dataran sana "
" Betina ni memang nak kena la. Aku dah lama teringin nak jumpa dia. Tapi Khairan tak bagi", Bunga geram.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
JugendliteraturKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.