Bualan Anak Muda Di Beranda Rumah.
Khairan dan Sidek beristirehat di beranda meninggalkan Ramona menonton tv di ruang tamu berseorangan. Bengoh pula baru sahaja keluar dari halaman rumah lalu gagah menunggang motorsikalnya terus menuju ke tempat kerja. Kelibat Bengoh semakin lama semakin hilang dari pandangan.
" Petang kejap lagi ada budak datang rumah gua nak belajar gitar ", Kata Sidek.
" Weh kantoi la nanti."
" Takda apa.. rilek. Gua ajar dekat beranda ni je.."
Khairan angguk saja.
" Siapa dia nak belajar tu? Kau tak pernah pun nak ajar aku? "
" Tak payah 'koya' la. Masa gua beriya nak main lagu Anarchy in the UK dan Pennyroyal Tea dulu, lu la ajar gua power chord ", Jelas Sidek. Lagu yang bergenre punk dan juga grunge memang senang dimain kerana kebanyakan lagu menggunakan 4-5 power chord sahaja. Tak menjadi masalah bagi Sidek mempelajarinya dalam masa dua minggu sebelum dia berhijrah ke Kuantan.
" Aku gurau je. Ingatkan kau lupa siapa sifu kau ", Khairan tersengih-sengih. Sidek meluat.
" Lagipun petang ni aku kena pergi rumah marka aku, Sid. Semalam dah la aku tak bawak di pergi taman tasik petang tu. Kang dia syak something, habis kita. Merajuk okay lagi ", Jelas Khairan. Dalam menggalas tanggungjawab dia kepada Ramona, Bunga kekasihnya tak boleh letak tepi begitu saja.
" Rileks. Biar awek tu main dengan Shaera. Tengok TV sama-sama ke main masak-masak ke?" Sidek menenangkan Khairan.
" Shaera tak syak apa-apa ke?"
" Nanti gua cakap la Ramona tu sepupu lu nak tumpang tengok astro warna sebab rumah lu tak amik pakej mustika. Bijak tak gua? ", Jawab Sidek. Dapat memikirkan penyelesaian kepada masalah rumit bukannya boleh dilakukan calang-calang orang. Ianya memerlukan daya pemikiran yang cerdas. Sidek dahagakan pujian.
" Asal sampai keluar pakej astro pulak ni? Shaera faham ke? "
" Shaera memang terer bab-bab TV"
" Ohh.."
" Bijak tak aku?"
" Okay bijak la kau ni. Dah la rambut pacak. Tinggi lampai dan segak pulak tu. Pakai baju CBGB, short pant hawaii. Fuh mantap!", Puji Khairan. Dia sudah memahami Sidek yang terlalu mementingkan sebuah penghargaan. Jadi, dia puji lebih-lebih.
Sesi Bersama Sekuntum Bunga.
Sampai sahaja di hadapan rumah Bunga, Khairan terlihat ibu Bunga sedang menyapu daun kering di halaman rumah. Daun kering yang terjatuh dari pokok rambutan yang sedia ada sebelum rumah dibina lagi membuat halaman rumah Bunga berselerak jika dibiarkan saja daun-daun kering itu.
Setelah menongkat motorsikal, Khairan berlari anak menuju ke arah ibu Bunga. Tak sempat ibu Bunga menjawab salam yang diberikan, penyapu yang digenggamnya dirampas Khairan. Selepas itu dia menyambung menyapu daun kering. Ibu Bunga hanya mengukirkan senyuman tanda menyukai sifat Khairan yang pandai menjaga hati orang tua.
" Khairan ada apa ni datang sini. Susahkan Khairan je tolong makcik menyapu ", Kata ibu Bunga sambil memulakan langkah menuju ke pangkin kayu betul-betul di sebelah pokok rambutan.
" Alaa, tak mengapalah makcik. Apa yang susahnya setakat menyapu ni. Lagipun saya nak jumpa Bunga. Dia ada kat rumah tak makcik? Saya Whatsapp, weChat, Dm dan message kat instgram pun dia tak reply ", Terang Khairan sambil mengumpul setempat daun-daun kering tadi.
" Ada tengah tengok tv. Nanti makcik panggilkan ", Ibu Bunga bangkit untuk memanggil Bunga di dalam rumah.
" Lagi satu makcik, tolong amikkan lighter dan surat khabar untuk saya bakar daun-daun ni", Pinta Khairan setelah siap menyapu.
" Tapi surat khabar dah takda Khairan. Semua yang makcik kumpul dah jual kat Uncle Chong "
" Kalau macam tu amikkan saya sesuatu yang boleh dibakar. Takkan makcik takda kertas langsung?", Pinta Khairan lagi.
" Yang ada pun buku Fattah Amin. Buku tu makcik pakai lagi", Terang ibu Bunga. Dia mula berasa gelisah. Bila berbalah dengan Khairan, dia selalunya kalah.
" Asal boleh, makcik. Janji hidup apinya. Saya tahu makcik sayang buku tu. Saya amik sehelai muka surat je eak ", Pujuk Khairan dan langsung tak mempedulikan air muka ibu Bunga sudah berubah.
Tak lama kemudian, ibu Bunga keluar bersama sebuah buku dan membawa Bunga sekali ke luar rumah. Muncung Bunga panjang sedepa masih lagi merajuk dengan Khairan tidak membawanya makan angin di Taman Tasik Maran.
Khairan hanya melemparkan senyuman manis.
Dia kemudiannya menyambut pemberian lighter dan buku ibu Bunga. Selepas itu, ibu Bunga menyertai anaknya di pangkin kayu. Sambil membuka bicara untuk memujuk kembali hati bunga, Khairan mengoyak helaian buku tanpa belas kasihan dan tempatkan kertas yang telah digulung ke dalam timbunan daun-daun kering. Lalu menyalakan ia menggunakan lighter.
Ibu Bunga berdiam dengan wajah kosong dan mula merancang untuk menebang pokok rambutan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Fiksi RemajaKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.