Makan Malam Bersama.
" Tambah la lagi Ramona ", Tanya Mak Sabilah sambil mencapai periuk nasi yang dialas dengan surat khabar bersebelahan Pak Husin.
" Takpalah makcik, cukup dah ni", Ramona menyuap nasi perlahan-lahan.
" Ehh apa panggil makcik, panggil mak la. Kita satu keluarga kan ", Kata Mak Sabilah. Khairan dan Pak Husin tersenyum.
Kristina diam seribu bahasa sambil menjamah masakan ibunya. Matanya menjeling tajam kepada Ramona. Kehadirannya ini bersebab dan ada sesuatu yang dirahsiakan. Baju lengan panjang dipakai Ramona itu masih baju yang sama dia ada. Dah dua kali ni takkan kebetulan lagi.
Kristina cuba menghabiskan makanannya sederas mungkin dan selepas itu kembali ke bilik tidur, almari pakaiannya perlu digeledah.
Khairan menambah nasi. Ayam kurma kegemarannya juga ditambah. Bila dah bebas dari masalah ni, haruslah diraikan dengan baik. Takda lagi kusut di kepala. Mereka sekeluarga terus menjamu selera dan juga berbual kecil.
Setelah selesai menjamu selera bersama, Khairan melangkah ke bilik tidur. Ramona dia tinggalkan bersama Mak Sabilah dan Pak Husin di depan tv. Sampai saja dimuka pintu, Khairan membuka suis lampu bilik. Katil, meja, lantai, almari buku semuanya tersusun kemas. Khairan mengangkat tangan dan berdoa perkara baik-baik untuk ibunya.
Selepas puas melihat sekeliling, Khairan melabuhkan punggung di tepi katil. Lantas mencapai telefon yang dicas di plug yang berdekatan. 37 mesej Whatsapp dari group ex sekolah menengah, 42 dari group Geng kolej, 190 dari group Family besar dan terakhir sekali 25 dari Bunga.
Khairan mengeluh panjang. Kepalanya mendongak ke atas. Terlalu sibuk dengan Ramona sampai dia terlupakan Bunga. Janji temu dengan Bunga sepatutnya setiap petang.
Dia bukak mesej di telefon penuh hiba.
" KUM BAWAK BETINA MANA TADI ?"
Mesej yang diguna capslock itu dihantar sebanyak 20 kali dan lagi 5 itu simbol spanar hidup.
Bukan capslock menjadi perhatian Khairan, tapi macam mana Bunga boleh tau dia membawa Ramona. Sedangkan jalan yang dilalu takda melintasi rumah kekasihnya.
Gembira tak sampai setengah jam, dan Khairan kembali semula dengan tekanan. Telefon diletak ke bawah, membiarkan ia dicas semula. Keadaan macam ni membuat Khairan memerlukan udara luar. Dia mula langkah ke luar rumah.
" Apa la aku nak cakap kat Bunga ni ", Bisik hati Khairan. Matanya pula redup-redup melihat jalan raya di depan. Jalan dalam perumahan jarang dilalu.
" Aku rasa kena guna alasan yang sama! ", Khairan yakin. Esok dia akan ke rumah Bunga. Sekejap lagi dia akan membuat satu panggilan kepada ibu Bunga yang esok dia mahu datang ke rumah makan tengah hari. Barulah nampak macam keluarga yang indah.
" Woi, Khai, baik kau bagitau, siapa perempuan tu? ", Jerkah Kristina dari belakang. Khairan terkejut belakangnya ditolak dari belakang.
" Apa kau ni? "
" Dah kau tak payah berlakon depan aku, kau curi baju aku lepastu bagi dia kan? Dia tu sapa? Kau buat apa kat rumah Sidek dua-tiga hari lepas? ", Soal Kristina terlalu memahukan kepastian. Khairan sudah berubah muka.
" Haa asal diam ni? Siapa perempuan tu? Baik kau bagitau, kalau tak aku bagitau kat mak! ", Ugut Kristina.
" Okay! Okay! ", Khairan mengalah. Dengan menghela senafas, Khairan bercerita dari A sampai Z.
Poster.
" Bosan shit! ", Keluh Sidek berseorangan di ruang tamu. Rancangan di tv tak menarik perhatian dia. Daripada Motif Viral, Primadona, dan The House semuanya membuat Sidek mahu mencampak tv ke longkang besar di jalan raya depan rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Fiksi RemajaKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.