Pada zaman dahulu,zaman sebelum masihi lagi, terjadinya satu peperangan yang sangat hebat dan berpanjangan. Peperangan itu berlarutan beratus-ratus tahun lamanya. Peperangan yang dimaksudkan itu adalah Peperangan Abadi yang mana melibatkan dua kaum iaitu kaum dewa dan kaum syaitan. Kaum dewa yang berpihak kepada manusia sejagat sedaya upaya mempertahankan bumi dari dijajah oleh kaum syaitan yang ketika itu diketuai oleh seorang panglima yang sangat kuat iaitu Raja Syaitan.
Dia dicabar oleh seorang dewa yang sangat kuat dan hebat ilmunya iaitu Dewa Langit. Akibat dari peperangan itu hampir seluruh tempat dibumi hancur dan musnah. Aura-aura dari pertelingkahan mereka merebak keseluruh tempat dan mengakibatkan sebilangan manusia,haiwan dan tumbuhan turut sama musnah.
Pada hari terakhir berperang,Raja Syaitan akhirnya tertewas jua. Namun sebelum dia diikat dilangit yang memenjarakannya,dia sempat memuntahkan 10 biji mutiara berlainan warna kebumi. Mutiara-mutiara itu berpecah 10 dan menuju ke tempat masing-masing.
"hahaha..aku tak kisah dikalahkan,tetapi anak-anakku ini pasti akan menjalankan tugas dengan baik dikemudian hari! Dan mereka pasti akan dapat membebaskan aku nanti hahaha!" kata Raja Syaitan. Suara ketawanya yang kuat itu bergema dilangit. Dewa Langit terus merantai Raja Syaitan keempat-empat kudratnya. Maka bersemadilah dia dilangit sehingga kini.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha