"Cik Rama-rama hati-hati!" laung Tuan Besi. Rama-rama membongkokkan diri mengelak serangan daripada patung itu. kapak emas patung itu tepat mengenai dinding. Nasib baik Tuan Besi sempat memberi amaran kalau tidak sudah pasti kepala Rama-rama akan dipenggal.
Cameti berduri yang tersangkut pada pinggangnya pun dipalu pada tubuh patung itu. arus elektrik yang disalurkan pada cameti itu pun melingkari tubuh patung itu. lantas mengunci pergerakkannya. Tuan Keluli pula mengambil peluang itu dengan melompat keatas bahu patung itu dan membelit cameti berdurinya pada tengkuk patung itu.
Arus elektrik pun mengalir kedalam tubuh patung itu dengan mendadak. Tubuh patung itu pun bersinar-sinar dengan cahaya kuning. Namun kekuatan mereka berdua tidak setanding dengan kekuatan patung itu yang lebih kuat daripada mereka. Lantas mereka berdua terhumban kebelakang setelah patung itu meronta-ronta.
Melihatkan keadaan itu,Rama-rama pun mengaktfikan Cermin Syaitannya dengan segera. Lantas tubuh Rama-rama menjadi halimunan. Dia pun menghujankan beberapa tikaman dan libasan pedang dari segenap penjuru. Tubuh patung itu pun cedera. Pakaian emasnya juga habis terbelah. Patung itu cuba melawan tetapi dia tidak nampak kelibat Rama-rama itu. Maka serangannya hanya mengenai angin saja.
Rama-rama pun memesatkan lagi serangannya. Satu cahaya yang menyilaukan mata pun terbentuk betul-betul dihadapan mata patung itu. Sesiapa yang melihat akan cahaya itu pasti akan menjadi buta seumur hidupnya.
"arrrgggghhh!! Mata aku!!" jerit pahlawan-pahlawan dari sekolah seni bela diri itu yang tidak sempat menghalang matanya dari melihat cahaya terang dari Cermin Syaitan tersebut. Mereka semua sudah menjadi buta. Habis dinding-dinding batu itu dilanggar mereka dan ada diantara mereka terjatuh kedalam larva yang panas mendidih itu.
"dasyatnya cahaya dari Cermin Syaitan itu!" bisik Raja Ganas sambil mengangkat lengannya dari memandang cahaya itu.
"bukk!!" kepala patung itu tergolek diatas tanah. Manakala tubuhnya masih lagi berdiri tegak. Beberapa saat kemudian badan patung itu pun mulai jatuh terbaring diatas lantai. Dan sama seperti patung-patung yang lain,patung itu pun merekah dan menjadi debu dan meresap masuk kedalam patung yang berdiri tegak itu. Rama-rama pun berjejak kebumi perlahan-lahan ibarat seekor rama-rama hinggap diatas ranting pokok.
Kini Cuma tinggal 1 patung saja lagi yang aktif berlawan. Patung itu kelihatan sedikit cemas melihat rakan-rakannya yang lain terbunuh. Dia pun terbang kearah patung yang berdiri tegak itu dengan segera. kemudian dia pun membentuk tubuhnya menjadi sebuah bebola emas. Tiba-tiba saja bebola emas itu meletup dengan sendiri. Serpihan-serpihan tubuhnya yang berkecai itu pun melekat dan meresap pada tubuh patung yang sedang berdiri itu.
Kedua-dua mata patung itu pun bersinar-sinar terang. Tubuhnya juga bersinar-sinar dengan cahaya keemasan. Jubahnya pun berubah menjadi pakaian zirah berwarna emas. Kemudian muncul pula satu kepala bertopeng emas dan berambut merah. Terbeliak mata mereka semua melihat perubahan patung itu. Tubuhnya yang sasa dan segak dibaluti dengan baju zirah emas dan bertopeng menjadikan dia seorang lelaki yang sangat hebat.
["topeng itu..mungkinkah..!] bisik Kilat didalam hati. Ya! Dia kenal akan topeng yang dipakai oleh lelaki itu. itu adalah topeng yang dipakai oleh Harimau Waja ketika dia bertemu didalam lorong itu sebentar tadi. Jadi mungkinkah lelaki itu adalah Harimau Waja yang sejati?.
"hhahahaha..!! akhirnya penantian aku bertahun-tahun menjadi kenyataan!!" ketawa lelaki itu. kedua-dua lengannya diangkat kedepan.
"sungguh hebat tubuh emas ini.." dia pun mendepakan tangan kanannya kedepan dan menarik Golok Naga dari jarak jauh. Lantas Golok Naga yang dikelilingi oleh larva itu meluncur laju kearahnya. Kilat,Raja Ganas,siluman ular,siluman kelawar,Raja Pawaka,Rama-rama,Tuan Besi dan Tuan Keluli itu pun terkejut. Mata mereka semua terbeliak. Golok Naga yang mereka impikan itu telah jatuh kedalam tangan lelaki emas yang muncul secara tiba-tiba itu.
"wahai Golok Naga kesayanganku..hari ini kau tidak lagi kesunyian kerana aku akan menemani kau buat selama-lamanya..hahaha!!" ketawanya lantang.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha