''a-apa yang kau nak,hah ?!'' soal Rama-rama ketakutan. Tubuhnya menggigil saat melihat tubuh Raja Singa Gangsa yang tidak berbaju itu. Raja Singa Gangsa hanya tersenyum jahat. Airliurnya kelihatan meleleh jatuh dari mulutnya. Tanpa membuang masa dia terus menerkam kearah Rama-rama dan merangkulnya dengan erat dan menjatuhkan tubuh Rama-rama itu keatas lantai. Rama-rama meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Namun belum sempat dia melakukan apa-apa tindakan,pintu biliknya dibuka orang dari luar. Lelaki itu kelihatan cemas. ''Tuan Gangsa ! cepat ! tempat kita telah diserang !'' katanya cemas. Raja Singa Gangsa mengerutkan dahi. "Siapa?!" soalnya. Lelaki itu menggelengkan kepala. "tetapi lelaki itu bersenjatakan senjata ajaib tuan!". Selepas mendengar kata-kata dari pengikutnya itu tanpa berlengah Raja Singa Gangsa pun terus meluncur laju menuju kearah dewan utama untuk melihat lelaki yang dimaksudkan oleh pengikutnya itu.
Raja Singa Gangsa tersentak apabila melihat seorang lelaki berpakaian hitam dan menutup mukanya sedang membunuh pengikut-pengikutnya dengan senjata ajaib yang dihayungkannya. Lelaki itu ketawa berdekah-dekah. "hahaha..rasakan kehebatan cokmar aku ini!!" laung lelaki itu. kedua-dua matanya kelihatan bersinar-sinar ganas.
["tidak mungkin! Itu senjata syaitan yang dikenali sebagai Raja Sesal!"]. Raja Singa Gangsa tergamam. Matanya terbeliak.
<<<<<<<
Pada zaman dahulu,kira-kira 100 tahun lepas. Satu peperangan telah tercetus diantara Negeri Maying dengan Negeri Zan. Peperangan yang disebabkan oleh salah faham itu telah mengorbankan ramai rakyat jelata Raja Negeri Maying. Raja Negeri Maying yang dikenali sebagai Raja Indera amat menyesali dengan pertumpahan darah itu. disebabkan oleh sikap rakan baiknya sendiri iaitu Raja Chendana yang merupakan Raja Negeri Zan yang panas baran itu telah menjadikan Negerinya padang jarak padang terkukur.
Tentera-tentera mereka berdua pun berbalas-balas serangan baik dari udara mahupun darat. Namun ibarat kata pepatah rusa ditembak,kijang yang kena kerana ramai rakyat-rakyat dan haiwan-haiwan peliharaan telah terkorban. Disebabkan itu Raja Indera telah berbulat tekad untuk menamatkan peperangan itu dengan membunuh rakannya itu.
Selepas Raja Chendana dibunuh,terbit satu perasaan dari hati Raja Indera rasa menyesali perbuatannya itu. dia pun meraung-raung menangis sambil memaku mayat rakan baiknya itu. mendengar tangisan dari Raja Indera,semua tentera telah berhenti berperang. Kemudian sebiji mutiara syaitan berwarna jingga yang telah lama terbenam dibawah istana Negeri Maying pun terangsang dengan perasaan sesal dari Raja Indera. Mutiara itu pun meluncur laju kearah Raja Indera. "Beta amat menyesali dengan perbuatan beta..lebih baik Beta juga mati bersama-sama dengan rakan beta ini!" laung Raja Indera sayu sambil menikam pedangnya pada dadanya.
Mutiara Syaitan itu pun bersinar terang.kemudian senjata-senjata yang terdapat disekelilingnya pun bergetar dan terbang mengelilingi mutiara berkenaan. Satu per satu senjata seperti pedang dan tombak hancur berkecai. Baju-baju zirah Raja Indera dan Raja Chendana dan tubuh-tubuh mereka itu pun merekah dan bersatu dengan intisari senjata-senjata itu dan meresap masuk kedalam mutiara Syaitan berkenaan. Kemudian sebilah Cokmar berwarna hitam dan merah jingga pun terbentuk hasil dari perasaan sesalnya itu. cokmar itu terdapat dua kepala yang lain-lain bentuknya. Satu berbentuk serampang tiga mata yang berwarna merah dan satu lagi berbentuk tirus yang amat tajam sekali. Cokmar itu pun digelar sebagai Cokmar Raja Sesal.
Namun selepas beberapa tahun selepas itu,Cokmar Raja Sesal itu telah dicuri orang dan dibawa ke Wilayah Utara. Selepas beberapa hari pencuri itu pun pulang dengan sebatang lembing yang masih tercucuk pada tubuhnya. Belum sempat dia bersuara,pencuri itu pun rebah dan mati. Berita tentang Cokmar itu pun terus lenyap sampai sekarang. Misteri kehilangan Cokmar itu pun terus tersebar keserata tempat. Tidak ada seorang pun tahu kemana hilangnya Cokmar berkenaan sehinggalah munculnya seorang lelaki berpakaian hitam yang datang menyerang Lembah Asura itu.
>>>>>>>>
"hahaha..aku tidak menyangka sungguh hebat dan aneh Cokmar Raja Sesal ini! Raja Singa Gangsa! Keluar kau sekarang!!" laung lelaki misteri itu. "aku kat sini,siapa kau dan kenapa kau masuk kawasan aku dan membunuh orang-orangku? Nampaknya kau sudah bosan dengan hidup!". Selepas habis berbicara,Raja Singa Gangsa pun terus menyerang lelaki misteri itu dengan senjatanya yang dikenali sebagai Golok Api. Tetakan Golok Api pun tepat mengenai sasarangnya namun lelaki misteri itu hanya bersahaja dan tenang. Tetakan Golok dari Raja Singa Gangsa itu langsung tidak mencederakan bahu lelaki misteri itu. Malah Golok Api itu kelihatan bergetar kuat seolah-olah takut dan minta untuk dilepaskan. Raja Singa Gangsa tersentak. "Jahanam Golok Api! Apa mahu takut? Tunjukkan kehebatan kau sekarang!" selepas ditengking barulah Golok Api itu mengeluarkan cahayanya yang berwarna jingga. "bagus!!"
Namun kelibat lelaki misteri itu sudah tidak kelihatan. Raja Singa Ganas tersentak. Tiba-tiba satu sambaran angin yang kuat pun menerjah dari kepalanya. Sebaik saja dia mendongak,hujung serampang tiga mata Cokmar Raja Sesal sudah berada didepan matanya dan malaikatul maut pun terbayang didepan matanya. Jika dia tidak mengelak,nyawanya tentu akan melayang.
Satu lagi senjata syaitan telah muncul. Siapakah orang misteri yang bersenjatakan Senjata Syaitan itu? Sama-sama kita nantikan dalam bab 42 iaitu Kejutan! nanti.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha