Bab 21

168 13 0
                                    

Raja Ganas bertubi-tubi diserang oleh patung itu. sekejap kekiri sekejap kekanan dia mengelak. Serangan dari patung itu sungguh menakutkan sekali. setiap kali patung itu melancarkan tumbukan pasti benda yang terdapat disekitarnya akan musnah.

"grahhh!!!" patung itu meraung marah. Jubah emasnya diaktifkan menjadi beberapa batang lembing emas. Lembing itu pun terus dilontar kearah Raja Ganas. Lembing yang disertakan sekali dengan aliran kilat berwarna kuning berjaya dielak oleh Raja Ganas dengan kepantasan yang menakjubkan.

Namun wajah Raja Ganas berubah apabila melihat lembing yang terpacak pada dinding telah mencair dan melekat pada kakinya. Cecair emas itu kemudian mengeras sehinggakan Raja Ganas tidak dapat menggerakkan badan.

"argghhh!! Jahanam!" Raja Ganas meronta-ronta melapaskan diri. dia kena cepat kerana serangan yang dilancarkan oleh patung itu sudah dekat. Pedang emas yang dicipta oleh patung itu terus dihala kearahnya dan "tusss!!" tubuhnya ditusuk pedang. "singa!!" pekik Raja Ganas.

Rupa-rupanya siluman Singa telah datang kedepan memberi perlindungan kepada Raja Ganas. "tu-tu-tuannn..." Lantas tubuh siluman Singa terputus dua. Patung itu pun memutarkan pedangnya dan mencincang saki baki tubuh siluman singa diudara. Darah memercik keserata tempat. Raja Ganas tergamam. Tidak sangka siluman Singa sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan tuannya itu.

Raja ganas menangis mengenangkan siluman Singa yang taat lagi setia itu mengorbankan diri. dia bertekad didalam hati bahawa patung itu harus dicincang sampai lumat. Dia pon mengaktifkan kuasa dalamannya sehingga ke kemuncaknya. Satu gelombang biru pun terbentuk disekelilingnya. Segala batu-batu yang ada diatas tanah terapung diudara.

"aaaaaaaarrrggggggg!!! Kegeraman Raja Ganas sudah sampai kekemuncaknya. Laungannya yang kuat itu bergema diseluruh tempat. Dinding kelihatan bergegar dan merekah disebabkan oleh aura yang diaktifkannya itu. Tubuh Raja Ganas berubah sikit demi sedikit. Tubuhnya berubah menjadi besar.Pada belakangnya tumbuh beberapa pacak tulang dari belakang tengkuk hingga ke punggung. Ekor juga mula kelihatan. Tanduk berputarnya semakin besar dan panjang.

Emas yang melekat pada kakinya merekah dan meletup. "graaaahhhhh!!" Raja Ganas meraung kuat. Kecut orang-orang yang berada disitu. Aura biru yang mengelilinginya masih lagi ada. Dinding kawasan itu kelihatan tergores apabila mengenai aura biru yang mengelilingi tubuhnya. Ternyata ianya amat tajam!.

Patung itu mengambil langkah utama untuk menyerang. Dia melompat dan melibas pedang emasnya kearah tengkuk Raja Ganas. Namun hanya sia-sia kerana pedang emasnya hancur sebaik sahaja bertembung dengan aura biru itu. "hahahaha!! Kau bukan lagi saingan aku! Kau hanyalah sampah sekarang! Nyah!" kata Raja Ganas. Suaranya sudah berubah menjadi garau. Dia pun melibas ekornya dan tepat mengenai patung itu. Tersembam patung itu kebelakang dan melanggar dinding.

Belum sempat patung itu bangun, Raja Ganas sudah berdiri didepannya. Tangannya diangkat keudara dan bersedia untuk melepaskan satu tumbukan. "buukk!! Bukk!! Bukk!!" tumbukan bertubi-tubi dilepaskannya. Tubuh patung itu pun terbenam kedalam tanah akibat dari tumbukan yang dilepaskan oleh Raja Gans bertalu-talu itu.

Patung itu tidak bergerak. Akhirnya keputusan sudah pun dicapai. Patung itu akhirnya tertewas jua. Beberapa saat kemudian tubuh patung itu mula merekah dan menjadi habuk dan berterbangan diudara menuju kearah salah satu patung dan meresap kedalamnya.


KILATWhere stories live. Discover now