Sabit yang dilibas oleh Siluman Kelawar hampir-hampir memenggal kepala Jingga. Nasib baik pada saat itu dia sempat mengelak dengan menyelam kembali kedalam tasik. ["fuh! Nyaris-nyaris kepala aku dipenggalnya..tak sangka pulak diorang perasan aku ini..hehe"] bisik Jingga didalam hati. Agak lama dia menyelam membuatkan Siluman Kelawar yang terbang terapung-apung diudara hampir-hampir terjatuh kedalam tasik kerana terbang dengan sebelah sayap sahaja.
Dia yang terhuyung-hayang segera beredar dari situ dan kembali bersama dengan Siluman Ular yang sedang menunggu ditebing tasik bersebelahan dengan mayat Raja Ganas. "Cis!! Jahanam!! Kalau tidak kerana sayap aku yang patah ini sudah tentu aku dapat penggal kepala lelaki itu!" kata Siluman Kelawar. "tidak mengapa Kelawar,biar aku yang uruskan budak mentah itu. kau jaga mayat Tuan kita itu ya." Servis bertukar tangan. Siluman Ular pun segera terjun kedalam tasik. Sekelip mata saja kelibatnya hilang. Siluman Kelawar tersentak. Tidak sangka Siluman Ular hebat menyelam. Itulah kelebihan Siluman Ular sebenarnya. Hebat diair tapi tidak didarat. Maklumlah Ular air.
Selepas Jingga mengambil nafas dia pun terus menyelam semula kedasar tasik untuk mengambil Golok Naga yang terjatuh kedalamnya. Keadaan gelap menyukarkannya untuk mencari. Setelah tiba didasar tasik,Jingga terkejut melihat banyak patung-patung dan kenderaan-kenderaan lama tersadai didasar tasik itu. ikan-ikan yang terdapat didalam tasik berkenaan juga kelihatan menggelumpur kesakitan dan akhirnya mati. Hairan Jingga melihatnya.
Kesemua ikan-ikan yang terdapat didalam tasik itu menerima nasib yang sama. Kemudian satu cahaya samar-samar kelihatan tidak jauh darinya. Cahaya itulah yang membuatkan ikan-ikan tadi kesakitan dan mati. Jingga mengorak senyuman pada mulutnya. Dia pun cuba berenang keatas untuk mengambil nafas dahulu. Namun kakinya tiba-tiba ditarik kuat oleh sesuatu dan terus meluncur laju kedasar tasik.
Jingga meronta-ronta menahan kesakitan. Lehernya dipegang dengan kedua-dua belah tangannya. Dia perlu naik ke permukaan secepat mungkin jika tidak dia akan mati kelemasan. Tangan yang memegang kakinya itu pun disepak kuat bagi meleraikan genggaman tangan itu. Namun cengkaman tangan itu semakin kuat membuatkan Jingga meronta-ronta. ["jahanam kau! Aku mesti bertindak pantas!"] bisiknya didalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu segera dia mengambil sebatang chopstik yang terselit pada pinggangnya dan segera menikam tangan yang mencengkam kakinya itu.
Mujur dia simpan chopstik itu ketika dia menjamu selera dikedai itu tempoh hari boleh juga dibuat senjata. Tikaman yang dilakukannya itu nampaknya berhasil. Tangan itu pun melepaskan kaki Jingga dengan segera. ["aduh!! Sakitnya!!"] tangan yang ditikam oleh Jingga itu kelihatan sudah berdarah. Rupa-rupanya tangan itu adalah milik Siluman Ular. Siluman Ular pun mengejar Jingga yang telah meninggalkannya. Namun kelibat Jingga sudah tidak kelihatan.
Tiba-tiba satu cahaya kuning terang pun terpancar dari satu sudut. Terkejut Siluman Ular apabila melihat Jingga sedang berdiri didasar tasik dan memegang sebilah golok ditangannya. Ternyata Golok yang dipegangnya itu adalah Golok Naga. Siluman Ular pun terus berenang laju kearah Jingga dan cuba menyerangnya. Jingga yang menyedari serangan dari Siluman Ular itu hanya mengorakkan satu senyuman sinis pada bibirnya.
Dia pun meluru laju kearah Siluman Ular dan terus ghaib. Kepantasan yang dipertunjukkan oleh Jingga membuatkan Siluman Ular tergamam. Jingga yang ghaib dengan tiba-tiba itu kelihatan sedang berdiri dibelakang Siluman Ular. Belum sempat dia berpaling,tangannya yang hanya tinggal sebelah itu pun tercabut dari tubuhnya. kemudian kedua-dua belah kakinya turut dipenggal. Terkejut Siluman Ular. Beberapa saat kemudian perut dan dadanya pula terbelah dua. Akhir sekali kepalanya pula terpenggal dari tubuh. Mata Siluman Ular terbeliak. Mulutnya ternganga. Ternyata dia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku kepada dirinya itu.
["hehehe.kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan hendak diduga!."] ketawa Jingga didalam hatinya. Dia pun segera memutarkan tangannya dan membentuk satu bebola air dan mengheretnya keudara. Siluman Kelawar terkejut melihat satu susuk tubuh terpancul keluar dari tasik berkenaan. Susuk tubuh itu pun berpijak keatas tanah dan berdiri didepan Siluman Kelawar. Siluman Kelawar tergamam melihat ditangan Jingga itu. "nah! Aku bagi balik kawan kau ini..tapi maaf! Tubuhnya dah dipenggal..kau cantumkanlah kembali ya hehehe..selamat tinggal!!" ucap Jingga. Dia pun segera meninggalkan tempat itu dengan segera sambil ketawa terbahak-bahak. Golok Naga yang menjadi idaman orang kini sudah menjadi miliknya. Bunyi suara ketawanya berkumandang diseluruh kawasan.
Siluman Kelawar jatuh berlutut diatas tanah. dia tergamam melihat mayat Siluman Ular yang telah dikerat-kerat itu. Dia pun menangis sekuat-kuat hatinya. "wooooo!! Wooooo!! Wooooo!".
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha