Selepas melihat Raja Puaka melarikan diri,Harimau Waja pun segera melompat dari tempatnya berdiri dan jatuh ke medan pertempuran. "serahkan Tongkat Zafron itu jika kalian masih sayangkan nyawa!" ujar Harimau Waja. Golok ditangannya masih kuat bergetar tanda Goloknya itu terasa tercabar oleh Tongkat Zafron itu.
"Ha-Harimau Waja?! Bukankah kau sudah mati?" soal Kilat. Matanya terbeliak dan terkejut. Namun Harimau Waja hanya membisukan diri. Kemudian dia pun ketawa berdekah-dekah."hahaha..sudah tentu aku masih hidup!" kata Harimau Waja. Dia pun memakukan pandangannya kearah Kilat dengan matanya yang besinar-sinar ganas.
"jika kau nak rampas Tongkat Zafron ini,langkah mayat aku terlebih dahulu!" laung Kilat yang tiba-tiba melangkah kedepan. ["apa yang aku perlu lakukan sekarang?aku tidak mempunyai senjata ajaib.."] bisik hati Kilat. Dia kelihatan agak gusar.
"kau tidak layak menjadi lawanku..nyah kau dari sini sebelum aku cincang kau lumat-lumat!" kata Harimau Waja sambil mengorak satu senyuman sinis dibibirnya. ["hairan! kenapa Golok Naga itu berada didalam tangannya?"] bisik Kilat hairan. "cubalah kau datang kesini jika kau berani sangat". Harimau Waja mengetap giginya,hatinya sudah panas dicabar oleh Kilat.
Harimau Waja pun memasang kekudanya dan sekelip mata kelibatnya hilang dari pandangan Kilat. Kilat tersentak. Satu sambaran angin yang kuat tiba-tiba muncul dari belakangnya. Nasib baik Kilat sempat membongkok kedepan jika tidak kepalanya sudah tentu akan dipenggal. ["wah! Hebatnya! Kepala aku nyaris-nyaris dipenggalnya."] bisik Kilat. Melihat serangannya dielak ,Harimau Waja pun memesatkan lagi tetakan Golok Naganya namun seperti ikan meliuk didalam air,Kilat bergerak sekejap kesini sekejap kesana dengan kepantasan yang benar-benar menakjubkan.
Dengan kepantasan yang diaktifkannya,imej-imejnya pun mulai timbul dan mengelilingi Harimau Waja. Aura kilat berwarna hijau dan biru pun terpancar dari gerakkan yang diaktifkan olek Kilat itu. Harimau Waja pun kelam kabut,dia pun menghayungkan Golok Naganya itu dan cuba menetak imej-imej Kilat itu. Namun tetakan yang dilakukannya itu hanya sia-sia dan hanya mengenai angin. Harimau Waja tersentak.
["inilah peluangnya!"] Kilat pun mengaktifkan imej-imejnya untuk menyerang Harimau Waja itu dengan serentak. Harimau Waja pun terperangkap di tengah kilat-kilat yang terpancar dari aura yang diaktifkan oleh Kilat itu. Keadaannya ketika itu adalah benar-benar mencemaskan. Sementara itu,Puspa yang dari tadi menyorok disebalik pokok pun tiba di medan pertarungan dan bersatu dengan Padi dan Ratu Flora.
Kilat yang tidak mempunyai senjata ajaib itu telah menyerang Harimau Waja dengan tangan kosong. Imej-imej yang diaktifkannya itu pun mengenakan masing-masing dengan satu tetakan tangan pada tubuh Harimau Waja. Kesakitan Harimau Waja pun tidak terperi lagi. Aura-aura kilat yang berwarna hijau dan biru itu pun terpancar keluar dari mulut,mata,hidung dan telinganya. Cahaya itu pun menjulang keudara. Ternyata bukan main sengsara lagi Harimau Waja diperlakukan oleh Kilat ketika itu.
Namun dengan tiba-tiba Golok Naga yang dipegang erat oleh Harimau Waja pun bersinar-sinar terang dan imej naga pun terpancar. "hehehe..jurus yang kau aktifkan ini bukannya hebat sangat..giliran aku pula untuk menyerang!" ucap Harimau Waja sambil mengorak senyum kambing pada mulutnya. Kilat tersentak. Rupa-rupanya Harimau Waja hanya berpura-pura kesakitan apabila diserang oleh Kilat itu tadi. ini kerana dia telah dilindungi oleh aura pelindung dari Golok Naganya itu
Aura yang berbentuk naga itu pun mengaum dan menyerang Kilat dengan sepantas kilat. Lantas Kilat pun dibaham oleh imej naga berkenaan. ["jahatnya! Aku tidak sangka sampai begini hebatnya Harimau Waja dan Golok Naga itu!"] bisik Kilat. Wajahnya berkerut-kerut menahan kesakitan. Harimau Waja pun menghayungkan Golok Naganya itu tepat kearah pinggang Kilat. Nasib baik badan Kilat telah dilindungi oleh aura ajaib berwarna hijau dan birunya itu,jika tidak badannya sudah tentu terbelah dua.
Setelah mengesampingkan Kilat,Harimau Waja pun terus menyerbu dan menghalakan hujung Golok Naga kearah Ratu Flora. Ratu Flora yang belum sembuh dari kecederaannya itu pun tergamam. "hahaha!! Mampus kau kali ini!" laung Harimau Waja. Namun belum sempat hujung mata Goloknya mengenai sasarannya,tubuh Ratu Flora telah ditolak ke samping oleh seseorang. Harimau Waja tergamam tetapi dia sempat mengorak satu senyuman pada bibirnya. Hujung mata Golok Naga itu pun menusuk pada dada penyelamat Ratu Flora itu.
Kilat yang menyedari situasi itu lantas menjerit kuat. Wajahnya berubah pucat. Peluh dingin mulai timbul pada dahinya. "Puspaaaa!!!!!"
*************
Sementara itu,lelaki misteri yang telah menceroboh lembah asura yang membunuh dengan sewenang-wenangnya itu pun sudah seperti dirasuk syaitan. Matanya kelihatan sudah berubah berwarna ungu dan bersinar-sinar ganas. Tikaman Cokmar Raja Sesal yang diaktifkannya pun telah dihadang oleh Golok Api milik Raja Singa Gangsa. ["nasib baik aku mempunyai senjata ini,jika tidak sudah tentu nyawaku hilang dihujung Cokmar syaitannya ini."] bisik hati Raja Singa Gangsa cemas.
Dia pun melepaskan satu tendangan pada perut lelaki misteri itu dengan sekuat hatinya. Lelaki misteri itu pun terpelanting dan mengundurkan tikaman cokmarnya. Raja Singa Gangsa sudah panas hati,dia pun mengambil langkah utama menyerang lelaki misteri itu semula dengan memutarkan golok apinya lantas satu putaran angin yang dipenuhi dengan imej-imej golok pun terbentuk. Lantai pun merekah. Batu-batu pada lantai itu pun diheret sama oleh aura golok itu dan membentuk berpuluh anak-anak panah.
Lelaki misteri itu pun kelam kabut dan terpaksa menangkis imej-imej golok dan hujan-hujan panah dari batu-batu itu dengan serentak. Namun tetakan-tetakan imej-imej golok itu terlampau hebat sehingga baju yang dipakainya habis koyak rabak. Kain yang membungkus mukanya pun tertanggal disebabkan oleh uara-aura berkenaan. Hujan-hujan batu itu pula tepat mengenai seluruh tubuhnya. Pada ketika itu kuasa yang terdapat pada Cokmar Raja Sesal itu pun bergolak dengan tidak tentu fasal. Dia pun termuntah darah kerana kuasa senjatanyanya telah memakan dirinya sendiri. akhirnya lelaki misteri itu pun rebah keatas lantai dan tidak sedarkan diri.
["umurnya sudah separuh abad tetapi disebabkan oleh kuasa dari senjata syaitan ini dia sudah menjadi begitu hebat,siapakah gerangannya orang tua ini?"] bisik Raja Singa Gangsa sendirian. Dia belum sedar lelaki tua itu sebenarnya seorang lelaki yang amat disayangi oleh Kilat. Lelaki itu sebenarnya ialah datuk kepada Kilat itu sendiri iaitu Raja Sang Nilam.
Apakah yang akan terjadi kepada puspa?adakah dia akan mati? Begitu juga dengan nasib Raja sang nilam iaitu datuk kepada Kilat yang telah dirasuk oleh senjata syaitan yang dikenali sebagai Cokmar Raja Sesal itu,apa yang akan terjadi kepada dirinya nanti? kenapa dan bagaimana dia boleh memperolehi senjata syaitan itu?Sama-sama kita nantikan dan tunggu ya!!
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha