Jam menunjukkan pukul 9 malam tetapi suasana dikampung itu kelihatan sunyi sepi sekali. Ianya amat berbeza jika dibandingkan siang tadi. Rumah-rumah orang kampung semuanya sudah gelap gelita. Langsung tiada cahaya yang kelihatan. Puspa hanya mengikut sahaja kata-kata dari Ratu Flora itu. Lampu didalam rumahnya juga dipadamkan tetapi matanya masih belum mengantuk dan hanya terbaring diatas katil. Dia pun mengalihkan pandangannya kearah Kilat yang masih tidak sedarkan diri itu diatas katil bersebelahan dengannya.
Tiba-tiba telinga Puspa menangkap sesuatu datangnya dari luar tidak jauh dari rumahnya. Bunyi sesuatu yang mendengus. Bunyi itu kemudian kedengaran disekeliling rumahnya. Disusuli pula dengan bunyi tapak kaki yang berpijak diatas ranting. Dadanya berdegup kencang. [''bunyi apa tu ?''] bisiknya didalam hati. Dengan langkah perlahan-lahan dia pun mengintai keluar rumah pada lubang kecil yang terdapat pada dinding rumahnya.
Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat sekawan raksaksa besar sedang berkumpul diluar rumahnya dan dikawasan sekitarnya. Tinggi mereka sekali ganda dengan manusia biasa.Mereka kelihatan sedang mengangguk-anggukkan kepala kedepan seperti sedang menghidu sesuatu. Wajah Puspa pucat apabila melihat wajah salah satu raksaksa berkenaan. Wajahnya hodoh dan bertanduk. Rupanya tidak ubah seperti muka kelawar bertelinga runcing. Dipinggangnya terikat beberapa ketul tengkorak manusia. Ada yang sudah lama dan ada juga masih baru. Darah masih lagi kelihatan melekat pada tengkorak itu. Puspa nyaris-nyaris menjerit tetapi tidak semena-mena mulutnya ditutup oleh seseorang dari belakangnya. Puspa tersentak.
''shhhh.. !! jangan bising ! Nose Troll!'' bisik Kilat.
Perlahan-lahan mulut Puspa dilepaskan. Puspa senyap membisu tetapi pada raup wajahnya nampak jelas ketakutan yang amat sangat. peluh mencurah-curah pada dahinya. Dia kemudian berpaling dan terus memeluk Kilat dengan tiba-tiba untuk mengurangkan rasa takutnya itu. Pelukkan erat dari Puspa itu membuatkan Kilat tergamam dan terpaku.
Tidak lama kemudian Nose Troll itu pun beredar dari situ selepas apa yang mereka tercari-cari itu tidak dijumpai. Selepas memastikan mereka semua itu hilang dari pandangan,Puspa terus menolak tubuh kilat dan menampar mukanya. Tersentak Kilat dengan apa yang dilakukan oleh Puspa itu. "woi! Kenapa kau tampar muka aku,hah? Apa yang aku dah buat?" soal Kilat tidak puas hati. Puspa mencebik. Mukanya merah padam dan terus naik diatas katilnya dan berselimut menutupi seluruh badannya.
Kilat pelik melihat tingkah laku Puspa yang tiba-tiba sahaja berubah. Yang menjadi tanda Tanya kenapa Puspa menampar mukanya?. Kilat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa pedih pada pipinya masih lagi terasa.
*********
Siang berganti malam. Cuaca pagi itu sungguh sejuk dan nyaman sekali. Udaranya yang segar membuatkan Puspa berasa sangat seronok. Tetapi tidak pada Kilat yang hanya duduk bersandar pada dinding dan memerhati gerak geri Puspa dari tadi. Marah dengan apa yang berlaku malam tadi. Puspa yang perasan akan Kilat itu cepat-cepat keluar dari rumahnya. Tetapi dia bertembung pula dengan Padi yang berdiri dimuka pintu.
"eh Padi! Apa yang kau buat kat sini?" soal Puspa terkejut. Padi tersengih menampakkan giginya yang putih melepak itu. "hehe maaf..ni aku ada bawakkan sarapan..makanlah!" ujar Padi. Sebelum dia beredar sempat juga dia menjerling kearah Kilat yang sedang berdiri pada tingkap. "untung kau Puspa dapat suami segak macam dia.." kata Padi tersenyum. Tersentak Puspa. "eahh!! Dia bukan suami akulah!!" bangkang Puspa. Mukanya tiba-tiba berubah merah padam. "hehe..apa-apa ajelah..oh ya! Ratu Flora nak jumpa korang petang nanti,jangan lupa pulak tau..aku balik dulu.." kata padi lagi.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha