Pada hari dan waktu yang sama,disebuah Pekan..
"Pakcik Man..macammana dengan barang yang aku tempah itu,sudah siap ke belum?" soal seorang lelaki berselubung dengan jubah hijau gelap. Mukanya langsung tidak kelihatan yang nampak hanyalah sepasang matanya saja. Mukanya yang dibalut dengan kain putih membuatkan dirinya tidak dikenali orang dan menjadi sangat misteri.
"oh Tuan Waja..ada-ada,dah siap..nanti saya ambilkan.." ujar Pakcik Man sambil berlalu kedalam bilik kedainya. Kemudian dia kembali dengan membawa satu kotak kayu ditangannya. Kotak itu pun diserah kepada lelaki misteri itu. "macammana? Ok tak?" soal Pakcik Man. Berkerut-kerut dahinya menanti jawapan dari pelanggannya itu. Lelaki misteri itu menganggukkan kepala lalu menutup kotak itu dan memberikan Pakcik Man seuncang wang kepadanya.
"terima kasih.." ucap lelaki misteri itu lalu meninggalkan tempat itu dengan segera. Pakcik Man terkejut saat dia membuka uncang wang itu. "wow!! 1000 coki!! Aku kaya..!! meniaga topeng lebih bagus dari meniaga barang-barang terpakai!!" pekiknya membuatkan orang-orang yang lalu lalang memandangnya dengan pelik.
Lelaki misteri itu terus meluncur laju meredah hutan dan berhenti di depan sebuah rumah usang yang agak besar namun gelap gelita didalamnya. Dia pun melangkah masuk kedalam dan disambut oleh pengikut-pengikutnya yang setia menunggunya dari tadi. Terdapat dua puak kesemuanya.
Puak yang pertama terdiri daripada manusia-manusia biasa tetapi kesemua rupa mereka hampir sama. Berambut serabai dan berjambang. Berpakaian lusuh yang seragam warnanya. Tetapi terdapat taring pada mulut mereka itu. Puak yang kedua terdiri daripada makhluk-makhluk yang berselubung dengan kain hitam dan hanya menampakkan kedua-dua mata mereka saja yang bersinar-sinar.
"Selamat kembali Tuan Ketua.." ucap ketua kumpulan manusia itu. Lelaki misteri itu pun membuka penutup kepala dan balutan pada mukanya dan terus memakai topeng yang diambil dari kedai sebentar tadi itu. Dia pun segera mengaktifkan kuasa dalamannya. Rambutnya yang berwarna merah dan berapi itu pun terbang beralun diudara. Rumah yang gelap gelita itu pun diterangi dengan cahaya kuning dari aura yang terpancar dari tubuh lelaki misteri itu.
"hukk!! Hukk!! Hukk!!" tiba-tiba lelaki misteri itu terbatuk dan memuntahkan darah. Ternyata kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya. "cilake lelaki yang bernama Raja Pawaka itu! kalau tidak kerana kuasa dalaman aku yang kebal dari jurusnya yang dikenali sebagai Jurus Malaikatulmaut itu,aku pasti sudah mati..!" darah pada bucu mulutnya dikesat. Dia pun berjalan menuju kearah sebuah bilik.
Sambil menjerling kebelakang dia sempat berpesan kepada ketua manusia itu. "ketua serigala! Aku nak bertapa untuk memulihkan kecederaan aku ini jadi tolong jangan ganggu aku walau apa yang berlaku,faham!" ujarnya dengan tegas. Manusia yang digelar Ketua Serigala itu pun menganggukkan kepala.
"kamu dengar semua?! Jangan ganggu Tuan Ketua Harimau Waja walau apa keadaan sekalipun!!" ucapnya lantang.
"baik!" laung mereka serentak.
************
Malam itu,suasana di Kampung Pokok Rotan kelihatan sangat sunyi sepi. Cahaya dari rembulan menyinari segenap ruang. Daun-daun pokok kelihatan melambai-lambai apabila ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bunyi cengkerik kadang-kadang memecahkan kesunyian.
Daun-daun pokok yang melambai-lambai itu tiba-tiba gugur kebumi. Bukan satu tetapi banyak. Dahan-dahan pokok kelihatan bergegar kuat. Kelibat beberapa makhluk kelihatan sedang melompat dari dahan ke dahan. Lantai-lantai bumi juga turut bergegar saat berdozen makhluk-makhluk itu berlari tergesa-gesa.
Gegaran itu turut dirasai oleh Kilat yang belum lagi melelapkan matanya. Dia tersentak dari baringan. Dadanya berdegup kencang. ["ada sesuatu yang tidak kena!"] bisiknya didalam hati. Pandangannya dikalih kearah Puspa yang sudah lena dibuai mimpi.
Kilat bangkit dari katilnya dan berjalan menuju kearah jendela. Dia tergamam apabila melihat sekawan mahkluk berwajah kelawar sedang bertenggek diatas dahan pokok tidak jauh dari rumahnya. Kemudian beberapa kawanan lagi berhenti dan berbaris seperti sedang menunggu seseorang. Kilat merasa agak pelik dengan tingkah laku mereka yang lain dari sebelumnya.
Kilat segera mengejutkan Puspa. "shh!! Diam..cepat! kita kena tinggalkan rumah ini dengan segera!" bisik Kilat. "kenapa..?" soal Puspa yang masih termamai itu. "jangan banyak tanya..cepat!" melihat Kilat cemas dan sedang berkemas,Puspa pun segera melakukan apa yang dilakukan oleh Kilat itu.
"Braaaahhhhh!!!" satu laungan kuat kedegaran diluar rumahnya. Puspa terkejut. Baru dia sedar apa yang membuatkan Kilat bertindak demikian. Kemudian bunyi pekikkan orang ramai pun kedengaran. Suasana mula menjadi kacau bilau. Rumah-rumah orang kampung pun dibakar oleh makhluk-makhluk itu.
Namun belum sempat Kilat dan Puspa melarikan diri,pintu rumah mereka pun dipecah dari luar. Seekor makhluk yang digelar sebagai Nose Troll pun berdiri sambil meraung kuat. Hidungnya kelihatan sedang menghidu sesuatu. Melihat kelibat mereka berdua itu,Nose Troll itu pun segera menyerang mereka dengan tukul ditangannya. Kilat dan Puspa sempat mengelak serangan itu dan Kilat pun segera menyelinap kebelakang Nose Troll yang lambat bergerak.
Dia pun menikam serpihan kayu yang sempat diambilnya pada belakang tengkuk Nose Troll itu. darah pun memercik saat tikaman dilakukan. Nose Troll itu pun meronta-ronta kesakitan. Kilat pun menekan kuat kayu tadi dan menanamkannya terus kedalam tengkuk. Hujung serpihan kayu yang tajam itu pun terkeluar pada halkumnya. Darah pekat berwarna kuning pun meleleh jatuh. Begitu juga dengan tubuh Nose Troll yang sudah tidak bergerak dan tersembam jatuh dilantai rumah.
Melihat rakannya sudah tertewas,beberapa ekor lagi makhluk itu pun segera meluru kedalam rumah itu. namun kelibat Kilat dan Puspa sudah pun hilang dari pandangan. Makhluk-makhluk itu pun meraung kuat. Kilat dan Puspa yang berjaya keluar dari rumahnya segera berlari kearah hutan. Ketika itu mereka berdua sempat melihat Nose Troll yang lain sedang bergelut dengan orang-orang kampung. Kilat tersentak apabila melihat salah seekor Nose Troll bangkit bangun dari jatuhnya walaupun dia sudah ditikam dan dikelar pada tubuhnya.
"kenapa Nose Troll tu boleh hidup balik?" soal Puspa cemas. Dadanya berombak laju. Nafasnya tercungap-cungap. "aku rasa Nose Troll tu kebal dari pedang-pedang mereka!" jawab Kilat sambil menyorok disebalik pokok. "tapi..Nose troll yang kau tikam itu dah mati,kau lihat sendiri kan tadi?!" kata Puspa. Kilat tersentak. "betul jugak tu..aku rasa aku tahu kat mana tempat kelemahan diorang..kau tunggu kat sini!" ujar Kilat. Belum sempat dia pergi,Puspa segera menarik tangan Kilat. "hati-hati.." ucap Puspa. Terpancar perasaan risau pada wajahnya. Kilat menganggukkan kepala. Dada Puspa berdegup kencang. "kenapa perasaan aku lain semacam je ni?" bisiknya sendirian.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha