Bab 9

219 19 0
                                    

Tarikh kemunculan Golok Naga yang menjadi rebutan itu sudah semakin hampir. Gerhana matahari yang disebut-sebut orang juga sudah semakin dekat. Ramai jaguh-jaguh dari dunia pahlawan berpusu-pusu menuju kearah Gunung Tengkorak yang terletak di wilayah Utara. Jalan menuju kearah Gunung Tengkorak itu menjadi meriah sekali dengan mereka-mereka yang datang dari segenap ceruk dunia. Tetapi terdapat satu kumpulan yang menjadi tumpuan mereka-mereka yang berada disitu.

Kumpulan itu yang diketuai oleh seorang lelaki berbadan tegap dan bersisik. Warna badannya hijau keseluruhannya. Dikepalanya pula terdapat dua tanduk berputar dan berkepala botak. Dia dikenali sebagai Raja Ganas. Pengikut-pengikutnya pula terdiri daripada manusia-manusia berkepala haiwan atau lebih dikenali sebagai Siluman Ganas.

Mereka sedang berehat dibawah sepohon pokok yang rendang berhampiran dengan pintu masuk gua yang menjadi jalan utama menuju kearah dalaman Gunung tersebut. "kanapa kita tak masuk kedalam,tuan?" tanya Siluman Ular. Dia yang dari tadi lagi kelihatan gelisah. "sabar Ular..pintu itu akan terbuka dengan sendiri nanti apabila sampai waktunya.gua ini bukan gua sembarangan,mesti ada perangkap disebaliknya..kita tunggu dan lihat saja.." kata Raja Ganas. Daging panggang ditangannya digigit rakus. Siluman Ular dan rakan-rakannya menganggukkan kepala.

Tiba-tiba cuaca mula berubah. Langit yang cerah berubah menjadi gelap. Awan-awan hitam mula berarak. Bulan purnama semakin lama semakin hampir menutupi matahari yang galak bersinar terang sebentar tadi. Apabila sahaja gerhana matahari terjadi mulut pada gua Tengkorak itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya. Menampakkan kawasan gelap gelita didalamnya.

Orang-orang yang berada disitu tersentak melihat kejadian yang jarang sekali berlaku itu. mereka amat bertuah dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. bunyi angin meniup kedalam gua itu sungguh nyaring sekali seolah-olah memanggil mereka untuk masuk kedalamnya.

Dua kumpulan pahlawan yang datang dari wilayah timur dan barat segera berlari kearah mulut gua itu. Mereka berebut-rabut,tolak menolak,ada yang terbunuh disebabkan terjatuh dan dipijak orang dan ada juga yang bertindak membunuh pihak lawan. Bunyi tulang temulang yang patah dapat didengari dengan jelas.

Banyak mayat-mayat bergelimpangan diatas tanah. Bau hanyir darah menusuk-nusuk hidung mereka-mereka yang berada disitu. Seram mereka menyaksikannya. Mereka yang selamat dari kekacaaun itu terus masuk kedalam mulut gua yang berbentuk tengkorak berkenaan. Namun memang betul tekaan Raja Ganas kerana apabila mereka masuk kedalam, mulut gua tengkorak itu pun segera menutupnya. Bergegar bumi saat mulut gua itu menutupnya. Lelaki-lelaki yang berada didalamnya mula panik. Dinding gua semakin lama semakin mengecil dan bergerak menghimpit mereka.

"Arrggghhhhhh!!!!

Raja Ganas mengorak senyuman dibibirnya. Dia tertawa kecil lama kelamaan ketawanya semakin kuat dan berkumandang diudara. "hahahaha..kalian memang bodoh!" makinya. Beberapa saat kemudian pintu gua itu pun terbuka semula. Segera Raja Ganas dan pengikut-pengikutnya maju kearah gua tersebut. bulu tengkuk Raja Ganas meremang apabila melihat kedalam gua itu. "ayuh! Masuk cepat sebelum pintu gua ini menutup kembali" arahnya kepada pengikut-pengikutnya.

Rupa-rupanya pintu gua itu telah dipasang dengan formasi yang dikenali sebagai Formasi Periuk Kera oleh Harimau Waja suatu ketika dahulu. Ianya merupakan perangkap yang memerangkap dan membunuh mangsanya yang masuk kedalamnya. Pintu gua akan terbuka selama 5 minit. Pada masa itu orang ramai selamat masuk kedalamnya. Tetapi jika habis tempoh 5 minit tersebut,pintu gua akan tertutup dan menghimpit mangsanya seperti kejadian yang berlaku tadi.

Barulah mereka faham dengan formasi itu selepas Raja Ganas menerangkannya dengan panjang lebar. "tetapi kalian jangan gembira sengat kerana terdapat 6 lagi formasi yang belum kita temui.". Siluman-siluman itu tersentak. Airliur ditelan. Takut dengan apa yang dikatakan oleh ketuanya itu.

KILATWhere stories live. Discover now