Wilayah Tengah merupakan satu wilayah yang tidak berpenghuni disebabkan dengan adanya bukit bukau,gunung ganang dan hutan-hutan rimba yang tidak pernah diterokai orang. Namun hari ini terdapat sekumpulan orang sedang melalui kawasan hutan Rimba Bara yang merupakan salah satu hutan yang terdapat didalam Wilayah Tengah itu. Mereka adalah Ketua Kultus Perikatan Keramat Api bersama-sama dengan orang-orangnya.
Laluan yang mereka ambil itu adalah merupakan laluan yang mesti dilalui untuk ke lembah Asura. Namun selepas beberapa hari mereka merentasi hutan rimba itu mereka telah terserempak dengan seekor binatang yang sangat bengis dan garang. Binatang itu adalah Biru yang merupakan haiwan peliharaan Puspa. Tetapi dia telah menjadi kecil jika nak dibandingkan dengan sebelumnya. Badannya sudah berubah menjadi biru keseluruhannya dan ditumbuhi bulu. Akan tetapi terdapat aura yang berwarna merah disekelilingnya. Biru yang menyedari kehadiran Ketua Kultus Perikatan Keramat Api (Raksaksa) itu terus menyerangnya dengan membuta tuli dengan menghembuskan api yang berwarna biru kearah mereka.
<<<<<<<
Imbas kembali..selepas melihat Kilat dan Puspa masuk kedalam Gua Tengkorak itu,Biru dan Merah telah menunggu mereka berdua diluar pintu masuk gua berkenaan. Namun selepas menunggu sekian lamanya,tiba-tiba Gunung Tengkorak itu bergegar dan bergoncang kuat. Biru dan Merah pun bertindak melarikan diri untuk menyelamatkan diri mereka selepas Gunung itu melepaskan larva-larva yang sangat panas.
Oleh sebab keadaan ketika itu sungguh porak peranda,Biru dan Merah pun berpisah. Biru yang tidak tahu kemana hala tujunya telah masuk kedalam hutan Rimba Bara yang terletak diWilayah Tengah itu. Untuk menghilangkan rasa lapar,dia telah menjamu seleranya dengan memakan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat didalam hutan berkenaan. Dia tidak sedar semua haiwan-haiwan yang tedapat didalam hutan itu sangat bisa dan beracun.
Selepas haiwan-haiwan itu dimakan,tiba-tiba Biru merasakan perutnya sangat sakit. Dia pun mengelumpur diatas tanah dan mengerang kesakitan. Ngauman kuatnya membuatkan mergastua-mergastua didalam hutan itu melarikan diri. Asap merah tiba-tiba keluar berkepul-kepul dari mulut dan lubang hidungnya. Selepas beberapa ketika,tubuhnya pula telah dilingkari dengan satu kokun yang terbentuk dari aura-aura merah yang dikeluarkannya itu. Dia pun terperangkap didalam kokun tersebut dan tidak dapat melepaskan diri.
Selepas beberapa hari kemudian,kokun yang membungkus dirinya pun mulai meretak dan pecah. Akan tetapi sesuatu perkara pelik telah berlaku kepada tubuhnya. Tubuhnya kelihatan sudah mengecil dan ditumbuhi dengan bulu yang berwarna biru. Namun aura merah masih lagi mengelilinginya dan akhirnya dia telah tersua dengan Raksaksa yang kebetulan lalu dikawasan itu.
>>>>>>>>
Api yang dihembus oleh Biru itu telah sampai didepan mata Raksaksa namun dia kelihatan bersahaja dan tenang. Tiba-tiba kedengaran satu siulan dari belakang Raksaksa itu. Dia pun menjerling kebelakang dan mengorak satu senyuman dibibirnya. Rupa-rupanya Wira telah mengambil langkah utama untuk bertindak. Terdengar siulan Wira itu,Biru pun menarik kembali hembusan apinya. Rupanya yang bengis itu tiba-tiba berubah, dia pun duduk diatas tanah dan menjelirkan lidahnya. ["amat istimewa kuasa sakti Wira ini.."] Bisik hati Raksaksa.
Tanpa berlengah Wira pun melompat dari kudanya dan meluru kearah Biru. Biru yang telah dijinakkan dengan kuasa siulan itu adalah begitu mesra sekali dengannya. Belakang Biru pun digosok perlahan-lahan. "siapa namamu wahai sikecil?" soalnya. "aum..chet chet.." balas Biru. Wira senyum dan menganggukkan kepalanya tanda memahami kata-kata dari Biru itu. "jadi Biru nama kau ya..ayuh Biru ikut aku..". ["sungguh beruntung Raksaksa memiliki seorang anak seperti Wira ini.."] bisik hati Penilik Sakti dan Dewa Mega.
Itulah kelebihan Wira yang merupakan anak tunggal Raksasa. Dia mampu mengawal dan menundukkan segala jenis haiwan-haiwan dengan siulannya. Bukan itu saja dia juga mampu bercakap dan memahami percakapan dari haiwan-haiwan disekitarnya.
***********
"Tanggg!!!"
Golok Naga yang dihayungkan oleh Harimau Waja mengenai Pedang Petir Tunggal milik Kilat. Bunyi pertembungan kedua-dua senjata ajaib itu pun berkumandang diudara dan hampir memekakkan telinga orang-orang yang berada disitu.
Kilat cemas melihat Pedangnya ditetak oleh Harimau Waja. "hahaha..aku mesti hancurkan pedang sampah ini sekarang!!" Akan tetapi Harimau Waja tersentak dan terkejut kerana Goloknya telah terpantul apabila mengenai Pedang Petir Tunggal itu. Dia pun terhumban kebelakang dan melanggar sebatang pokok. Apa yang menakjubkan adalah Pedang Petir Tunggal itu langsung tidak hancur walau ditetak malah ia telah bersinar-sinar dengan cahaya yang menyilaukan mata.
"dasyatnya aura pelindung dari Pedang Petir Tunggal itu!" kata Padi tersentak. Begitu juga dengan Ratu Flora. Matanya terbuntang luas menyaksikan kejadian itu. Sementara itu Pedang Petir Tunggal itu pun berputar ligat diudara dan terus meluncur kearah Kilat dengan spontan. Kilat pun menyambut Pedang Petir Tunggalnya itu dengan tangan kanannya. Sebaik sahaja Pedang itu berada dalam genggaman Kilat,Pedang Petir Tunggal itu pun berdengung. Ternyata Kilat adalah merupakan tuan punyanya yang sejati.
Melihat perhatian Padi dan Ratu Flora terpesong,Harimau Waja pun segera meluru kearah Ratu Flora dengan pantas. "hehehe..Tongkat Zafron ini akan menjadi milik aku! Nyah kau dari sini!" habis berbicara Harimau Waja pun mengenakan satu tendangan kearah perut Ratu Flora. Melihat keadaan itu,Padi pun meletakkan tubuh Puspa ketanah dan meluru kearah Ratu Flora untuk membantu tetapi dia pula telah ditetak oleh Golok Naga yang sempat dihayungkan oleh Harimau Waja. Nasib baik Padi sempat mengelak jika tidak kepalanya tentu sudah dipenggal.
"hahaha!! Akhirnya Tongkat Zafron menjadi milik aku yang sejati!!" laung Harimau Waja sambil mengacungkan Tongkat Zafron itu keudara.
["teruk! Tongkat Zafron sudah jatuh kedalam tangannya! Oh tidak! Bagaimana dengan nasib Ratu Flora?"] bisik Padi didalam hati.
["Tongkat Zafron itu..! Ratu Flora!!"] Kilat tersentak namun sudah terlambat untuk dia bertindak.Ratu Flora yang baru bangun dari jatuhnya kelihatan sedang menunduk kebawah. "apa boleh buat..semuanya sudah tersurat..Padi..jaga diri kamu baik-baik dan tolong jaga kampung kita ini ya..selamat tinggal.." ujar Ratu Flora perlahan-lahan dan tersekat-sekat. Ternyata apa yang ditakutinya kini sudah pun berlaku. Aura hijau pun keluar berkepul-kepul dari badannya. Kemudian aura hijau bersama dengan badan Ratu Flora pun beransur-ansur hilang dari pandangan. "tidak!! Tuanku..!!!" laung Padi. Airmatanya jatuh ke bumi seperti mutiara yang terburai.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha