Bab 47 - Jurus Pertama Hikmat Keramat Raksaksa!

126 10 0
                                    

Selepas dicederakan oleh Ratu Flora, Puaka Gila bersama dengan 5 pengikutnya pun beredar dari medan pertarungan itu. Selepas seharian melarikan diri mereka pun tiba di Hutan Rimba Bara. Namun bak kata pepatah keluar dari mulut buaya masuk kedalam mulut harimau kerana mereka terserempak pula dengan kumpulan dari Kultus Perikatan Keramat Api yang diketuai oleh Raksaksa.

Dua kumpulan itu masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Suasana tiba-tiba menjadi hening sehening heningnya kerana masing-masing berpeluk tubuh dan hanya menunggu tindakan dari pihak lawan. Raksaksa dan orang-orangnya tiba-tiba tersentak apabila melihat senjata yang dipegang oleh Puaka Gila itu. "tuan ketua! Bukankah itu Belatan maut yang dirampas oleh Pendekar Mata Satu itu?" soal Penilik Sakti. Akan tetapi Raksaksa hanya membisu. "Dewa Mega! Inilah masanya untuk kau menebus kesalahanmu tempoh hari! Pergi dapatkan semula Belatan Maut itu jika kau hendak aku mengampunkan kau!" tiba-tiba Raksaksa bersuara dan menjerling kearah Dewa Mega.

Dewa Mega tersentak. "baik tuan ketua!" habis sahaja berbicara,Dewa Mega pun terus meloncat kedepan dan bersemuka dengan Puaka Gila. "serahkan Belatan Maut itu jika kau masih sayangkan nyawamu!" kata Dewa Mega. "cis! Mulut berbau madu..kau tidak layak berlawan dengan aku! Kamu semua! Hapuskan mereka semua!" arah Puaka Gila kepada kelima-lima pengikutnya. Nose Troll yang dikenali dengan sifat ganasnya pun terus menyerbu Dewa Mega,Raksaksa,Penilik Sakti dan Wira. Salah seekor darinya pun menyerang Dewa Mega. Nose Troll itu pun menghayungkan kukunya yang tajam kearah kepala Dewa Mega. Dewa Mega sempat mengelak lalu melibas kedua-dua kapak beliung yang dipengangnya pada tangan Nose Troll itu lantas lengannya terputus dua.

Akan tetapi,Dewa Mega terkejut apabila mendapati luka tetakan pada lengan Nose Troll itu kelihatan membengkak. Kemudian daging pada luka itu kelihatan mengeliuk seperti ada sesuatu didalamnya yang ingin keluar. Tiba-tiba satu tangan yang normal pun muncul keluar dari luka lengan yang terputus itu. "Tuan Ketua! Hati-hati binatang ini mampu sembuh kembali walaupun dicederakan!!" laung Dewa Mega. ["mampu sembuh kembali? Cis! Jangan harap kau akan sembuh kembali jika kau menentang aku ini!"] bisik Raksaksa sendirian.

2 ekor Nose Troll yang menyerang Raksaksa pun hancur berkecai sebaik sahaja raksaksa menyerang dengan jurus pertama hikmat Keramat Raksaksanya yang dikenali sebagai Aura Keras Raksaksa. Raja Ganas tersentak melihat 2 dari 5 pengikutnya mati dengan begitu sahaja. ["Hebatnya ketua mereka itu! 2 pengikutku mati tetapi dia Langsung tidak berganjak dari tempat duduknya! Jika pertarungan ini dilanjutkan besar kemungkinan aku akan mampus ditangannya.lebih baik aku mengambil langkah utama sekarang!"] bisik Puaka Gila. Dia pun berpaling dan terus melarikan diri.

"Pengecut! jangan lari!!" laung Dewa Mega. Namun belum sempat dia bertindak,tiba-tiba satu lembaga melangkah dari kepalanya dan berpijak diatas kepala Nose Troll yang sedang bergelut dengannya itu. Lantas kepala Nose Troll itu pun meletup. "Dewa Mega! Bantu Penilik Sakti dan Wira! Biar aku sendiri yang hapuskan binatang bedebah itu!". Rupa-rupanya lembaga itu adalah Raksaksa. Selepas dia melihat Puaka Gila cuba melarikan diri,dia pun segera mengejarnya dan sempat mengalirkan aura Keras Raksaksanya kedalam kepala Nose Troll yang dipijaknya tadi.

-Hikmat Roh Hantu Melarikan Diri- Jurus yang diaktifkan oleh Penilik Sakti itu berjaya mengelak serangan-serangan dari salah seekor dari 2 ekor baki Nose Troll berkenaan. Nose Troll itu pun mengaum geram kerana serangannya langsung tidak mengenai sasaran. Selepas mengelak,Penilik Sakti pun mengenakan beberapa pukulan pada belakang,kaki dan tangan Nose Troll itu. Dia pun jatuh melutut diatas tanah. Bukan main sakit dan geram lagi Nose Troll itu diperlakukan dengan sedemikian rupa oleh Penilik Sakti. Melihat Wira yang kelam kabut diserang oleh rakannya yang berhampiran dengannya itu,Nose Troll itu pun mengalih perhatian kepada Wira lalu melompat dan menyerbunya.

Penilik Sakti dan Wira tersentak dan terkejut. Nasib baik pada saat cemas itu Biru telah meluru kedepan dan menyembur api birunya kearah Nose Troll yang cuba menyerang Wira dengan secara tergempar itu. Lantas Nose Troll itu pun terbakar. Beberapa saat kemudian badan Nose troll itu pun hancur lebur. ["sungguh begitu panas api Biru ini!"] Dewa Mega,Penilik Sakti dan Wira tergamam. Melihat rakannya dibunuh,Nose Troll yang terakhir itu pun cuba melarikan diri namun api biru yang disemburkan oleh Biru itu pun tepat mengenai belakang badannya. Lantas badannya juga hancur lebur dibakar oleh api itu.

Sementara itu,Raksaksa telah sampai di sebuah tebing yang sangat jurang yang terdapat dipenghujung hutan Rimba Bara. ["kau tidak akan terlepas biarpun kau melompat kedalam gaung itu!"] habis berbicara Raksaksa pun meloncat kedalam gaung itu selepas melihat Puaka Gila berbuat demikian. Dia pun meluncur laju mengekori Puaka Gila namun kelibat Puaka Gila sudah tidak kelihatan lagi.. Seketika kemudian Raksaksa pun sampai disebuah taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok rotan,bunga-bunga dan juga herba-herba.

["hebatnya aura syaitan didepan aku ini!"] bisik hati Raksaksa. Aura syaitan yang dimaksudkan oleh Raksaksa itu datang dari salah sebuah senjata syaitan yang diaktifkan oleh seseorang yang sedang berdiri menghalang laluannya. Raksaksa tersentak apabila melihat lembaga hitam itu sedang mengacungkan senjata syaitan keudara. Apabila Raksaksa melihatnya dengan lebih dekat barulah dia perasan bahawa senjata syaitan yang diacungkan keudara itu adalah senjata yang dikenali sebagai Belatan Maut. Lebih memeranjatkan lagi Raksaksa adalah terdapat satu mayat yang sudah hilang kepala dan keempat-empat kudratnya dan bertaburan diatas tanah. Mayat itu adalah milik Puaka Gila!.

Nampaknya dia telah dibunuh oleh Lembaga Hitam berkenaan. Rupa-rupanya lembaga Hitam itu adalah Raja Sang Nilam. Dia kelihatan cukup bengis dan garang sekali. Rambutnya yang putih dan panjang itu kelihatan berterbangan ditiup aura syaitan yang terlepas dari badannya. Nampaknya Raksaksa telah masuk kedalam Lembah Asura secara tidak sengaja dan bertemu pula dengan Raja Sang Nilam yang telah dirasuk dengan aura syaitan dari senjata syaitan yang dikenali sebagai Cokmar Raja Sesal itu. Akan tetapi bagaimana dia boleh terlepas dari penjara yang memenjarakannya itu?.


p/s: maaf kepada pembaca sekalian..mungkin ada yang keliru dengan nama2 watak dalam cerita ni..author sendiri pun kadang2 keliru,sampai tertukar2 nama diorang..huhu

KILATWhere stories live. Discover now