Sang Nilam membawa kotak pedang itu pulang kerumahnya dan kelihatan sedang berkemas didalam biliknya. Kotak pedang itu dibalut dengan kain putih dan disandang pada belakangnya. Tiba-tiba rumahnya bergegar kuat. Atap-atap mula runtuh dan jatuh menimpa lantai. Sang Nilam terperanjat dan nyaris-nyaris dihempap atap-atap itu. dia pun segera keluar dari rumahnya. Alangkah terkejutnya Sang Nilam apabila mendapati satu ribut angin berserta dengan api menerpa kearahnya dengan laju. Disusuli pula dengan bunyi dentuman yang sangat kuat sehingga bumi bergegar kuat.
Sang Nilam terhumbang kebelakang dan merempuh dinding-dinding rumah dan terus jatuh tergolek diatas tanah. pokok-pokok,rumah semuanya disapu oleh ribut api tersebut. beberapa saat kemudian Sang Nilam pun keluar dari timbunan tanah dan batu-bata yang menimbusnya. Darah bercucuran dari bucu mulutnya. Kepalanya juga berdarah. Sang Nilam tersentak dan terpaku apabila melihat kawasan sekitarnya yang sudah menjadi padang jarak padang terkukur akibat dari letupan kuat itu. ["a-pa yang dah terjadi?!!"] bisiknya panik.
["Teratai Wangi!!"] tiba-tiba Sang Nilam teringat akan anak perempuannya yang berada di pulau Layang-layang yang terletak tidak jauh dari situ. Dia pun segera berangkat menuju ke sana dengan tergesa-gesa. Entah apa nasib yang berlaku kepada anak perempuannya itu dan juga cucunya yang bernama Kilat itu.
Sampai sahaja di pulau Layang-layang,Sang Nilam terkejut apabila melihat semua rumah-rumah yang ada disitu turut sama hancur dan runtuh. Dia pun berlari menuju kearah rumah Teratai Wangi. Sang Nilam tersentak apabila melihat Kilat terbaring diatas lantai. Badan Kilat segera ditapu dan meletakkan tapak tangannya pada dada Kilat. Kuasa dalamannya pun dialirkan kedalam badan Kilat. Muka Kilat pun berubah menjadi kemerah-merahan. "Kilat bertahan ya!" kata Sang Nilam.
["apa yang perlu aku buat sekarang?"] bisik Sang Nilam didalam hatinya. Kotak pedang Petir Tunggal disisinya dipandang. ["aku harus bertindak cepat! Maafkan ayah,Timur..ayah terpaksa melakukannya demi anakmu ini.."] bisiknya lagi. Lantas kotak pedang itu dibuka. Saat dia memegang pedang itu,aura hijau pun terlepas dan berterbangan diudara.
Sang Nilam mengorak satu senyuman pada bibirnya. Kemudian dia pun mengaktifkan kuasa dalamannya pada Pedang Petir Tunggal berkenaan. Tekanan pada pedang itu pun diperkuatkan.
"pommm!!" satu letupan bersama cahaya hijau terang pun berkumandang diudara. Serpihan-serpihan pedang itu terus jatuh bertaburan diatas lantai. Kemudian satu bebola hijau pun terbentuk pada tapak tangan Sang Nilam. Bebola hijau itu bersinar dan berputar perlahan. Sungguh memukau pandangan Sang Nilam. Bebola hijau itu pun terus diletakkan pada dada Kilat lantas bebola itu pun meresap masuk kedalam badannya.
Tubuh Kilat terapung-apung diudara. Aura hijau pun berputar disekelilingnya seperti puting beliung kecil. Cahaya Hijau itu pun keluar dari rongga-rongga mulut,hidung,mata dan telinganya. Beberapa minit kemudian cahaya hijau itu pun beransur-ansur hilang dan menjadi sedia kala. Melihatkan keadaan Kilat sudah menjadi tenang,Sang Nilam pun segera meninggalkan pulau itu dan menuju kearah tanah besar semula bagi melihat keadaan disana dan juga mencari Angin Timur.
["maafkan ayah Teratai..ayah tidak sempat untuk melihat keadaan kamu..biarlah Kilat yang mengambil tugas itu.."] bisik Sang Nilam sambil memegang bungkusan kain putih ditangannya. Airmatanya segera tumpah kebumi.
>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha