Bab 26

149 16 0
                                    

<<<<<<<<

Selepas Harimau Waja menanam Golok Naga kedalam larva, dia pun mengakftikan kuasa dalamannya dan membina formasi-formasi didalam Gunung Tengkorak itu. formasi-formasinya adalah formasi periuk kera,formasi syaitan,formasi ais,formasi panah beracun,formasi tanah runtuh,formasi serigala Jadian dan formasi rangka karnibal. Kesemua formasi itu akan musnah bilamana Harimau Waja itu sendiri meninggal dunia. Gunung Tengkorak itu juga akan turut musnah.

Dia risau akan keselamatan Golok Naga itu kalau-kalau ianya dirampas orang lain untuk tujuan yang salah. Jadi dia pun membentukkan dirinya menjadi 7 patung hulubalang emas yang mengelilingi Golok Naga berkenaan bertujuan menjadi penjaganya. Dalam banyak-banyak patung hulubalang itu terdapat satu daripadanya mempunyai jantung Harimau Waja. Jantungnya akan hidup jika keenam-enam patung hulubalang yang lain itu musnah.

Sebelum dia mengubah dirinya menjadi 7 patung hulubalang itu dia sempat bersumpah. "aku bersumpah! Aku akan bunuh orang-orang yang berani merampas Golok Naga ini pada 100 tahun akan datang! Golok Naga ini akan muncul ketika gerhana matahari pada tahun itu berlaku dan Golok ini hanya memilih tuannya yang mempunyai hati yang tulus ikhlas sahaja jika tidak orang itu akan mempunyai beban lebih dan akan mati!!" laungnya kuat."Mawar Putih..bersemadilah kau dengan aman didalam bongkah ais itu..selamat tinggal!" lantas cahaya kuning yang terang pun muncul keluar dari badannya dan terus berpecah menjadi tujuh.

>>>>>>>>

Gunung Tengkorak itu pun bergoncang kuat. Batu-batu mula jatuh ketanah. Larva yang mendidih itu pun berkocak kuat. Suasana mula menjadi kacau bilau. Melihat Golok Naga yang terpacak itu Raja Ganas pun segera meluru kedepan untuk mencapainya. "hahaha! Akhirnya Golok Naga ini menjadi milik aku!!" jerit Raja Ganas. Golok itu pun diacunya tinggi keudara. Kilat terpaku melihatnya nak menghalang Raja Ganas  tidak boleh kerana keselamatan Puspa harus diutamakan.

Melihat keadaan itu,Kilat terus mengangkat Puspa yang masih lagi tidak sedarkan diri dan meluru keluar dari situ diekori dengan Rama-rama,Tuan Besi dan Tuan Keluli dibelakangnya. Batu-batu yang jatuh ditepisnya dengan lengan kanannya. Larva yang semakin mengganas itu pun membuak-buak keluar dan mengalir dikawasan Raja Ganas dan pengikutnya berpijak. Siluman Ular dan Siluman Kelawar mula panik. "tuan! Cepat! kita kena tinggalkan tempat ini sekarang!" pekik siluman Ular.

Gunung Tengkorak yang dilihat dari jauh pun meletup dan memuntahkan larva. Debu-debu Gunung itu pun berterbangan keserata tempat. Entah apa nasib Kilat,Puspa,Rama-rama dan orang kanannya dan Raja Ganas dengan pengikutnya itu.


KILATWhere stories live. Discover now