<<<<<<<<
Sebiji mutiara Raja Syaitan yang berwarna biru terus meluncur laju kearah sebuah hutan batu di wilayah barat. Hutan yang penuh dengan haiwan-haiwan berbisa dan siluman-siluman ganas. Siluman ganas merupakan penduduk tetap didalam hutan batu berkenaan. Tubuh badan mereka sangat aneh sekali. berbadan manusia tetapi berkepala haiwan. Mereka sangat ganas sehinggakan tiada siapa pun yang berani untuk masuk kedalamnya.
Mutiara biru itu terhempas pada lantai hutan batu. Warnanya yang cantik dan menarik terus memikat pandangan haiwan-haiwan dan siluman-siluman berkenaan. Mereka cuba merapatkan diri mereka kearah cahaya biru itu. Namun malang tidak berbau kerana aura-aura biru itu mula manarik mereka. Keadaan yang tenang berubah menjadi kacau bilau. Mereka maraung dan cuba untuk melepaskan diri dari ditarik oleh cahaya biru berkenaan namun usaha mereka gagal. Lantas badan-badan mereka bersatu dengan cahaya itu. Bisa-bisa dan aura-aura negatif yang terdapat didalam tubuh mereka terus dihisap.
Beberapa saat kemudian tubuh badan mereka mula mereput sehingga menjadi tulang. Selepas puas menghisapnya cahaya biru tadi terus berubah menjadi lebih terang sehinggakan kawasan itu hilang dari pandangan. Mutiara Raja Syaitan itu pun melantun keudara dan melutup kuat. Kemudian sebilah senjata pun terbentuk dan jatuh terpacak pada permukaan tanah. Oleh kerana senjata itu penuh dengan bisa-bisa haiwan dan aura negatif dari siluman-siluman itu,tanah itu terus mendap dan melekuk menjadi kawah dan berwarna hitam. Senjata itu pun dikenali sebagai BELATAN MAUT.
Tahun berganti tahun,zaman berganti zaman. Belatan Maut yang terpacak itu mula ditimbus oleh tanah-tanah dan dikelilingi oleh tiang-tiang batu yang tajam. Penduduk setempat menggelarkan hutan itu sebagai Hutan Puaka.
Pada suatu hari. Seorang lelaki berkepala botak yang gagah lagi berani cuba masuk kedalam Hutan Puaka berkenaan. Tujuannya adalah untuk mengambil Belatan Maut yang terpacak ditengah-tengan hutan batu itu bertahun lamanya. Sebelum ini pun sudah ramai yang cuba mengambilnya tetapi kesemuanya bertemu dengan maut.
Selepas meredah hutan batu itu dia akhirnya sampai kedestinasinya dan bertemu dengan Belatan Maut yang ketika itu hanya kelihatan kepalanya sahaja. sebahagiannya yang lain telah ditimbus dengan tanah. disekelilingnya penuh dengan rangka-rangka dan tengkorak manusia. Tanpa membuang masa dia pun menggali tanah itu. Sejam menggali akhirnya bentuk Belatan Maut yang sebenar pun terbongkar. Belatan Maut itu pun dipegang dengan tangan kanannya.
"Arrrggggg!!!"
Lelaki itu meraung kuat. Terlalu kuat sehinggakan penduduk yang berhampiran dapat mendengarnya dengan jelas. Seram bulu tengkuk mereka mendengarnya.
"cis!! Kau pun bukannya apa cuma besi buruk saja!" makinya selepas tangannya mula melekat pada Belatan Maut itu.
Tenaganya mula merosot kerana dihisap oleh Belatan Maut itu. Namun sedaya upaya dia cuba mencabutnya dan mengawal aura-aura negatif dari Belatan Maut itu. Aura-aura negatif itu pun berubah bentuk menjadi bayang-bayang syaitan dan terus menerkam kearahnya. Lelaki itu pun terus mengaktifkan jurus istimewanya yang dikenali sebagai Jurus Perisai Hantu untuk menundukkan bayang-bayang syaitan berkenaan. Setelah hampir 2 jam dia bergelut akhirnya Belatan Maut dapat dikawal dan kini sudah berada dalam genggamannya.
Lelaki itu ketawa lantang. ''hahahaha..akhirnya kau menjadi milik aku sekarang !!''. Belatan Maut dijulang tinggi keudara. Suasana pun berubah. Angin pun bertiup dengan kencang. Awan-awan hitam mula berkumpul dilangit dan kilat pun sabung menyabung. Seolah-olah mengucapkan tahniah kepada lelaki itu. Dia yang cedera parah pun segera membawanya pulang ke kerabatnya yang terletak di wilayah barat.
>>>>>>>>>
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha