Bab 22

171 20 0
                                    

"tangg!!!"

Pedang Jed Hijau Kilat berlaga dengan jubah belakang yang diaktfikan oleh patung itu. Kilat menekan kuat pedang Jednya sehingga terpancar cahaya hijau darinya. Kemudian dia melancarkan beberapa tetakan dari pelbagai arah dengan kepantasan yang menakjubkan. Sekejap kekiri sekejap kekanan menyebabkan patung itu cemas. Lantas belitan pada tengkuk Puspa dilepaskan. Puspa yang hampir-hampir kehabisan oksigen terus rebah ketanah dan tidak sedarkan diri.

Kilat memesatkan lagi serangannya. "jahanam!! Rasakan ni!!" Kilat kemudian mengaktifkan kuasa dalamannya. Aura hijau dan biru pun terpancar keluar dan menghasilkan beberapa gelombang puting beliung. Satu per satu puting beliung itu keluar masuk kedalam tubuh patung itu.

Patung itu menggeliat seperti terkena arus elektrik. Kemudian aura hijau biru itu pun ditarik oleh Kilat dengan Pedang Jed Hijaunya. Bebola api hijau-biru pun terbentuk pada hujung pedang Jed. Tanpa berlengah Kilat pun segera menembak bebola api itu kearah patung tadi. Bahang yang teramat panas itu berjaya membakar patung itu sekelip mata. Saki baki aura api itu juga telah menyapu 2 lagi patung yang sedang bertarung dengan pahlawan-pahlawan dari sekolah seni bela diri dibelakangnya.

Abu-abu patung itu juga berterbangan kearah salah satu patung dan meresap kedalam badannya. Kilat berlutut diatas lantai. Peluh kelihatan membasahi dahinya yang berkerut manahan kesakitan. Terlalu banyak kuasa dalaman yang digunakannya. "kraakkk!!" Kilat tersentak melihat Pedang Jed Hijaunya yang meretak.

Beberapa saat kemudian Pedang itu pun meletup dan hancur berkecai. Tergamam Kilat menyaksikan Pedang turun temurun kerabatnya itu musnah. Serpihan-serpihan Pedang Jed Hijau itu pun bertaburan diatas lantai membuatkan Kilat hampir-hampir menangis. Namun dibiarkannya sahaja. Dia yang kecewa dan keletihan terpaksa digagahkan untuk berdiri dan berlari kearah Puspa yang masih belum sedarkan diri itu. buat masa sekarang keselamatan Puspa harus diutamakan.

Empat patung sudah berjaya dikalahkan oleh mereka. Kini tinggal tiga lagi patung yang masih belum dikalahkan. satu daripadanya sedang bergelut dengan Rama-rama dan kedua orang kanannya dan satu lagi sedang berdiri berhadapan dengan Raja Ganas,siluman Ular dan siluman Kelawar. satu lagi patung itu kelihatan sedang berpeluk tubuh ditempatnya berdiri. Langsung tidak bergerak. Dari tadi dia hanya berdiri kukuh dihadapan larva yang menjulang tinggi melindungi Golok Naga itu. mungkin dia merupakan ketua kepada patung-patung yang lain itu.

"hahahahaha!!! Akhirnya aku bebas juga!!" laung satu suara dengan tiba-tiba yang muncul dari salah satu lorong gelap itu. satu lembaga pun meluncur laju kearah medan pertarungan dan berdiri tegak ditengah-tengah gelanggang. Lembaga itu ketawa kuat dan sedang memegang sebilah golok ditangannya. Badannya kelihatan penuh dengan calar-calar dan luka. Baju yang dipakainya juga sudak koyak.

Pandangannya dialih kepada Kilat. "hehehe selamat bertemu kembali,budak mentah!"

Kilat mengetap giginya menahan marah. "kau Raja Pawaka! Aku tidak akan maafkan kau dengan apa yang dah kau lakukan pada mereka tempoh hari! aku mesti menuntu bela atas kematian mereka!" ujar Kilat marah. Raja Pawaka hanya tersenyum sinis.

KILATWhere stories live. Discover now