Bab 30

174 17 0
                                    


Sementara itu,Rama-rama bersama-sama dengan kedua orang kanannya kelihatan sedang terbaring diatas rumput dibawah sebatang pokok yang sangat rendang. Selepas kejadian gempa bumi dan letusan Gunung Tengkorak itu, Rama-rama dan Kedua orang kanannya telah berpisah dengan Kilat dan Puspa selepas mereka terjatuh kedalam sebuah sungai yang terdapat pada lapisan bawah Gunung tersebut.

Suku jam kemudian mereka pun tersedar dari pengsan dan mendapati disekeliling mereka penuh dengan pokok-pokok hutan. Apa yang membuatkan mereka terkejut adalah keempat-empat kerat mereka telah diikat dengan tali. Mulut mereka juga telah ditutup dengan kain. ["kat mana kami berada sekarang ni? Ke-kenapa kami diikat?"] bisiknya didalam hati. Dia cemas dan meronta-ronta cuba melepaskan diri. "tak sangka cik Rama-rama dari Perikatan Keramat Api juga telah datang ke Gunung Tengkorak dan cuba merampas Golok Naga itu..hehe" tiba-tiba satu suara kedengaran dari atas pokok. Rama-rama dan kedua orang kanannya segera mendongak keatas.

Lembaga itu pun terus melompat dan berlari meninggalkan mereka dan hilang disebalik kabus tebal yang tiba-tiba sahaja memenuhi kawasan itu. Mereka bertiga hairan tetapi jantung mereka tetap berdegup kencang. kemudian beberapa orang lelaki pun muncul disebalik kabus tebal itu. ["siapa mereka itu? jangan-jangan aku telah ditangkap oleh orang-orang suruhan dari Perikatan Dunia Hitam!"]. Dahi Rama-rama mula dibasahi peluh dingin. Matanya terbeliak apabila melihat wajah-wajah mereka yang sedang berdiri didepannya itu. ["teruk! Cermin Syaitan telah dirampasnya!"]. Rama-rama terkejut melihat senjata Syaitannya sudah hilang.

Telahan Rama-rama memang tepat. Lelaki yang menjadi ketua mereka itu dikenali sebagai Dewata Naga. Ditangannya terdapat sebatang tongkat bersabit yang dikenali sebagai Alu Merak Api. Dibelakangnya pula disandang senjata syaitan yang dikenali sebagai Cermin Syaitan itu. Dia merupakan orang yang paling kanan kepada Ketua Perikatan Dunia Hitam. Konco-konco Dewata Naga tidak kurang juga hebatnya mereka dikenali sebagai Raja Singa Emas,Raja Singa Perak dan Raja Singa Gangsa bersama dengan seorang pengikutnya yang dikenali sebagai Kepala Gila.

"cis! Tak boleh diharap Raja Pawaka itu.tugas yang diberikan oleh tuan ketua itu pun tak boleh diselesaikannya..Singa Gangsa! Bawa mereka bertiga pergi ke Lembah Asura dan kurung mereka dengan segera!" arah Dewata Naga. Raja Singa Gangsa menganggukkan kepala. Manakala Dewata Naga ,Raja Singa Emas dan Raja Singa Perak pun bergegas menuju kearah Gunung Tengkorak untuk mencari Raja Pawaka dan juga Golok Naga itu.

Akan tetapi mereka langsung tidak menyedari terdapat seseorang sedang mengintip tingkah laku mereka dari tadi disebalik pokok yang tidak jauh dari situ. ["teruk! Cik Rama-rama telah ditangkap mereka..aku mesti melaporkan perkara ini kepada Tuan Kultus Keramat Api sekarang!"]. selepas itu lelaki yang berpakaian serba hitam itu pun segera meninggalkan tempat itu dengan segera. Jika tidak kecederaannya yang masih belum sembuh sepenuhnya,Rama-rama dan kedua orang kanannya itu pasti akan diselamatkannya. Namun niat hati nak memeluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.

*********

Sementara itu,selepas Raja Pawaka mengaktifkan jurus terhebatnya dia pun telah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. disebabkan bumi bergoncang dengan kuat,tubuh Raja Pawaka pun terhumbang hambing dan berlaga pada dinding-dinding gua yang keras itu. akibat terkena hentakan kuat itu dia pun tersedar dari pengsan dan terus terjun kedalam salah satu rekahan yang terdapat pada lantai gua itu. kesudahannya,dia pun terjatuh kedalam sungai dan menyelam kedasarnya. Oleh sebab arus sungai itu terlalu deras,dia pun dihanyutkan ke sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 500 batu dari Gunung Tengkorak itu.

Dia yang tidak sedarkan diri itu pun dibawa oleh seorang lelaki tua kerumahnya untuk membantu menyembuhkan kecederaan yang dialaminya itu. lelaki tua yang dikenali sebagai Merak Sakti itu cuba memindahkan kuasa dalamannya menerusi dada Raja Pawaka. Akhirnya Raja Pawaka pun muntah darah. Darah pekat berwarna hitam meleleh dari bucu mulutnya dan kecederaannya pun beransur pulih.

Sehari kemudian,Raja Pawaka pun tersedar dari pengsannya dan menyedari dirinya berada didalam sebuah bangsal yang diperbuat daripada kayu. Dia terperanjat melihat seorang perempuan sedang mengelap tubuhnya dengan kain basah. "oh! Tuan dan sedar? Ayah..!" panggil perempuan itu. kemudian ayahnya pun meluru masuk untuk melihat Raja Pawaka. "di-dimana aku berada sekarang?" soal Raja Pawaka. "kau sekarang sedang berada di Pekan Kerbau. Ini rumah aku..nama aku Merak Sakti dan ini anak perempuan aku,Chempaka." Ujar Merak Sakti. Raja Pawaka tidak bersuara tetapi matanya hanya tertumpu kepada Chempaka yang cantik jelita itu dengan wajah yang muram.

Dia berasa amat menyesal sekarang disebabkan terlalu tamak dia telah mengalami kecederaan yang telah memakan dirinya sendiri. Disebabkan dia telah melancarkan jurusnya yang dikenali sebagai Jurus Malaikatulmaut itu,segala kuasa dalamannya telah tersekat dan dia sekarang tak ubah seperti orang-orang biasa yang tidak mempunyai ilmu bela diri.

KILATWhere stories live. Discover now