Mereka kemudian sampai di sebuah gurun padang pasir. Di gurun itu langsung tidak nampak sebarang pokok pun yang hidup. Yang terdapat pada lantai pasir itu hanyalah tengkorak-tengkorak manusia dan juga haiwan. Burung-burung hering berlegar-legar terbang dilangit menunggu mangsa. Cuaca yang panas membuatkan mereka berdua kehausan. Mereka sebenarnya sudah tersesat. Sepatutnya Kilat harus ke arah barat di wilayah utara itu tetapi dia mengambil jalan yang menuju kearah utara.
Merah kelihatan penat dan perlu berehat. Kilat dan Puspa segera turun darinya dan berjalan beriringan. Terdapat satu bongkah batu yang besar terletak ditengah-tengah gurun. Mereka mengambil peluang itu untuk berehat seketika dicelah-celah batu tersebut yang terdapat kawasan yang lebih redup sedikit.
"Ah..sedapnya boleh tido.." kata Kilat.
************
Hutan batu yang mengelilingi Gunung Tengkorak kelihatan begitu menakutkan sekali. Banyak rangka-rangka dan tengkorak bersepah diatas tanah. Burung-burung hering penuh bertebangan dilangit. Burung-burung gagak pula bertenggek diatas batu dan mengeluarkan bunyinya sekali sekala. Suasananya agak menyeramkan. Tegak bulu tengkuk Puspa menyaksikannya.
Dikiri kanan penuh dengan bongkah-bongkah batu yang tinggi melangit. Jika salah masuk boleh sesat didalamnya. Nyata berbeza dengan pintu masuk Raja Ganas dan pengikutnya masuk sebelum ini. Pintu masuk yang mereka lalui itu merupakan laluan hadapan berbentuk tengkorak manakala Kilat dan Puspa memasuki laluan belakang yang berbentuk bulat. Mereka berdua pun turun dari merah dan berjalan melaluinya dengan penuh berhati-hati.
"Biru..Kamu tunggu kami disini ya.." kata Puspa kepada seekor haiwan besar sambil membelai lembut dahinya. Biru sangat suka diperlakukan sebegitu hingga terangkat ekornya. Matanya dipejam rapat. "aumm.." laung biru perlahan.
Jalan yang dimasukkinya semakin lama semakin gelap. Batu-batu yang tinggi itu sudah berubah menjadi seakan-akan gua. Kilat mengambil kayu pada tanah dan membakarnya untuk dijadikan sebagai obor. Pada dinding batu penuh dengan goresan-goresan lama. Goresan golok atau pedang barangkali. Mereka tersentak apabila terdapat satu cahaya kuning muncul samar-samar dihadapan mereka. Kilat dan Puspa berpandangan sesama sendiri.
Kemudian kedengaran bunyi suara orang yang sedang berlatih golok. Aura-aura goloknya yang berlaga pada dinding menghasilkan bunyi yang sangat kuat dan bergema. Disusuli pula dengan suara tepikkan. Selepas Kilat dan Puspa sampai ditempat kejadian,mereka tersentak dan tergamam melihat seorang lelaki bertopeng yang berambut merah dan memakai pakaian hitam terapung diudara sambil melibas-libas sebilah golok ditangannya.
Pergerakkanya terhenti seketika dan perlahan-lahan turun ke lantai tanah. Cahaya dari goloknya pun beransur-ansur hilang. Suasana kembali muram dan hanya diterangi oleh cahaya dari obor Kilat sahaja. Namun tidak semena-mena lelaki itu tadi menerpa Kilat dengan tiba-tiba. Golok diangkat dan terus melibas Kilat yang terpaku pada tanah. Tidak sempat Kilat untuk melakukan apa-apa dan..
"zapppp!!"
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha