Mereka kemudian tetak menetak antara satu sama lain. Sudah hampir setengah jam namun keputusannya masih lagi sama. Kehebatan kedua-duanya pahlawan itu nampaknya setanding. Kilat kemudian melompat ke udara dan menikam Raja Pawaka dari atas pula. Hujung pedangnya segera dihalang oleh Raja Pawaka dengan sisi golok. Kilat menyalurkan tenaganya kepada Pedang Jed Hijau dan terus menekannya kuat.
Tanah pada kaki Raja Pawaka yang dipijak itu lantas merekah dan melekuk menjadi kawah kecil. Tekanan yang diberikan olek Kilat itu berjaya membuatkan lawannya itu berlutut.Goloknya nyaris-nyaris retak.
[dasyatnya kekuatan budak mentah ini !] bisik Raja Pawaka didalam hati. Selama dia berkecimpung didalam dunia pahlawan inilah kali pertama dia diperlakukan dengan sedemikian rupa.
''hahaha..inilah lawan yang aku cari selama ini ! sekarang giliran aku pulak !!'' laung Raja Pawaka. Dia segera mengaktifkan aura apinya dan cuba membakar lawannya itu. Melihat api menjulang tinggi,Kilat terpaksa berundur ketepi. Kemudian Raja Pawaka pun menyerang balas dengan aura api yang diperkuatkan lagi. Lantas imej harimau pun terbentuk dari apinya dan terus membaham Kilat yang belum sempat mengukuhkan kedudukannya.
Namun mujur dia sempat memutarkan pedang Jednya dan berjaya mengesampingkan api-api itu. Kedua-duanya kemudian berundur kebelakang untuk menarik nafas semula. Raja Pawaka mengorak satu senyuman pada wajahnya dan menampakkan barisan giginya yang tersusun jarang itu.
''amat beruntung aku dapat berlawan dengan kau budak ! tapi sampai disini saja pertarungan kita sebab aku ada hal yang lebih mustahak hendak dilakukan.aku harus merampas Golok Naga itu sebelum ianya jatuh ketangan orang lain.'' Ujarnya membuatkan Kilat tersentak.
''tidak ! kau mesti kubunuh.. '' belum sempat Kilat menghabiskan kata-katanya,Raja Pawaka telah pun mengambil langkah seribu.
"tunggu!! Cilake kau..!!"
"hhahaaha..sampai jumpa lagi budak mentah!!" laung Raja Pawaka dari jauh. Suara ketawanya semakin lama semakin hilang. Kilat mengetap giginya menahan marah.
Sementara itu. Diatas bukit tidak jauh dari tempat itu. Kelihatan seorang lelaki berjambang sedang berdiri menyaksikan pertarungan itu dari tadi. Lelaki berambut kerinting paras bahu itu kelihatan sedang menggalas sebilah pedang besar dibahunya. Selepas dia melihat Kilat meninggalkan tempat itu dengan menunggang kuda barulah dia melompat turun kebawah.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha