Bab 39

180 14 0
                                    

Seorang lelaki berpakaian serba hitam yang menunggang kuda kelihatan tergesa-gesa memasuki kawasan Perikatan Keramat Api. "tuan Jabaro sudah pulang!! Buka pintu pagar itu sekarang!!" laung penjaga pintu utama. Sebaik saja pagar dibuka,Jabaro terus masuk kedalam. Selepas turun dari kudanya dia pun terus meluncur laju dan berlutut sebelah kaki didepan ketuanya yang sedang duduk diatas singgahsana.

"hah! Jabaro,kau sudah pulang?mana Belatan Maut yang aku suruh kau rampas dari pengkhianat itu? Oh ya! Mana Jabari,aku tidak Nampak pun dia?" soal Ketua Perikatan Keramat Api atau lebih dikenali sebagai Raksaksa itu. "err..maaf tuan ketua,Belatan Maut tidak dapat dirampas sebab Pendekar Mata Satu itu terlalu hebat apabila dia bergandingan dengan senjata syaitan itu..malah Jabari telah dibunuhnya.." kata Jabaro terketar-ketar. Raksaksa mengetap giginya menahan marah. "tapi hamba ada satu berita buruk..cik Rama-rama,Tuan Besi dan Tuan Keluli telah ditangkap oleh Dewata Naga dari Perikatan Dunia Hitam.." ujar Jabaro membuatkan Raksaksa tersentak. Aura merah pun muncul pada seluruh tubuhnya. Mantel berbentuk bulu-bulu burung besi yang terdapat pada belakangnya pun berkibar-kibar dengan sendiri.

Matanya merah saga,tempat pada tempatnya berdiri pun melekuk dan meretak apabila dilanda dengan aura merah itu. Rupanya tiba-tiba berubah menjadi bengis. Dia pun mengangkat tangan kanannya dan menghalanya kearah Jabaro. ["teruk! Tuan ketua ingin membunuh Jabaro dengan aura keras buminya!"] bisik Penilik Sakti. Memang tepat sangkaan Penilik Sakti kerana satu aura berpusar seperti puting beliung bersama dengan kilat pun ditembak kearah Jabaro. Sekelip mata sahaja tubuh Jabaro hancur berkecai. Langsung tiada saki baki darah atau dagingnya. ["dasyatnya aura keras buminya!"] Penilik Sakti tersentak. Dahinya sudah dibasahi peluh.

"ayuh Penilik Sakti! Kita berkejar ke Perikatan Dunia Hitam di Lembah Asura itu sekarang! Panggil Dewa Mega dan Wira itu sekali!" arahnya. Tanpa berlengah Ketua Perikatan Keramat Api,Penilik Sakti,Dewa Mega dan Wira pun meninggalkan Perikatan Keramat Api dengan menunggang kuda dan menuju kearah Lembah Asura yang merupakan markas utama Perikatan Dunia Hitam itu.

********

Sementara itu,Rama-rama,Tuan Besi dan Tuan Keluli yang dimuatkan didalam kabin kereta kuda pun sampai di Lembah Asura. Akan tetapi mereka bertiga agak terkejut apabila menyedari Lembah itu kosong ibarat padang jarak padang terkukur. Cuma yang ada hanyalah satu rekahan tanah yang agak luas didepan mereka. Raja Singa Gangsa mengorak satu senyuman kambing dimulutnya.

Selepas mereka turun dari kereta kuda itu,Raja Singa Gangsa pun terus memusnahkan kereta kuda itu bersama-sama dengan kudanya sekali. Tergamam Rama-rama melihatnya. ["zalimnya lelaki yang bergelar Raja Singa Gangsa ini!"] bisik Tuan Besi dan Tuan Keluli. Kepala Gila pun menarik tali yang diikat pada mereka bertiga dan terus terjun ke dalam rekahan tanah itu selepas melihat Raja Singa Gangsa melakukannya terlebih dahulu.

["ya Tuhan!! Sampai begitu dalam lubang pada rekahan tanah ini!"] bisik Rama-rama cemas. Matanya terbuntang luas.Dadanya berombak laju. Jika jatuh terhempas pada tanah sudah tentu tubuhnya hancur. Tiba-tiba satu lembaga hitam besar pun muncul dan menapu mereka semua dari terjatuh kebawah. "hehehe..bagus kerja kau Hitam!" ucap Raja Singa Gangsa sambil mengusap lembut pada belakang kelawar hitam yang besar itu. Rama-rama dan kedua orang kanannya hampir-hampir pengsan diperlakukan dengan sedemikian rupa.

Mereka pun dibawa terbang oleh kelawar yang bergelar Hitam itu masuk kedalam sebuah lubang yang terdapat pada dinding tebing itu. Selepas melepasi lubang itu,mereka pun masuk kedalam sebuah hutan yang penuh dengan pokok-pokok bunga yang sangat cantik. Kemudian mereka pun maju dan masuk kedalam sebuah tempat yang penuh dengan batu-batu nisan. Selepas melepasi kawasan perkiburan itu mereka pun tiba di sebuah dewan yang sangat luas. Terdapat sebuah kolam yang dilengkapi dengan beberapa patung yang sangat bengis mukanya dihadapan sebuah pelantar. Diatas pelantar itu pula terdapat satu patung gergasi yang sedang duduk diatas kerusi. Patung yang sedang memegang dua bilah pedang yang sangat unik bentuknya itu sangat hodoh rupanya. Terdapat beberapa orang lelaki yang berselubung merah sedang memuja-muja patung berkenaan.

Pada bahagian tepi patung gergasi itu pula terdapat beberapa lubang yang mana pintunya diukir dengan rupa syaitan yang sangat bengis. Kelawar itu pun mendarat diatas tanah. "Kepala Gila! Letak kedua-dua orang lelaki jahanam ini ke dalam penjara dan hantarkan perempuan cantik ini ke dalam bilik aku,sekarang! Hehehe.." arah Raja Singa Gangsa sambil mengorak satu senyuman sinis dibibirnya. Kepala Gila menganggukkan kepala. ["jahanam! Perempuan cantik lagi seksi ini akan diperkosanya!.melepaslah aku nampaknya."] bisik Kepala Ganas didalam hati. Rama-rama tersentak. Dia tahu benar apa yang dimaksudkan dengan senyuman dari Raja Singa Gangsa itu. Lebih-lebih lagi dia akan diasingkan dengan kedua orang kanannya itu.

KILATWhere stories live. Discover now