Imbas kembali..
<<<<<<<<<
"Ah..sedapnya boleh tido.." kata Kilat.
Entah kenapa tiba-tiba saja bumi bergoncang kuat. Batu yang menjadi tempat bersandar mula bergerak-gerak. Merah meringkit kuat. Kilat dan Puspa segera melarikan diri dari situ. Batu yang besar itu pun berdiri tegak. Pasir yang menyelimutinya gugur ketanah dan membongkar rupabentuknya yang sebenar. Mereka berdua tersentak. Mulut mereka ternganga luas. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
"Grrrrrrrrr" 'batu' itu mula mendengus kuat. Bergetar-getar lehernya. 'batu' itu memandang mereka dengan garang. Matanya merah menahan marah. Kilat dan Puspa menelan airliur. Badannya besar,rupanya seperti harimau,terdapat taring yang panjang kedepan seperti tanduk pada mulutnya,badannya tidak punyai bulu tetapi penuh dengan batu-batuan kristal biru.
"aauuuuuummmmm!!" laung haiwan itu lantang. Marah tidurnya diganggu. Angin pada hidungnya dihembus kuat. Haiwan itu pun membongkokkan diri seperti mahu menerkam mangsanya. Kilat tidak tahu apa yang harus dilakukannya. ["jadi inilah haiwan yang Pendekar Mata Satu katakan itu.."] bisik Kilat didalam hati.
Tanpa berlengah haiwan itu pun berlari kearah mereka dengan laju dan cuba menanduknya dengan taringnya yang panjang itu. mujur Kilat sempat mengelak kalau tidak maut padahnya. Haiwan itu meraung berang melihat Kilat berjaya mengelak serangannya. Langkahnya diatur kembali dan mulutnya menghembuskan api berwarna biru kearah Kilat. Api yang panasnya boleh meleburkan besi dengan sekelip mata itu dihalang oleh Kilat dengan lengan kanannya.
Aura terpendam didalam lengannya pun terpancar keluar dan berputar-putar membelit api biru itu. Aura hijau dari lengannya pun menarik api biru itu masuk kedalam lengan Kilat. Kilat meraung kesakitan. Tubuhnya mula mengembang dan menjadi hijau kebiru-biruan. Melihat situasi Kilat yang bagaikan telur dihujung tanduk itu,Puspa segera meletakkan jari telunjuk kanannya kedahi. Tidak lama kemudian api yang disembur oleh haiwan itu beransur-ansur hilang dan haiwan itu terus terbaring. Rupanya yang garang tadi mula berubah. Matanya yang merah saga juga hilang diganti dengan warna biru yang sangat cantik.
Kilat jatuh keatas tanah dan tidak sedarkan diri. asap berkepul-kepul keluar dari badannya. Nasib baik dia tidak putus nafas. Puspa kemudian berjalan menghampiri haiwan itu dan mengusapnya lembut. Ternyata haiwan itu sudah dijinakkan oleh Puspa dengan Hikmatnya yang dikenali sebagai Hikmat Penunduk Haiwan yang dipelajarinya suatu ketika dahulu.
>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha