"selepas Puspa,kini Ratu Flora pula kau bunuh! Harimau Waja! Walau apa cara sekalipun kau tetap akanku bunuh pada hari ini!". Wajah Kilat tiba-tiba berubah menjadi bengis. Urat-urat kelihatan timbul pada dahinya.
"heh..kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan hendak diduga..aku sudah mempunyai dua senjata ajaib sekarang. Usahkan kau malah dewa dari kayangan pun belum tentu dapat menewaskan aku!" ujar Harimau Waja Angkuh.
"usah sombong..ayam masih berlaga..aku akan gunakan jurus aku yang paling istemewa yang dikenali sebagai Gaya Kilat Khayalan sekarang!" ujar Kilat. Pedang Petir Tunggal pun dipegang dengan kedua-dua belah tangannya. Kemudian Pedang itu pun terlepas dari pegangannya dan terapung dihadapannya. Pedang Petir Tunggal yang diaktifkan oleh Kilat itu pun bergetar kuat. Beberapa bilah pedang yang sama pun terbentuk dari induknya itu. "bersedialah kau untuk mati!" laung Kilat.
Harimau Waja kelihatan gementar dan tersentak. Dadanya berdegup kencang. ["kenapa jantung aku berdegup kencang sekarang? Apakah disebabkan jurus budak mentah ini? Tak mungkin!"]. "ah! Aku akan patahkan jurus kau yang kepalang ini dengan Golok Naga dan Tongkat Zafronku ini sekarang!" habis berbicara Harimau Waja pun mengambil langkah utama untuk menyerang Kilat dengan menikam Goloknya secepat kilat. Namun Kilat kelihatan masih bersahaja dan tenang. Pedang-pedangnya pun tiba-tiba hilang dari pandangan. Harimau Waja tersentak. Kemudian dia pun berhenti menyerang.
Tiba-tiba Harimau Waja terkejut dan meraung kesakitan."argghhh!!". Darah pekat pun terpancut dari luka-luka pada badannya. Darah juga kelihatan meleleh pada bucu mulutnya itu. Tangan kirinya yang memegang Golok Naga itu pun terputus. Harimau Waja pun jatuh keatas tanah dan menggelumpur menahan kesakitan.["da-dasyatnya gaya Kilat Khayalan itu! Dia sanggup mengaktifkan pedangnya itu menjadi halimunan!"] bisik Padi terkejut. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia menyaksikan jurus seperti itu.
"belum habis lagi!". Habis saja berbicara Kilat pun melompat keudara dan mengangkat kedua-dua tangannya keatas."hutang darah harus dibayar dengan darah!!" Kilat pun menghayungkan tangannya kebawah lantas pedang-pedang yang ghaib itu tadi pun mula kelihatan dan terus menikam Harimau Waja dengan sepantas kilat. Harimau Waja tergamam. Malaikatulmaut pun terbayang didepan matanya.
Namun berpantang maut sebelum ajal. Jurus yang diaktifkan oleh Kilat itu tiba-tiba hilang dari pandangan. Rupa-rupanya Kilat telah mengundurkan hikmatnya itu sebelum ia mengenai tubuh Harimau Waja. Namun wajah Kilat kelihatan terkejut kerana apa yang berada didepan matanya itu. Topeng sebelah pada muka Harimau Waja itu telah hancur sebaik sahaja terkena aura pedang yang diaktifkan oleh Kilat itu tadi oleh itu wajah sebenar Harimau Waja pun terdedah.
Harimau Waja pun mengorak satu senyuman sinis pada mulutnya. Darah pekat meleleh jatuh bersama dengan airliurnya dari mulutnya itu. "kenapa? Kenapa kau berhenti dari terus membunuh aku,hah? Oh ya! sebab kau kenal akan wajah aku ni kan? " sindir Harimau Waja.
"ti-tidak! Kau sudah mati! Macammana kau..."
"masih hidup? Hehehe..Kilat,disebabkan kau,aku telah ditangkap dan diseksa oleh mereka ketika itu tetapi aku harus berterima kasih kepada kau sebab sekarang aku sudah mempunyai hikmat-hikmat yang tiada tolok bandingnya lagi..akan tetapi walauapa cara sekalipun nyawa kau akan aku cabut!" habis berbicara Harimau Waja pun mengambil langkah untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. "Kilat Awan!! Aku akan membalas dendam pada suatu hari nanti..bersedialah!! Hahaha..!!!" laung Harimau Waja sebaik sahaja dia meninggalkan tempat itu. Bunyi ketawanya pun berkumandang diudara. Wajah Kilat berubah pucat. Dia kelihatan sangat terkejut. Pedang Petir Tunggalnya pun terlepas dari genggamannya dan jatuh terpacak diatas tanah. Baju zirah kristal hijau biru pada tubuhnya pun beransur-ansur hilang.
"ji-jingga..!!"
***********
Selepas tidak sedarkan diri,Raja Sang Nilam pun dimasukkan kedalam sebuah penjara bersebelahan dengan penjara Tuan Keluli dan Tuan Besi. Namun badan Raja Sang Nilam telah dirantai dan dibaringkan diatas meja kayu. Dia kelihatan sedang meronta-ronta untuk melepaskan diri. Wajahnya yang bengis itu kelihatan sudah ditumbuhi dengan tanduk-tanduk kecil pada dahinya. Matanya merah seperti saga. Bunyi erangan dari mulutnya didengari Tuan Keluli dan Tuan Besi. "sungguh dasyat senjata syaitan yang dikenali sebagai Raja Sesal itu.." ujar Tuan Keluli. Tuan Besi menganggukkan kepala tanda setuju. "Tetapi macammana dia memperolehi senjata syaitan itu?" Tuan Besi mencelah. Mereka berdua tertanya-tanya didalam hati.
<<<<<<<
1 bulan sebelumnya..selepas Raja Sang Nilam menjumpai Kilat yang terbaring keletihan disebuah pondok,dia pun terus menuju kearah Wilayah Tengah untuk mengasingkan diri dari dunia kepahlawanan. Dia telah bertekad didalam hati untuk mencari ketenangan di Gunung Angin Mati dan akan bertemu dengan Kilat suatu hari nanti jika umurnya masih panjang. Namun ketika dia masuk kedalam sebuah gaung dikaki gunung itu dia berasakan akan satu aura yang sedang memanggil-manggilnya. "dasyatnya aura syaitan ini! Bulu romaku sudah meremang!" ujar Raja Sang Nilam berdebar-debar.
["aura itu datangnya dari bawah tanah ini!''] tanpa berlengah dia pun menggali tanah itu dan menjumpai sebuah kotak besi yang telah diikat dengan rantai besi. Cahaya merah darah tidak henti-henti memancar dari celah-celah kotak berkenaan. Selepas dia membuka kotak besi itu,Raja Sang Nilam terperanjat apabila melihat dua bilah senjata yang bersinar-sinar terang. Senjata itu dikenali sebagai Cokmar Raja Sesal. Rupa-rupanya Cokmar Raja Sesal itu boleh dicabut menjadi dua.
Selepas dia mencapai dan memasang kedua-dua bilah senjata itu. Aura-aura merah darah itu pun semakin bersinar-sinar terang dan mengelilingi badan Raja Sang Nilam. Beberapa ketika kemudian,dia merasakan satu aura telah meresap masuk kedalam tubuhnya. [''teruk ! aura syaitan ini sudah meresap masuk kedalam tubuhku ! aku mesti menghalangnya sekarang''] dia pun mengaktifkan kuasa dalamannya dengan segera. Akan tetapi usahanya gagal kerana aura syaitan itu sudah pun berjaya menguasai dirinya.
Badannya pun menjadi kejang dan urat-urat pada dahinya pun muncul. Badannya pun mengembang dengan pesat. Dua batang tanduk kecil juga telah tumbuh pada dahinya. Kemudian satu persatu peristiwa terbayang didepan matanya. Dia melihat anaknya Teratai Wangi sedang dirogol dan dibunuh oleh Raja Singa Gangsa dari Perikatan Dunia Hitam. Kemudian lembah Asura pun terbayang didepan matanya. Dia pun bertekad didalam hati untuk menghapuskan Raja Singa Gangsa dan Perikatan Dunia Hitam itu dari muka bumi ini. Sejurus selepas itu dia pun berangkat menuju kearah Lembah Asura untuk membunuh Raja Singa Gangsa. Padahal Raja Sang Nilam tidak tahu sebenarnya dia telah dirasuk dan diperdayakan oleh senjata syaitan itu dan apa yang terbayang didepan matanya itu adalah palsu semata-mata.
>>>>>>>>
Siapa jingga itu sebenarnya? Apa yang telah terjadi kepada Kilat dan Jingga pada masa lampau dan kenapa Jingga ingin membalas dendam terhadap Kilat? Dan macammana jingga boleh menyamar sebagai Harimau Waja dan dimana Harimau Waja yang sejati itu berada? Adakah dia sudah mati ? semuanya akan terjawab didalam bab2 yang seterusnya ya..
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha