Bab 51 - Selesai Semuanya..

217 20 1
                                    

Suasana didalam hutan itu tiba-tiba berubah menjadi gelap kerana cahaya matahari telah dilindungi oleh daun- daun pokok. Angin pun bertiup agak kencang dan menggoyangkan pokok-pokok dan semak-samun.Padi tersentak. Dia merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang lalu dia pun menoleh sekeliling untuk meninjau. Matanya terus tertumpu pada sesuatu yang bercahaya pada arah kanannya. Cahaya kemerah-merahan yang sebanyak beberapa biji itu kelihatan sangat kecil dan terang.

Padi tergamam dan menggigil. "a-abang ki-kilat..itu..." kata Padi terketar-ketar. Dia kelihatan sangat takut. Kilat dan mereka yang lain pun mengalih perhatian kepada Padi. Tiba-tiba satu lembaga hitam dan besar pun meloncat keluar dari tempat persembunyiannya. Seekor lipan gergasi dan berbulu pun berdiri dihadapan mereka. Lipan gergasi itu pun meraung kuat dan menampakkan gigi-gigi taringnya yang tajam. Sesungutnya meliuk lentuk kekanan kekiri.

Lipan gergasi itu pun menyerbu Padi dengan secara tergempar. Akan tetapi nasibnya sungguh baik kerana pada ketika itu Wira telah meluru kedepan dan menolak Padi kesamping. Melihat sasarannya terpesong,Lipan gergasi itu pun mengalihkan serangannya kepada wira pula. Lipan gergasi itu pun menembak sejenis cecair melekit kearah Wira. Lantas tubuhnya diliputi oleh cecair yang melekit dan liat itu. ''to-tolong !!'' laung wira. Dia sudah takut separuh mati. Cecair melekit berwarna merah darah itu pun membungkus tubuh Wira sepenuhnya.

Wira sudah takut setengah mati. Dia pun meronta-ronta untuk melepaskan diri namun usahanya tidak berhasil malah cecair itu semakin kuat melekat pada tubuhnya.Lipan itu pun cuba menolak Wira masuk kedalam mulutnya yang ternganga luas. Keadaan Wira ketika itu sudah seperti telur dihujung tanduk. Kesakitan yang dideritainya tidak dapat digambarkan lagi. Nafasnya sudah tersekat-sekat kerana oksigen sudah menjadi terhad.Biru yang menyaksikan situasi itu tidak berani lagi untuk bertindak takut pisang berbuah dua kali, lain yang ditembak lain pula yang kena. Dia hanya mengaum dan melihatnya dari jauh saja.

Dalam sekelip mata,kelibat Wira sudah tidak kelihatan lagi kerana dia sudah Berjaya ditelan oleh Lipan gergasi berkenaan. Padi yang menyaksikan situasi itu menjerit memanggil Wira. Kilat,Penilik Sakti dan Dewa Mega tergamam melihatkannya. Tiba-tiba Lipan gergasi itu berhenti bergerak mungkin menghadamkan 'makanan' yang baru masuk kedalam perutnya itu. "inilah peluangnya untuk kita hapuskan Lipan gergasi ini dan selamatkan Wira! Ayuh kalian semua,serang!!" laung Kilat sebaik sahaja tersedar dari kejutan itu. Namun belum sempat mereka bertindak, dengan tiba-tiba, pada saat hidup dan mati itu,satu aura berputar merah pun ditembak kearah Lipan gergasi berkenaan dan tepat mengenai kepalanya.

Aura berputar yang sungguh hebat itu pun berjaya menghancurkan kepala dan badan Lipan gergasi itu. Darah dan kepingan-kepingan daging Lipan itu pun memercik keserata tempat. "teruk! Wiraaa!!" laung Padi saat melihat Lipan gergasi itu meletup. Dia khuatir akan keadaan Wira kemungkinan Wira juga pasti hancur berkecai terkena tembakan aura itu. Tiba-tiba wajah Padi berubah lega apabila melihat satu kelibat manusia terpelanting keudara dan kemudian berjejak diatas tanah. Kelibat itu adalah Wira. Dia berjaya melepaskan diri dari bahaya itu. Dia kelihatan sihat seperti sedia kala langsung tidak Nampak tanda-tanda kecederaan. Urat-urat merah kelihatan jelas timbul pada wajahnya. Matanya terpejam rapat.Beberapa saat kemudian dia pun kembali tenang. Mereka-mereka yang berada disitu tergamam melihatnya. Dalam pada masa yang sama orang yang menembak labah-labah itu pun meluncur laju kearah Wira dan meletakkan seseorang diatas tanah. ''Wira !.'' ujarnya.

''Tuan Ketua sudah pulang.. dan itu Belatan Maut!'' – Penilik Sakti dan Dewa Mega. Mereka berdua gembira melihat Raksaksa kembali dan membawa pulang Belatan Maut yang disandang pada belakangnya.

Rupa-rupanya orang yang datang menyelamatkan Wira itu adalah Raksaksa iaitu Ketua Kultus Keramat Api. Selepas dia berjaya menewaskan Nafas Raja Syaitan itu,dia pun balik ketempat dimana orang-orangnya diserang oleh Raja Gila dan pengikut-pengikutnya sebentar tadi bersama dengan Raja Sang Nilam yang dibawanya bersama. Kemudian terdengar bunyi satu jeritan seorang perempuan yang memanggil nama anaknya dari arah kanannya,dia pun pergi meninjau bunyi suara berkenaan. Sampai ditempat kejadian,dia melihat Wira sudah ditembak dengan cecair merah darah yang melekit itu dan dibungkus oleh Lipan gergasi berkenaan. Tanpa membuang masa dia pun menembak aura keras raksaksanya kearah labah-labah itu selepas dia melihat Lipan gergasi itu tidak bergerak bagi menyelamatkan anak tunggalnya itu.

**********

"jadi Ratu Lipan Bara yang Gu Ruh bunuh itu bukan Ratu Lipan Bara yang sejati lah?" soal Kilat. Wira menganggukkan kepalanya. "habis,dimana Ratu Lipan Bara yang sejati itu?" soalnya lagi. Wira terdiam dan menundukkan kepalanya. Kemudian dia memandang Kilat. ''Ratu Lipan Bara yang sebenar ialah Lipan gergasi itu sendiri tapi malangnya dia telah mati.akan tetapi jangan kau risau sebab...'' sebelum dia menghabiskan kata-katanya,Wira pun mengangkat tangan kanannya lalu satu putaran aura pun terbentuk. Beberapa saat kemudian putaran aura itu pun berhenti dan membentuk sesuatu yang berbentuk bujur yang berwarna merah dan bersinar-sinar terang. "ini adalah intisari dari jantung Ratu Lipan Bara itu.nasib baik aku sempat menyedutnya ketika aku berada didalam perutnya tadi.kalau tidak pasti jantung ini turut sama hancur selepas ayahku menembaknya." Terang Wira lagi.

''Puspa ! aku sudah berjaya mendapatkan Jantung Ratu Lipan Bara itu,tidak lama lagi kau akan sedar dari pengsanmu itu..'' kata Kilat girang.

''tuan ketua..siapa lelaki yang tuan ketua bawa bersama itu ?dan apa yang telah terjadi kepada puaka bedebah itu?'' soal Dewa Mega tiba-tiba. Raksaksa pun menceritakan apa yang beliau telah alami beberapa jam sebelumnya itu. ''aku tidak tahu akan nama lelaki tua ini.tetapi aku yakin dia ini orang yang baik-baik.'' Kata Raksaksa. Kilat hanya memakukan matanya kearah Raja Sang Nilam yang masih tidak sedarkan diri itu.''kita harus berhati-hati kerana syaitan itu pasti akan mencari perumahnya yang baru,aku takut kalian akan menjadi mangsanya kelak !'' ujar Raksaksa lagi. Kilat tidak mengendahkan amaran yang dikatakan oleh Raksaksa itu malah dia hanya memakukan pandangannya kepada Raja Sang Nilam.[''wajahnya macam pernah aku lihat sebelum ini..siapakah dia ?pelik,kenapa saat aku melihatnya hatiku berasa begitu terharu ?''] bisik Kilat didalam hati.

Sementara itu,melihat Wira yang sudah kembali,Biru pun melari mendapatkannya. Biru pun menerkam Wira dan mejilat-jilat muka Wira. [''sungguh mesra Biru ini dengan Wira..apa kaitan mereka sebenarnya ? akan tetapi aku seolah-olah kenal akannya..jangan-jangan Biru ini..''] Bisik Kilat sendirian. Dia kelihatan agak terkejut dengan mainan mindanya. ''Wira boleh kau ceritakan kepadaku macammana kau boleh berjumpa dengan Biru ini ? soal Kilat. Wira menganggukkan kepala. Dia pun memulakan ceritanya. ''sebenarnya......''

**********

Beberapa jam kemudian,Kilat,Padi,Wira,Biru dan Raja Sang Nilam yang masih tidak sedarkan diri itu pun sampai di kampung Pokok Rotan. Wira kelihatan termenung sendirian dan agak sugul. ''Wira..aku yakin ayahmu pasti ada sebab kenapa dia tidak benarkan kau turut serta bersamanya mencari ibu saudaramu itu. Kau dengar apa yang dikatakannya tadi bukan,dia nak kau bersama dengan kami supaya kau dapat mencari pengalaman baru. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman..'' ujar Padi. Wira membisu lalu mengeluh perlahan. ''iyelah..'' balasnya ringkas. Kilat hanya tersenyum melihat gelagat dua sekawan itu. ''jangan kau bimbang Wira,aku akan menjaga kau seperti yang diamanahkan oleh ayahmu kepadaku ini..'' kata Kilat menyedapkan perasaan Wira. Walaupun mereka baru berjumpa dan berkenalan namun mereka seperti sudah seperti sahabat yang sudah lama berpisah. Biru melihat Wira yang muram itu segera menjilat-jilat muka Wira dan mengaum kecil. Tujuannya adalah untuk mengembalikan semangat Wira. Wira pun menggosok dan memeluk Biru sambil ketawa girang.

[''Biru..alangkah seronok dan terkejutnya Puspa jika dia bertemu kembali dengan si Biru ini..''] – Kilat.

Kemudian Kilat pun membawa intisari Ratu Lipan Bara kepada Pelindung Insan. Pelindung Insan pun merawat Puspa dengan memasukkan intisari Ratu Lipan Bara itu kedalam tubuhnya dengan kuasa dalamannya. Beberapa jam kemudian Puspa pun tersedar dari pengsan dan racun yang terdapat didalam badannya pun berjaya diusir dan dihapuskan. Kilat begitu gembira melihat Puspa sudah pulih lalu dia pun memeluk Puspa secara spontan. Airmata Kilat pun tumpah ternyata dia begitu gembira melihat Puspa sudah sihat seperti sedia kala. Puspa tersentak dengan reaksi Kilat itu dan membalas pelukan Kilat itu.

Raja Sang Nilam pula direhatkan diatas katil dan dirawat oleh Padi.Manakala Raksaksa,Penilik Sakti dan Dewa Mega pun berjaya menyelamatkan Rama-rama bersama dengan kedua orang pengikut kanannya yang terkurung didalam penjara dilembah asura itu. Mereka pun segera pulang ke Kultus Perikatan Keramat Api pada hari itu juga.

Volume 1 KILAT sudah pun tamat..sambungan untuk volume ke-2 akan menyusul kemudian. Aku akan update volume ke-2 dalam ni jugak. So jangan kemana-mana ya!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KILATWhere stories live. Discover now