Tubuh badan Jabari mula susut dan kelihatan cengkung selepas aura dan tenaga dalamannya dihisap oleh Belatan Maut. Kedua-dua biji matanya terkeluar dari sokek matanya. Akhirnya Jabari putus nafas dibunuh oleh Pendekar Mata Satu. Jabaro yang cuba membantu abang kembarnya telah dihalang oleh rakan-rakan Pendekar Mata Satu yang dikenali sebagai Pemanah Tepat dan Penukul Berat. Masing-masing bersenjatakan busur dan panah dan dua tukul kembar.
Melihat abang kembarnya tertewas dan dibunuh,Jabaro segera mengambil langkah seribu dan meninggalkan kedai makan itu dengan segera. [cilake kau Pendekar Mata Satu! Aku bersumpah aku akan cincang mayat kau satu hari nanti!].Dia bersumpah didalam hati
Keadaan didalam kedai makan itu kembali tenang seperti biasa. Pendekar Mata Satu dan rakan-rakannya pun ingin beredar dari tempat itu namun mereka telah dihalang oleh Kilat.
"tunggu! Aku ada sesuatu yang ingin aku tanyakan kepada kau." Kata Kilat. Tangan kanannya diangkat kedepan.
"apa dia budak?" soal Pendekar Mata Satu. Belatan Mautnya pun dilipat menjadi 3 bahagian. Kalau dilihat kembali Belatan Maut itu tidak ubah seperti alat seni bela diri iaitu Nanchun.
"dari mana kau dapat Belatan Maut itu? dan kenapa orang-orang dari Perikatan Keramat Api menuduh kau ini sebagai pengkhianat? Soal Kilat hairan.
Pendekar Mata Satu tersentak. "macammana kau tahu mereka dari Perikatan Keramat Api?" soalnya pula.
Kilat berjalan melepasi Pendekar Mata Satu dan membongkokkan badannya. Pedang ditangan Jabari diambil. "aku kenal akan lambang pada hulu pedang ini. ini adalah lambang dari Perikat Keramat Api!"
"hahaha..memang benar apa yang kau katakan itu..tetapi macammana aku dapat Belatan Maut ini usahlah kau peduli..Panah! Tukul! ayuh kita tinggalkan tempat ini dengan segera..kalau lambat nanti Tuan Puteri Bunga Puspa marah pulak.". arahnya kepada rakan-rakannya itu. mereka berdua menganggukkan kepala.
"oh ya budak..sebelum tu, kalau kau nak pergi ke wilayah utara hati-hati dengan seekor haiwan padang pasir.dan jangan kau cuba mengejutkannya dari tidur,nahas kau nanti" ujarnya lagi. Kemudian dia mengorak satu senyuman pada bibirnya. Kilat tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Pendekar Mata Satu itu. Nak bertanya lagi dah tak boleh kerana kelibat mereka dah pun hilang dari pandangannya.
************
Kilat meneruskan kembali perjalanannya menuju ke wilayah Utara. Si merah yang ditunggangnya berlari laju meredah laluan kecil ditengah-tengah hutan. Pada penghujung jalan terdapat satu pekan kecil atau lebih tepat sebuah kampung. Terbeliak mata Kilat dengan apa yang disaksikannya. Api sedang marak disana sini. Habis rumah-rumah dan bangunan-bangunan terbakar hangus. Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. seperti lari dari sesuatu yang menakutkan.
Kilat turun dari si merah dan segera mendapatkan seorang wanita yang tergesa-gesa itu. ''kenapa ni makcik ? apa yang terjadi dengan kampung ni ? soalnya. ''syaitan !'' kata wanita tua itu yang kelihatan ketakutan dan cemas. Dia terus berlari meninggalkan Kilat dengan penuh persoalan dimindanya.
Pomm !!
Bushhh !!
Salah sebuah rumah yang dijilat api itu meletup kuat dan ada satu makhluk terbang keluar dari rumah tersebut. Makhluk itu menjulang tinggi kelangit dan melakukan beberapa balik kuang diudara kemudian dia mendarat tidak jauh dari Kilat berdiri.
''hahaha !! kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan hendak diduga !'' katanya angkuh. Ditangannya digenggam satu benda berbentuk bulat dan berambut. Terkejut Kilat melihatnya.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha