Berpuluh batu dari Gunung Tengkorak dan didalam hutan,kelihatan dua bujur tubuh tersadai ditebing sungai. Mereka kelihatan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh orang kampung yang kebetulan berada disitu. Mereka mengangkat dan membawanya ke kampung mereka yang terletak tidak jauh dari situ.
Puspa tersedar dari pengsannya dan terkejut melihat sekelilingnya yang penuh dengan perabot-perabot mahal. Setiap perabot terukir dengan lambang sebatang tongkat. Dia tersentak melihat Kilat yang berbalut pada tubuhnya terbaring disebelahnya. Dia pun bangkit dari situ dan menuju kepintu keluar. Matanya terbeliak melihat kawasan luar rumah yang penuh dengan pokok-pokok hutan.
Rumah-rumah yang terdapat disitu semuanya hampir sama. Suasana menjadi bingit apabila dia melangkah kearah tempat orang-orang kampung berkumpul atau lebih tepat sebuah pasar. Langkah Puspa terhenti. Dia tergamam melihat penduduk kampung itu yang lain dari yang lain. Tubuh badan mereka penuh dengan akar-akar pokok. [''a-apa mereka semua ni ?''] bisik Puspa didalam hati. Dadanya berdegup kencang.
''kamu dah sedar ?!'' soal seseorang dibelakangnya. Puspa tersentak dan terus berpaling kearahnya. Perempuan itu kemudian mengorak satu senyuman dibibirnya. "kat mana kami berada sekarang?" soal Puspa keliru. Matanya masih lagi melilau melihat sekelilingnya. Rumah-rumah,orang-orang berakar pokok,pokok-pokok hutan dan langit semuanya dilihat dengan penuh hairan. Badan perempuan didepannya juga diteliti dari setiap sudut.
Perempuan itu tersenyum melihat kelakuan Puspa."kamu sekarang berada di Kampung Pokok Rotan di wilayah Barat..namaku Padi..jom aku bawa kamu berjumpa dengan ratu kami.." kata Padi sambil menghulurkan tangannya. Puspa tersetak. "wi-wilayah Barat?? Tapi..Ba-bagaimana?". Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku kepadanya.
"jangan bimbang..selagi kamu bersama kami,kamu berdua akan selamat..mari!" ujar Padi. Puspa menarik nafas sedalamnya. Dia sebenarnya masih lagi keliru dengan apa yang terjadi. Kali terakhir yang dia ingat adalah ketika dia dibelit dengan tali oleh patung emas itu kemudian pandangannya menjadi gelap dan apabila tersedar dia berada didalam sebuah rumah kayu.
Puspa dibawa oleh Padi kesebuah istana yang diperbuat daripada akar-akar dan rotan-rotan pokok. Walaupun diperbuat daripada benda-benda itu senibina istana itu masih lagi kelihatan sungguh menawan dan cantik sekali. susun atur didalam istana itu pun cukup rapi dan bersih. Mata Puspa bercahaya melihatnya. Tidak pernah lagi dia melihat sebuah istana secantik ini.
Sebuah pintu besar dan tinggi kemudian dibuka dari luar oleh dua orang pengawal istana. Masing-masing kelihatan gagah perkasa. Apabila mereka melangkah masuk Puspa tersentak. Kiri kanannya penuh dengan pokok-pokok hutan yang besar lagi rimbun. Suasana didalamnya tidak ubah seperti berada didalam hutan tebal. Bunyi-bunyi burung berkicau jelas kedengaran.
"tuanku..patik persembahkan salah seorang tetamu kita itu.." ujar Padi kepada Ratunya yang berselimut dengan daun pokok yang besar dan hanya menampakkan dua biji matanya sahaja.
"ampun tuanku.." ucap Puspa sambil menundukkan kepalanya. Ratu itu menganggukkan kepala. " padi..kamu boleh pergi sekarang.." kata Ratu itu dengan lemah lembut namun terselindung sifat tegasnya disebalik suaranya itu.
"Maaf..nama beta Flora..rakyat beta panggil beta Ratu Flora..boleh beta tahu macammana kamu boleh tersadai ditebing sungai Darah itu? dan siapa kamu yang sebenarnya?" soal Ratu Flora yang masih lagi tidak berganjak dari singgahsananya itu.
"ampun tuanku,nama patik Puspa..tapi patik tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana patik telah pengsan sejak didalam Gunung Tengkorak lagi..ampun tuanku" ujar Puspa yang kelihatan masih lagi bingung dengan apa yang berlaku kepadanya. Ratu Flora menganggukkan kepala. "tidak mengapa..beta tahu kamu berdua bukannya orang jahat..".Kemudian dia pun berdiri dan menanggalkan daun pokok yang menyaluti tubuhnya itu.
Terkejut Puspa melihatkan tubuh Ratu Flora yang sebenarnya. Tubuhnya dari pusat sampai ke kaki penuh dengan akar-akar pokok yang menjalar. Kedua-dua belah tangannya juga dilingkari dengan rotan-rotan yang besarnya sebesar lengan. Rambutnya pula ditumbuhi dengan akar-akar pokok yang kecil. Tetapi wajahnya sangat cantik dan putih berseri. Anak matanya yang berwarna hijau itu menambahkan lagi kecantikkan pada wajahnya itu.
Namun Puspa sedikit malu apabila melihat buah dada Ratu Flora yang hanya ditutupi dengan akar kayu saja. Merah padam muka Puspa ketika itu. Tetapi apa yang menarik perhatian Puspa adalah senjata yang dipegang oleh Ratu Flora itu. Sebilah tongkat dan ada bebola hijau pada hujungnya. Warna hijau kelihatan terpancar daripadanya.
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha