Bab 40 - Kuasa Ajaib Tongkat Zafron.

166 15 0
                                    

Selepas Ratu Flora di tewaskan oleh Puaka Ganas dan terpelanting melanggar pokok-pokok dibelakangnya,Ratu Flora pun bangkit dari jatuhnya. Kecederaan yang dialaminya sebentar tadi kelihatan sudah pulih sepenuhnya. Sementara itu Tongkat Zafron kelihatan bercahaya dengan warna hijau. ["nasib baik aku mempunyai Tongkat ajaib ini,jika tidak nyawaku sudah tentu dicabutnya!"] bisik Ratu Flora.

Kilat tergamam melihat keadaan Ratu Flora yang telah sembuh dengan sekelip mata itu. "kalau kau nak tahu itulah kuasa sebenar Tongkat Zafron itu..ia mampu menyembuhkan segala penyakit dengan kuasa ajaibnya.." ujar Padi. Kilat dan Puspa kagum mendengarnya. ["oh! Begitu..hehe walauapa cara sekalipun,Tongkat Zafron itu akanku rampas!"] bisik Harimau Waja sendirian apabila dia mendengar percakapan dari Padi itu selepas dia mengaktifkan kuasa dalamannya untuk mendengar dari jauh..

Selepas mengatur kembali pernafasannya,Ratu Flora pun menyerang kembali Puaka Ganas dengan menembakkan cahaya kilat dari Tongkat Zafronnya. Lantas kilat berwarna hijau dan kuning pun meluncur laju kearah Puaka Ganas. Namun Puaka Ganas sempat memutarkan Belatan Mautnya dengan sepantas kilat. Kilat yang ditembak oleh Ratu Flora melantun kemerata tempat dan mengenai segala apa yang ada berhampirannya. Penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri lantas disambar dan terbunuh. Begitu juga dengan pengikut-pengikut Puaka Ganas. Mereka yang tidak sempat mengelak habis terbunuh dan cedera. Kilat sempat mengaktifkan kuasa dalamannya untuk menghalang kilat-kilat itu dari mengenai dia dan juga Puspa yang telah berlindung dibelakangnya.

Harimau waja juga tidak terlepas dari terkena kilat-kilat berkenaan namun kilat itu telah terpantul apabila mengenai jurus perisai yang telah diaktifkannya. ["dasyatnya! Nyaris-nyaris aku ditembaknya!'] bisiknya didalam hati. Melihat jurusnya dipatahkan,Ratu Flora pun melompat dan menyerang Puaka Ganas dari atas pula. "cis! Jangan harap kau dapat kalahkan aku dengan hikmat kau yang tidak seberapa ini!" laung Puaka Ganas. Dia pun menyerang Ratu Flora dengan melakukan beberapa paluan kearahnya. Tongkat Zafron dan Belatan Maut pun bertembung menghasilkan satu dentuman yang memekakkan telinga.

Kedua-dua jaguh yang setanding itu pun terpelanting kebelakang. Darah kelihatan bercucuran dari mulut-mulut mereka. Namun kecederaan Ratu Flora tidak seteruk Puaka ganas kerana Tongkat Zafron ditangannya itu. manakala Puaka Ganas kelihatan termuntah darah. Kedua-dua belah tangannya sudah pecah dan berdarah. Cahaya dari Belatan Maut pula semakin malap seolah-olah sudah kehabisan kuasa. ["jahanam! Kecederaan dalamanku semakin parah! Kalau diteruskan besar kemungkinannya aku akan dikalahkan,sebelum itu berlaku lebih baik aku angkat kaki dengan segera."] bisik Puaka Ganas didalam hati. "ayuh semua! Kita tinggalkan tempat ini dengan segera!" laung Puaka Ganas kepada pengikut-pengikutnya. Mereka pun meninggalkan tempat itu tergesa-gesa.

Padahal kecederaan Ratu Flora juga agak teruk kerana aura dari Tongkat Zafron itu pun sudah malap. Dia pun termuntah darah dan jatuh berlutut diatas tanah. Kilat,Puspa dan Padi pun segera berlari mendapatkan Ratu Flora dengan segera. Ratu Flora yang sudah dicederakan akhirnya telah kembali kebentuk asalnya. Namun dengan tiba-tiba satu suara pun berkumandang diudara."hahahah!! Serahkan Tongkat Zafron itu kepada aku jika kalian sayangkan nyawa!". Kilat,Puspa,Padi dan Ratu Flora tersentak mendengar suara itu. satu lembaga pun jatuh dari langit dan berdiri didepan mereka. Lembaga itu adalah Harimau Waja. Memang betul kata orang-orang tua,malang tidak datang tunggal. Selepas diserang oleh Puaka Ganas dan pengikut-pengikutnya,kini mereka berdepan pula dengan Harimau Waja yang sangat jahat itu.

********

Kita kembali kepada Rama-rama dan kedua pengikutnya yang telah ditangkap oleh konco-konca dari Perikatan Dunia Hitam. Selepas Tuan besi dan Tuan Keluli dimasukkan kedalam penjara,Rama-rama pun dibawa oleh Kepala Gila kedalam bilik persendirian Raja Singa Gangsa. Rama-rama sudah takut setengah mati apabila mendapati suasana didalam bilik itu penuh dengan tulang-tulang putih. Terdapat satu mayat reput yang telah dibogelkan diikat pada tiang. Seram Rama-rama melihatnya. Peluh mencurah-curah membasahi dahinya.

"itu adalah mayat seorang gundik dari Negeri Maying tapi kau jangan risau sebab kau tidak akan aku lakukan seperti dia..." Kata satu suara yang tiba-tiba memecahkan kesunyian. Rama-rama tersentak. Kemudian tuan punya suara itu pun keluar dari tempat persembunyiannya. Lelaki yang tidak berbaju dan bertubuh tegap dan berbulu itu adalah Raja Singa Gangsa yang nampaknya sudah siap sedia untuk menjalankan rancangan jahatnya itu.

Apakah yang akan terjadi kepada Rama-rama? Adakah dia akan diperkosa oleh Raja Singa Gangsa?

Harimau Waja sudah menunjukkan mukanya,adakah dia dapat merebut Tongkat Zafron dari tangan Ratu Flora? Nampaknya pertarungan diantara Harimau Waja dan Ratu Flora sudah tidak dapat dielakkan lagi. Nantikan dalam bab yang seterusnya yang bertajuk 'Perasaan Menjadi Senjata.'

KILATWhere stories live. Discover now