<<<<<<<
Selepas bergelut dengan syaitan yang menyerupai ibunya,Raja Pawaka pun terus berlalu dari situ dengan memasukki sebuah lorong disebelah kanannya. Lorong itu sedikit panjang dan agak luas. Pada dinding lorong itu dilengkapi dengan obor-obor yang masih menyala. Tiba-tiba sebatang anak panah yang datang entah dari mana meluncur laju kearahnya. mujur dia sempat menepisnya dengan golok yang digenggamnya itu.
Dia melihat anak panah yang tercacak pada tanah itu mula menghakis lantai dan tenggelam kedalam perut bumi. Tersentak Raja Pawaka menyaksikannya. Kemudian beberapa batang anak panah terus ditembak kearahnya bertubi-tubi. Ibarat hujan yang menimpa bumi. Begitulah bilangan anak panah itu.
Raja Pawaka melibas-libas goloknya dan berjaya mengesampingkan anak –anah panah itu. namun terdapat beberapa batang anak-anak panah itu tercucuk pada badannya. Dia cemas kerana dia sedar anak-anak panah itu semuanya telah disaluti dengan racun yang sangat berbahaya. Cepat-cepat dia mengaktifkan kuasa dalamannya. Kemudian anak-anak panah itu pun tercabut dengan sendiri.
Namun kesakitan tetap dirasainya. belum sempat dia menarik nafas lega,tanah pada tempat dia berpijak tiba-tiba runtuh. Raja Pawaka yang tidak sempat berpaut terus terjatuh kebawah bersama-sama dengan tanah-tanah dan batu.
Raja Pawaka tersentak melihat larva yang berbuih berada dibawahnya. Sudah jatuh ditimpa tangga,itulah gambaran yang boleh dikatakan kepada Raja Pawaka itu. Dia terjatuh kedalam larva yang panas mendidih itu dengan begitu saja. Raja Pawaka meraung kesakitan yang amat sangat. "jahanam! Aku tidak boleh mati katak seperti ini!" laung Raja pawaka.
Dia pun mengaktifkan aura api dengan goloknya untuk mengesampingkan larva-larva itu ketepi. Aura api yang diaktfikannya pun membentuk satu bebola dan memerangkap Raja Pawaka didalamnya. Bebola api Raja Pawaka pun terus tenggelam kedasarnya dan menuju kearah sebuah kolam air yang terdapat pada dasar Gunung Tengkorak itu.
Memang lumrah alam,api lawannya air. Bebola api ciptaan Raja Pawaka pun terus terpadam. Dia yang sudah nyawa-nyawa ikan pun tenggelam ke dalam kolam air itu. Arus kuat kolam itu pun membawanya pergi kearah sebuah lubang. Beberapa minit kemudian Raja Pawaka terdampar di tebing sungai yang terdapat didalam gunung tengkorak itu. Dia yang lemah terus tidak sedarkan diri.
Apabila dia tersedar dari pengsan dia mendapati dirinya sedang dirantai pada sebatang kayu. Dibawahnya pula terdapat unggun api yang sedang marak. Suara-suara menyanyi bergema keseluruh kawasan. Bahasa yang dinyanyikan itu langsung tidak difahaminya.
Mata Raja Pawaka terbeliak melihat lembaga-lembaga yang sedang berlari sambil melompat dan menyanyi mengelilinginya itu. Satu makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Makhluk-makhluk itu tidak berotot,tidak berisi dengan daging-daging dan langsung tidak berpakaian. Badan mereka hanya tinggal tulang semata-mata. Senang cerita mereka itu sebenarnya adalah Rangka Manusia yang masih hidup !.
''han-hantu ?!'' bisik Raja Pawaka sendirian. Dia kelihatan cemas dan panik. Namun didengari oleh ketua Makhluk bertulang itu. Segera nyanyian mereka terhenti dan suasana menjadi sunyi. Hanya bunyi api membakar kayu saja yang kedengaran. Ketua makhluk itu pun berjalan menghampiri Raja Pawaka.
''kami bukan hantu..tetapi kami sebenarnya manusia sama seperti kamu ! Cuma yang membezakan kami adalah rupa paras kami saja. Kami merupakan pengikut setia Harimau Waja dan akan hidup selagi mantera yang dipasang olehnya itu masih aktif.'' terang Ketua Makhluk itu panjang lebar. Raja Pawaka tidak bersuara. Pandangannya dialih pada Goloknya yang digenggam pada tangan Ketua Makhluk bertulang itu.
''habis tu kenapa aku kau ikat ?'' soal Raja Pawaka.
''kami nak makan daging pada badan kau itu..hhehe'' ujar Ketua Makhluk itu. Gigi-gigi taring mula kelihatan pada mulutnya. Rakan-rakannya yang lain mengorak senyuman dan ketawa kecil. Raja Pawaka tersentak mendengarnya. Tiba-tiba Raja Pawaka ketawa kuat. ''hahahaha !! nampaknya kau belum kenal lagi siapa aku yang sebenarnya.larva gunung ini pun tak mampu membakar aku,inikan pula api sekecil ini !''
sejurus selepas itu aura api pun mula keluar dari badannya. Rantai besi yang mengikat tubuhnya segera dibakar oleh aura api yang panas membara itu dan berjaya diputuskan. Golok pada tangan ketua makhluk itu pun bergegar dengan sendiri dan terlepas dari genggamannya dan meluncur laju kearah Raja Pawaka yang kelihatan sedang berdiri gagah. Ketua Makhluk dan rakan-rakannya terkejut dan berasa takut.
Mereka pun segera melarikan diri. "hehehe..mana kau nak lari,hah!?" kata Raja Pawaka. Golok ditangannnya pun dihayung kearah mereka. Lantas aura api menerpa kearah mereka dan membakarnya sehingga menjadi abu. "bodoh! Badan tinggal tulang ada hati nak makan aku!" makinya lantang. Dia pun segera meninggalkan tempat itu dengan segera dan meluncur kearah tempat tersimpannya Golok Naga itu. Namun Raja Pawaka tidak sedar abu-abu makhluk bertulang itu kembali bercantum dan menjadi rangka-rangka hidup semula. Mata mereka kelihatan bersinar-sinar ganas. Mereka pun bergerak kearah Raja Pawaka lalui sebentar tadi.
Berbalik pula kepada Raja Ganas dan pengikutnya. Selepas mereka masuk kedalam lorong disebelah kiri,mereka bertemu pula dengan sekawan serigala jadian yang ketika itu dalam keadaan kelaparan. Selepas kelibat Raja Ganas dan pengikutnya disedari oleh Serigala Jadian itu,mereka bertiga pun diserang dengan secara tergempar.
Mereka bertiga tidak sempat untuk membela diri malah tubuh Raja Ganas dicakar dan dikelar mereka dengan kukunya yang tajam. Siluman Kelawar cuba terbang keudara namun sebelah sayapnya dicengkam kuat dan terus dipatahkan mereka. Libasan kuku serigala jadian itu pula tepat mengenai sebelah mata siluman singa dan berjaya dibutakan. Meraung-raung siluman Singa dan Siluman Kelawar kesakitan.
Melihat rakan-rakannya diperlakukan sebegitu,siluman ular pun segera membantu mereka namun hajat hati nak memeluk gunung tapi sayang tangan tak sampai kerana sebelah tangannya pula digigit oleh serigala jadian itu. siluman ular meronta-ronta minta dilepaskan namun gigitan yang kuat itu telah memutuskan lengannya itu. darah pun memercik kearah dinding dan lantai. Kesakitan yang dideritai oleh siluman ular tidak dapat dikatakan lagi. Dia pun meraung-raung kuat.
Menyedari keadaan itu Raja Ganas pun segera mengheret pengikut-pengikutnya itu dan melarikan diri dan meninggalkan tempat itu dengan segera. Kepantasan yang dipertunjukkan oleh Raja Ganas itu langsung tidak dapat dikejar oleh serigala jadian. Akhirnya mereka terselamat dari bahaya dan dapat mengelak dari kecederaan yang lebih serius ataupun kecederaan yang boleh membawa maut itu.
>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
KILAT
Fantasysebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha