Bab 38

159 13 1
                                    

Dalam pada itu,di sebuah hutan di Lembah Hantu di Wilayah Barat. Kelihatan banyak mayat-mayat serigala jadian dan rangka-rangka manusia bergelimpangan diatas tanah. pokok-pokok yang terdapat disitu semuanya patah dan terbakar. Seorang lelaki kemudian keluar dari rumah usang berkenaan. Lelaki itu memakai pakaian zirah dan bertopeng emas. Pada belakang baju zirahnya terdapat sehelai mantel berwarna merah dan terikat satu senjata yang dibungkus dengan kain putih. Rambutnya yang berapi dan berwarna merah itu membuatkan dirinya kelihatan sungguh gagah perkasa. Dia ialah Harimau Waja. Nampaknya kecederaannya sudah pulih seratus peratus sekarang.

["kasihan mereka semua ini telah menjadi mangsa dalam peperangan aku dengan lelaki itu tadi..tapi nak buat macammana dah ajal diorang..hehe"] bisiknya didalam hati. Dia pun terbang meninggalkan tempat itu dengan segera. Aura dalaman yang diaktifkannya membolehkan dia meluncur laju,terbang menyusuri pokok-pokok hutan berkenaan.

Golok dibelakangnya kelihatan bergetar kuat. Namun dia sempat mengawalnya dengan kuasa dalamannya yang dipindah kepada Goloknya itu.["Hebatnya aura syaitan ini..nampaknya sesuatu telah terjadi dikawasan terdekat..eh! aura hijau ini! nampaknya bukan satu tapi dua senjata ajaib yang telah muncul..bagus!"] bisiknya sendirian sambil mengorak senyum kambing pada mulutnya disebalik topengnya itu.

**********

Suasana bertukar menjadi hening sehening heningnya. Masing-masing memakukan pandangan sesama sendiri. "serahkan 'Cahaya Abadi' itu kepada aku sekarang jika kau tidak mahu melihat orang-orang kau mati!" ugut Puaka Ganas dengan tiba-tiba. "heh! Jika kau nak datanglah kesini mengambilnya." Kata Ratu Flora. Ratu Flora pun mengaktifkan Tongkat Zafron ditangannya lantas Tongkat Zafron itu pun mengeluarkan cahaya hijau. Cahaya hijau yang bersinar terang itu pun meresap masuk kedalam tubuhnya.

Sebaik sahaja cahaya hijau itu pudar dan hilang. Masing-masing terpaku dan tergamam melihat tubuh badan Ratu Flora yang telah berubah seratus peratus. Dia kini telah berubah menjadi seorang wanita yang sempurna. Rambutnya berwarna hijau. Keempat-empat keratnya juga telah menjadi seperti manusia biasa. Rupa parasnya putih kehijau-hijauan. ["ra-ratu Flora.."] bisik Padi. Mulutnya ternganga luas.

"ayuh!" ucap Ratu Flora selepas membuka matanya. Berang dengan apa yang dilakukan oleh Ratu Flora itu,Puaka Ganas pun tidak teragak-agak untuk menyerangnya. Belatan Maut ditangannya pun dipalu kearah Ratu Flora. Serangan laju yang dilancarkan oleh Puaka Ganas itu dihadang oleh Ratu Flora dengan Tongkat Zafronnya. Tongkat Zafron pun berlaga dengan Belatan Maut membuatkan masing-masing terpelanting kebelakang seperti pucuk dilancar.

Darah kelihatan bercucuran pada kedua-dua mulut mereka. Selepas mengatur kembali langkahnya,Puaka Ganas terus memesatkan lagi paluan Belatan Mautnya dengan jurus Paluan Seribu Penyesalan yang diaktifkannya. Lantas beribu-ribu imej Belatan Maut pun terbentuk. Ratu Flora kelam kabut diperlakukannya. Nampaknya serangan yang dilakukan olah Puaka Ganas berhasil kerana beberapa paluan telah Berjaya mengenai tubuh Ratu Flora. Ratu Flora yang telah dicederakan itu pun terpelanting melanggar sebatang pokok dibelakangnya dan jatuh tergolek diatas tanah.

Kilat,Puspa,Padi dan penduduk kampung terkejut melihat Ratu Flora telah dikalahkan. Kilat cuba membantu tetapi telah dihalang oleh Padi. "jangan! Biarkan Ratu Flora sendiri mengalahkan Puaka itu!" ujar Padi dengan serius. Kilat teragak-agak namun terpaksa juga dia membatukan diri. Namun hatinya lebih kusut dari benang yang dilanda ayam.

["wah! Bukan main hebat lagi si banjigan itu..eh! budak mentah itu pun ada? Tidak mengapa..aku harus bersabar dahulu,mereka itu akan menjadi kata pepatah menang jadi arang kalah jadi abu selepas itu barulah aku menanguk di air yang keruh untuk merampas Belatan Maut dan juga senjata yang dikenali sebagai Tongkat Zafron itu..hehe"] bisik Harimau Waja yang dari tadi menyaksikan pertarungan itu diatas tebing tinggi tidak jauh dari situ.

KILATWhere stories live. Discover now