Bab 19

179 16 0
                                    

Kilat perasan dibelakang patung-patung itu terdapat banyak lubang-lubang gelap yang agak besar. Beberapa minit kemudian Raja Ganas dan pengikutnya dan kumpulan dari dunia pahlawan yang lain mula masuk kedalam kawasan itu melalui lubang berlainan. Mereka semua kelihatan sudah cedera parah dan berdarah disana sini. Begitu juga dengan Raja Ganas. Dibadannya penuh dengan luka dan kelaran. Sebelah sayap siluman kelawar pula sudah patah. Mata kiri siluman singa sudah buta dan sebelah tangan siluman ular pula sudah putus.

["apa yang telah terjadi pada mereka semua?"] bisik Kilat hairan. Puspa menjungkit bahu. Beberapa minit selepas itu seorang wanita bersama-sama dengan bodyguardnya masuk kedalam kawasan itu pula. Wanita berambut oren,berwajah putih dan berpakaian agak seksi itu kelihatan sedang menggalas beg kulit dibelakangnya.

Melihatkan penampilannya yang berbeza itu ternyata dia berasal dari wilayah barat. Kedua orang kanannya bertopi koboi dan berpakaian kulit. Dipinggang mereka diselit dengan cameti.

"cis! Benci aku melihat orang dari wilayah barat ini.mereka semuanya sama saja berpakaian tidak kenal tempat.phuii!!" sindir Raja Ganas lantang. Wanita itu mengorakkan senyuman dibibirnya walaupun dia dengar apa yang dikatakan oleh Raja Ganas itu. kedua orang kanannya cuba bertindak namun dihalang oleh wanita itu

Kilat hairan melihat mereka bertiga itu yang langsung tidak tercedera berbeza dengan Raja Ganas dan pengikutnya yang sudah cedera parah itu. "woi! betina sundal! Macammana kau boleh masuk kesini?" soal Raja Ganas marah. Marah kerana hanya mereka sahaja yang tercedera teruk.

"hehehe..sebab aku ada benda ini.benda ini yang melindungi kami dari terkena serangan-serangan dari formasi-formasi yang dipasang oleh Harimau Waja itu." ujar wanita itu sambil membawa beg yang disandangnya kedepan.

Raja Ganas tersentak. "apa benda itu?" soalnya hairan.

"ini senjata ajaib kepunyaan Perikatan Keramat Api! Senjata dari mutiara Raja Syaitan! Cermin Syaitan namanya.'' Kilat,Puspa dan Raja Ganas tersentak mendengarnya. Senjata itu pernah didengari mereka suatu ketika dahulu. Senjata itu mampu membuatkan orang yang menggunakannya boleh menjadi halimunan dan tidak dapat dikesan orang.

''Maaf saudari..boleh aku tahu macammana Cermin Syaitan boleh berada pada tangan Perikatan Keramat Api ? dan boleh aku tahu siapa namamu dan apa kaitan kamu dengan Perikatan Keramat Api itu ?'' soal Kilat.

''hehehe..nama aku Rama-rama..aku merupakan adik kandung kepada Ketua Perikatan Keramat Api ! senjata ajaib ini sudah lama berada di Perikatan kami. Sejak dari kemunculannya lagi.ini kali pertama aku membawanya keluar bersamaku..'' terang Rama-rama. [''aduh ! kenapalah cik Rama-rama ini terlalu lurus..senang-senang bagitahu orang tentang dirinya yang sebenar..''] bisik salah seorang orang kanannya didalam hati.

["cis! Cilaka Perikatan Keramat api! Dihantarnya betina sundal kesini untuk merampas Golok Naga dari tangan aku. Tidak! Aku tidak akan benarkannya terjadi. Dengan apa cara sekalipun Golok Naga itu mesti aku dapatkannya..aku perlu melakukan sesuatu agar budak mentah itu dan betina sundal itu bertelingkah sesama sendiri selepas itu barulah aku menanguk diair yang keruh untuk merampas Cermin Syaitan itu dari tangannya hehe."] bisik Raja Ganas sendirian.


KILATWhere stories live. Discover now