"Kau ni ke Zulaika?" Soal Tengku Afran sambil memandang gadis itu dari atas ke bawah.
Ini ke pilihan ayahnya itu?! Gila apa taste ayahnya itu. Perempuan gemuk ni nak dijadikan isteri memang dia tak naklah! Kalau orang ramai tengok mesti dia yang paling malu. Dia kacak macam tu boleh jatuh cinta dengan perempuan gemuk?! Memang luar biasa!
"Ya, saya Zulaika dan awak ni mesti Tengku Afran, my future husband..." Zulaika memperkenalkan dirinya namun matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Dipandang Tengku Afran dari bawah ke atas.
Kacak juga lelaki ini! Dengan jambang yang tersimpan kemas itu membuatkan dia tampak berkarisma seperti penyanyi terkenal Zayn Malik tu! Mata yang menawan dan bibir merah merekah itu mampu membuat perempuan di situ jatuh cinta dengannya. Hati Zulaika mula berbunga-bunga.
"Hey, aku tak kata pun nak kahwin dengan kau! Jangan nak berangan pulak kau nak jadi isteri aku. Bakal isteri aku nanti bukan macam kau, gemuk! Lepas tu lemak berlipat-lipat. Geli aku nak tengok!" Kata Tengku Afran cuba meluahkan rasa tidak puas hatinya pada gadis itu.
"Awak suka ke tak suka ke bukan masalah saya. Saya jumpa awak ni nak bagitau saya bersetuju nak kahwin dengan awak sebab saya nak tengok orang tua saya gembira. Restu orang tua tu adalah resepi keluarga bahagia...."
"Kau gila ke apa?! Aku kata aku tak cinta kau! Boleh tak kau jangan nak jadi pak turut mendengar kata parents kau tu! Kau dah besar kau ada hak untuk cari kebahagiaan yang kau nak!" Ujar Tengku Afran cuba menasihatkan gadis itu yang tidak faham bahasa.
"Tengku Afran, saya ni manusia jugak. Saya buat begini sebab saya nak tengok parents saya tu gembira. Saya cuma menjalankan tugas saya sebagai seorang anak yang mendengar kata..."
"Dah habis dah?"
"Dah! Kalau macam tu saya balik dulu!" Balas Zulaika seraya bangun.
"Hei, minuman kau tu siapa nak bayar?" Soal Tengku Afran.
"Awaklah yang bayar! Banyak duitkan..." perli Zulaika dengan sakit hati lalu cepat beredar dari situ.
Tengku Afran merengus kasar. Habis meja ditumbuk dengan marahnya. Kenapa Zulaika yang menjadi pilihan orang tuanya?!
🌼 🌼 🌼 🌼
Dato Aydan termenung panjang. Makanan di hadapannya dipandang lama. Apa yang merungsingkan hatinya adalah Tengku Afran. Tadi petang, dia menelefon anaknya itu supaya bertemu dengan menantu pilihannya itu. Dia cuma nak Tengku Afran mengenali Zulaika lebih mendalam lagi. Tapi entah tiba-tiba dia rasa gusar.
"Abang, kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Tegur Datin Rapiah bila terpandangkan suaminya itu belum makan lagi.
Dato Aydan senyum tawar lalu memulakan suapan. Dipaksakan mulutnya mengunyah walaupun seleranya hilang entah ke mana. Hati isterinya patut dijaga. Nanti panjanglah rajuknya!
Selesai makan, Dato Aydan terus beredar menuju ke ruang tamu. Manakala Datin Rapiah menyibukkan dirinya di dapur membantu Mak Mah.
"Tak payahlah buat semua tu, datin...Ni kan kerja saya," tegur Mak Mah begitu segan bila majikannya itu selalu menolongnya membersih di dapur itu.
"Baiklah...Kali ni saya mengalah tapi esok saya tetap akan tolong awak, Mah. Maklumlah semua ni tanggungjawab saya. Oh ya jangan lupa buatkan air kopi untuk Dato ye..." pesan Datin Rapiah sebelum berlalu pergi ke ruang tamu.
Di ruang tamu, Datin Rapiah melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu. Suaminya begitu khusyuk membaca suratkhabar. Memang pelik suaminya malam itu tidak banyak bunyi. Selalunya mulut suaminya itulah yang bising membebel.
"Abang, abang okey ke? Kenapa abang diam malam ni?" Tanya Datin Rapiah dengan hatinya yang turut dilanda bimbang.
Dato Aydan terhenti. Tangannya meletakkan suratkhabar itu di atas meja lalu pandangannya dihalakan pada isterinya. Dia menghela nafas yang panjang.
"Pasal Afran ke abang macam ni?" Teka Datin Rapiah yang mula mengerti kenapa suaminya itu berkeadaan seperti itu.
"Anak Piah tu selalu buat abang rungsing je...entah apa dah dia buat dekat Ika tu. Sampai sekarang dia tak telefon abang. Abang takut dia sakitkan hati Ika..." jelas Dato Aydan dengan nada lemah.
"Pasal tu ke?! Ala abang ni macam tak tahu perangai Afran tu! Memang pertemuan pertama kali menyakitkan hati tapi dah kahwin nanti mereka tak akan macam tu," pujuk Datin Rapiah dengan senyuman senang sambil melihat pada suaminya.
"Masalahnya kenapa dia tak telefon lagi? Cuba Piah telefon anak Piah tu!"
"Eleh, abang ni...anak Piah anak abang jugak!" Datin Rapiah cepat memperbetulkan kata suaminya tadi sebelum dia mencapai telefonnya. Nombor Tengku Afran dicari lalu ditelefon. Lama juga tidak diangkat. Mungkin anaknya itu sibuk...
"Waalaikumussalam, mama...ada apa telefon Afran malam-malam ni?" Soal Tengku Afran sebaik dia menjawab salam ibunya itu. Intonasi suaranya seperti orang lepas bangun tidur. Suara kedengaran serak.
"Dah sembahyang ke tak ni?" Soal Datin Rapiah begitu tegas. Bila dia menoleh pada jam di dinding, dia mula khuatir kalau anaknya itu belum sembahyang lagi.
"Apa mama ni telefon nak tanya orang dah sembahyang ke tak...nantilah Afran sembahyang lagipun azan Isyak kan masih panjang masanya," bebel Tengku Afran tidak peduli dengan siapa dia bercakap sekarang.
"Ya Allah, bertuah punya anak! Afran pergi sembahyang sekarang jugak. Ingat tu sembahyang tu jangan dilambat-lambatkan bila dah masuk waktunya. Allah tak suka orang seperti itu...mama ceramah ni bukan nak marah Afran tapi mama nak Afran sedar sembahyang tu tiang agama kita so kita kena kerja perintah Allah itu,"
"Ni mama telefon bukan nak tanya pasal sembahyang je kan...cepat, Afran nak sembahyang lagi ni. Mama kan cakap tak boleh melambat-lambat waktu sembahyang..." kata Tengku Afran seakan memerli ibunya itu. Datin Rapiah menahan geram. Pandai pula anaknya itu nak kenakan dia semula.
"Baguslah kalau dah sedar! Ni mama nak tanya tadi ada jumpa dengan Ika tak?" Soal Datin Rapiah sambil matanya memerhati Dato Aydan yang tengan mencuri dengar perbualan mereka. Tentu suaminya itu tidak sabar mahu mengetahui.
"Ada! Kenapa mama tanya?" Soal Tengku Afran dengan malas.
"Aik, tu je ke?! Selalunya kalau orang blind date ni lepas jumpa je terus suka. Ni kenapa pulak?"
"Apa yang nak sukanya orang gemuk macam tu?! Ayah dengan mama ni masih waras ke? Takkan mama dengan ayah nak kahwinkan Afran dengan orang gemuk yang tak sedar diri tu?"
"Mulut tu jaga sikit, Afran. Orang yang kamu kata gemuk tu nanti jadi isteri kamu jugak. Ika tu mama tengok semuanya serba serbi sempurna je! Kalau Afran cakap dia gemuk, mama tengok taklah gemuk macam dalam cerita 200 Pounds beauty tu!" Datin Rapiah senyum bila anaknya diam membisu.
Diam.
"Afran nak pergi sembahyang. Bye, mama!" Pandai betul anak terunanya itu nak lari dari perbincangan mereka itu.
Datin Rapiah mengelengkan kepalanya sambil memandang telefon di tangannya. Anak bertuah sangat! Dato Aydan memandangnya pelik.
"Anak abang tak suka dengan bakal menantu kita tu!" Beritahu Datin Rapiah begitu jujur pada suaminya itu.
Dato Aydan terus geleng perlahan. Pantas dia mencapai suratkhabar di atas meja itu. Datin Rapiah pula menonton rancangan di TV. Dia tahu suaminya itu terluka dan dia juga rasa kecewa bila Tengku Afran tidak dapat menerima calon menantu mereka itu.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...