"Shira!" Panggil Tengku Afran lagi.
Shira mempercepatkan langkah kakinya menuju ke tempat parkir kereta. Kunci kereta cepat dikeluarkan dari beg tangannya. Dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu lagi. Hatinya betul-betul kecewa.
"Shira, saya tak cintakan dia!" Jerit Tengku Afran lagi.
Shira mencebik lalu pantas membuka pintu tempat pemandu lalu meloloskan diri dalam kereta itu. Pintu ditutup lalu dikunci dari dalam. Enjin kereta cepat dihidupkan. Dia sedaya-upaya tidak mahu memandang wajah lelaki itu lagi. Ketukan di cermin keretanya tidak dihiraukan. Untuk apa dia mengingati lelaki itu sedangkan lelaki itu telah berkahwin dengan orang lain.
Pantas dia melepaskan brek lalu bergerak beredar dari kawasan itu. Bayang Tengku Afran tidak kelihatan lagi di cermin sisi keretanya itu. Tidak semena air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Tangisan yang cuba ditahannya tadi kini terlerai. Dadanya terasa sakit sekali.
Dia tidak menyangka akan terserempak dengan Tengku Afran di kompleks beli-belah itu. Dahlah kelmarin dia memerhati dari jauh hari persandingan lelaki itu bersama isterinya itu. Malang sungguh hatinya mencintai orang yang hanya untuk mempermainkan hatinya.
"Saya benci awak, Afran!" Jerit Shira sekuat hatinya bersama genggaman erat pada stereng keretanya.
Shira menangis lagi. Iphone 6 nya turut berbunyi tanpa henti. Dia tahu Tengku Afran menelefonnya tapi panggilan itu dibiarkan sahaja seperti itu. Dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu. Itu tekadnya.
"Hah, ni nangis ni kenapa?" Tegur ibu Shira kebetulan terserempak di depan pintu masuk.
Shira diam sahaja. Tangan ibunya itu disalam lalu selepas itu dia bergegas masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup lalu dikunci dari dalam. Dia tidak mahu sesiapapun termasuk ibunya menganggunya hari itu. Dia hanya perlukan masa sendirian.
Tangisannya akhirnya terlepas juga. Entah dugaan apa lagi dia terima selepas penghijrahan yang dilakukannya itu. Sungguh dia hanya seorang yang lemah. Seberat mana pun dugaan yang diberikan dia cuba juga untuk mendekatkan dirinya pada Tuhan yang satu.
Di atas tikar sejadahnya itu, dia melaksanakan perintahNya. Air mata tidak pernah berhenti mengalir. Betapa dia mengharapkan belas kasihan dari Tuhannya agar diberikan ketabahan hati untuk menempuhi segala ujianNya. Selesai solatnya, dia duduk berdoa dengan linangan air mata membasahi kedua pipinya. Dia tidak pernah berhenti mengadu kepada sang penciptanya itu kerana dengan cara itu hatinya merasa sedikit lapang.
Air mata di pipi dikesat perlahan. Telekung dibuka lalu dilipat. Sejadahnya di simpan di tempat penyidai tualanya. Telekung pula di simpan di dalam almari. Langkah kakinya diatur menghampiri katilnya. Dia menghenyakkan punggungnya di hujung katilnya itu. Pandangannya dilontarkan ke hadapan.
Iphone 6 nya berbunyi lagi. Dia tahu Tengku Afran sedang menelefonnya. Dipandang sahaja Iphone 6 nya itu dengan pandangan tiada simpati. Lelaki kejam itu patut dihukum seperti mana rasa hatinya yang begitu sakit. Lantak lelaki itu nak marah ke nak menyumpah dia ke sebab tak jawab panggilan itu. Dia tak kisah semua itu.
Shira terkejut kecil bila kedengaran pintu biliknya diketuk. Dia perlahan menoleh pada pintu biliknya.
"Shira, buka pintu ni!"
Suara Puan Hajidah mula kedengaran di luar. Tangannya tidak henti mengetuk pintu biliknya itu.
"Shira! Apa yang kamu buat dalam bilik tu? Keluarlah...tak nak makan ke?"
Shira sedikit terharu dengan keprihatinan yang baru sahaja ibunya berikan. Selama ini dia menyangka Puan Hajidah itu bukan seperti ibu orang lain yang menyanyangi anak mereka. Tidak, ibunya masih ada lagi rasa sayangnya pada dirinya.
"Shira dah kenyang, mama," jawab Shira cepat. Dia tidak mahu ibunya itu risaukan tentang keadaannya.
Sunyi. Shira masih memandang pada pintu biliknya itu. Dia tidak dengar lagi ketukan di pintu biliknya itu. Mungkin ibunya sudah berlalu pergi.
"Mama, maafkan Shira sebab Shira tak mampu bimbing mama dengan ayah ke jalan yang benar. Tapi setiap doa, Shira mengharapkan Allah memberi petunjuk dan hidayah pada mama dan ayah untuk berubah," gumam Shira dengan hatinya meruntun hiba.
🌼 🌼 🌼
Tengku Afran mendengus kasar. Entah untuk berapa kalinya dia menghubungi Shira, namun langsung gadis itu tidak menjawab panggilannya itu. Semuanya gara-gara orang tuanya dan juga Zulaika!
"Abang...jom kita makan. Ika dah siap masakan untuk abang," panjang betul umurnya bila sebut namanya terus muncul.
Tengku Afran cuba menahan geram. Entah mengapa dia rasa benci sangat dengan Zulaika. Yang penting semua yang ada pada Zulaika itu, semuanya dia tidak suka tengok mahupun dengar. Di depan matanya sekarang ini Zulaika langsung tidak cantik!
"Aku tak kata nak makan dengan kau! Kalau kau nak makan, makan je lah! Tak payahlah nak ajak aku sebab aku tak hingin pun nak makan hasil dari tangan kau. Dan satu lagi jangan panggil aku abang! Aku ni bukan abang kau!" Marah Tengku Afran di depan Zulaika.
Zulaika tidak terkejut. Malah matanya berani memandang wajah suaminya itu.
"Kalau abang tak sudi pun janganlah nak hina Ika. Ika ni manusia jugak ada hati dan perasaan. Sebenci apa pun abang dekat Ika, Ika dah redha..."
Zulaika akhirnya mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Tinggal Tengku Afran di luar rumah itu. Mukanya diraup kasar.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...