Bab 34

11.2K 193 1
                                    

Sepasang mata itu memandangnya tanpa henti. Zulaika membetulkan duduknya lalu mengusai tudungnya sedikit. Mana tahulah tudungnya itu senget ke apa sampai lelaki di depannya itu leka memandangnya. Jarinya menyentuh sedikit pada bibirnya. Risau ada lipstick tercalit lebih di bawah dan tepi bibirnya itu. Tapi semuanya okey apa.

Dia pandang lelaki itu. Mata kuyu lelaki itu membuat dia tertanya-tanya.

"Johan..." panggilan pertamanya tidak berbalas.

Zulaika memanggil lagi. Kali ini tangannya mencuit sedikit pada tangan lelaki itu. Johan tersedar dengan muka tercenggangnya. Namun cepat sahaja dia meraup mukanya. Nampak sangat dia sedang bermasalah. Apa pula yang menganggu fikiran kawannya itu?

"Awak okey ke? Kalau ada masalah tu kongsilah dengan saya mana tau saya boleh bantu awak atau sekurangnya beban awak tu berkurangan bila awak dah luah dekat saya. Saya kan...kawan awak,"

Johan menongkat dagu. Pandangan matanya dilarikan ke arah sisinya.

"Kenapa ni? Ada masalah tempat kerja ke?" Gesa Zulaika, ambil berat.

"Saya tak suka tengok awak rapat dengan Tengku Afran tu...dia tu bukan baik sangat," Johan mengeluarkan segala ketidakpuasan hatinya.

Berkerut dahi Zulaika bila dengar luahan kawannya itu. Kenapa dengan Tengku Afran?

"Kenapa awak tak suka dia? Ke awak bermusuh dengan dia sebab perempuan yang awak suka tu?"

Johan senyum senget.

"Tengku Afran tu tak pernah faham perasaan seorang perempuan..."

"Kalau dia tak pernah faham perasaan perempuan, kenapa dia dah kahwin? Logiklah sikit, Johan..." pintas Zulaika lalu mencapai gelas di depannya itu lalu dihirup perlahan.

"Saya belum habis cerita lagi..." bidas Johan sambil matanya mengerling ke arah Zulaika.

Zulaika buat muka selambanya. Bukan dia tahu pun...Johan yang cakap perlahan, itulah dia bersuara.

"Sebelum ni dia ada kahwin perempuan lain..." kepala Zulaika mendongak namun dia dah tahu perkara itu. Tengku Afran sendiri yang cerita dekat dia.

"Saya dah tahu pasal tu sebab dia cerita dekat saya. Saya dengar perempuan tu menghilang. Siapa perempuan tu? Awak kenal ke?"

"Perempuan tu kawan saya," jawab Johan selamba. Zulaika terkejut sedikit. Dia tidak menyangka isteri pertama Tengku Afran itu adalah kawan pada Johan.

Zulaika semakin teruja untuk mengetahui selanjutnya. Macam menarik sahaja mendengar cerita tentang kemisterian isteri pertama Tengku Afran dan siapa sebenarnya Tengku Afran.

"Mereka dijodohkan sebab dulu Tengku Afran tu liar. Selalu bertingkah dengan ayah dia. Tapi Tengku Afran langsung tidak mencintai kawan saya tu. Kawan saya selalu luahkan perasaan dia betapa dia terluka dengan sikap Tengku Afran yang selalu menghina dirinya yang gemuk. Sebab utama Tengku Afran tidak kawan saya tu sebab bentuk fizikalnya yang besar. Sebelum dia kahwin tu, dia ada hati dekat seorang perempuan ni tapi mereka dah kahwin. Shira namanya..."

"Tapi awak tahu tak kenapa kawan awak tu tinggalkan Afran?" Soal Zulaika.

"Kalau pasal tu saya tak boleh nak ceritakan sebab itu hal peribadi dia. Tapi saya tahu dia menghilang untuk kebahagiaan Tengku Afran,"

Dia terkedu di situ. Entah mengapa hatinya berasa pedih bila mendengar cerita dari Johan itu seolah dialah perempuan yang malang itu. Dia simpati yang menimpa kawan Johan itu. Tapi wait?! Sampai bila Johan ada kawan selain dia? Kalau dia ada kawan, dia akan memperkenalkan padanya terlebih dahulu.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now